Senario Lagi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 8: Baris 8:
| pelakon = [[Azlee Senario]]
[[Wahid Senario]]
[[Mazlan Pet Pet]]
[[Saiful Apek]]
[[Yassin Yahya]]
Syanie
[[Umie Aida]]
Siti Nora Bobbi
| pelakon = [[Azlee Senario]]
[[Wahid Senario]]
[[Mazlan Pet Pet]]
[[Saiful Apek]]
[[Yassin Yahya]]
Syanie
[[Umie Aida]]
Siti Nora Bobbi
| penerbit = Shamsul Khalid Ismail
| penerbit = Shamsul Khalid Ismail
| syarikat produksi = Grand Brilliance Sdn Bhd
| syarikat produksi = [[Grand Brilliance Sdn Bhd]]
| pengedar =
| pengedar =
| released = 25 Mei 2000
| released = 25 Mei 2000

Semakan pada 03:29, 22 Mac 2017

Senario Lagi
PengarahAziz M. Osman
PenulisAziz M. Osman
Dihasilkan olehShamsul Khalid Ismail
DibintangiAzlee Senario
Wahid Senario
Mazlan Pet Pet
Saiful Apek
Yassin Yahya
Syanie
Umie Aida
Siti Nora Bobbi
Tarikh tayangan
25 Mei 2000
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM1.5 juta
Pecah panggungRM4.37 juta[1]

Senario Lagi ialah sebuah filem komedi dari Malaysia tahun 2000 arahan Aziz M. Osman. Filem ini merupakan lakonan kedua Kumpulan Senario.

Sinopsis

Mengisahkan tentang Azlee yang baru saja dinaikkan pangkat telah membeli kereta terpakai "Wira Hijau" untuk membawa isteri, Zati (Syanie) dan Zali (Al-Fariz) untuk bercuti ke Cherating. Mazlan(Ejen Bank) sedang mencari kereta curi yang dibeli oleh Azlee dan mengekorinya hingga ke Cherating sekali. Azlee terserempak dengan Linda (Umie Aida) dan mereka berdua jatuh hati sesama sendiri dan membuatkan Zati cemburu. Mazlan mengajak Yassin tolong bawa kereta curi itu ke Kuala Lumpur tetapi dia menolak. Sedang asyik Azlee dan Zati bertengkar dalam kereta, mereka terlanggar Saiful yang membonceng motosikal. Wahid (pencuri kereta) telah mencuri kereta Azlee dan bawa lari ke Thailand. Dari situ, pelbagai kejadian dan peristiwa "kebetulan" berlaku sepanjang aksi kejar-mengejar kereta curi itu.

Pelakon

1. Azlee Jaafar (Azlee)- Merupakan seorang suami,dan bapa kepada seorang anak yang baru dinaikkan pagkat membeli kereta baru.Hampir menjadi curang dan terlibat dengan skandal sepanjang perjalanan mereka
2. Mazlan Ahmad (Mazlan)-Merupakan Ejen bank yang bertugas untuk menarik kereta,dia menjejak azlee sehingga ke Pantai timur untuk menarik kembali kereta yang baru dibeli azlee
3. Wahid Mohamad (Wahid)- Seorang ejen/pekerja haram yang terlibat dalam organisasi haram iaitu Sindiket mencuri kereta dan menjual ke Sempadan negara.dia mengenakan gaya hidup mewah hasil dari kegiatan curi kereta
4. Saiful Apek (Saiful)-Seorang penganggur yang tidak sengaja terlibat dengan insiden yang berlaku terhadap azlee dan sekeluarga setelah kemalangan.Namun dia mengambil kesempatan dengan mengugut azlee untuk membawanya ke muka pengadilan bagi menuntut sebarang perbelanjaan dirinya sepanjang perjalanan yg 'kebetulan' ini
5. Yassin Yahya (Yassin Alias Haranas Sutrisnor)- Seorang warganegara indonesia yang telah bekerja di negara Malaysia selama dua tahun.Ingin berhijrah ke Pantai Timur dan mencari isteri 'Bollywood'. Juga seorang yang lurus bendul
6. Syanie Hisham (Zati)- Isteri kepada Azlee yang tidak mmiliki keyakinan diri ekoran 'kekurangan diri' yang dirasakan oleh dirinya. Serta kuat cemburu
7. Umie Aida (Linda)- Seorang penyayi di resort cherating.Namun telah jatuh cinta kepada Azlee setelah azlee menolong membayar barangan dang menolong membaiki keretanya
8. Al-Fariz Ismail (Zali)- Anak tunggal Azlee dan zati yang masih kencing Malam dan suka menerajang kaki orang dewasa.berani
9. Siti Nora 'Bobbi' (Kamala)- Wanita berbangsa india yang menjadi 'buah hati' yassin.tidak sengaja terlibat dalam insiden ini setelah dilarikan oleh wahid sewaktu aksi kejar-mengejar.Kebetulan cleaner di Resort tempat yang sama linda bekerja
10. Ahmad Idham ( Doktor)- Seorang doktor yang tidak berkompromi dengan sesiapa dan tegas
11. Amy Mastura (Pegawai Polis)- Pegawai polis wanita yang tegas menjalankan tugas tanpa sebarang kompromi juga
12. Azhar Sulaiman (Pelayan Warung)- Seorang pelayang warung yang suka buat kerja mudah -
13. Aziz M. Osman (Pekerja Hotel)-pekerja hotel yang selamatkan kamala yang diikat wahid
14. Effa Ismail
15. Jalaluddin Hassan (Pelakon Drama)- Pelakon lelaki yang diminati oleh Zati
16. Lidyawati (Jiran Azli)-Pernah berlakon sebagai watak utama dalam xxray 2 namun penampilan sekejap didalam fiilem ini.Memberikan maklumat keberadaan Azlee sekeluarga kepada Mazlan
17. Mustapha Kamal (Jurujual Kereta)- Seorang tauke yang membeli dan menjual Kereta terpakai.Menjual kereta kepada Azlee
18. Nina Juren (Pelakon Drama)
19. Nor Aliah Lee (Kawan Mazlan)- Salah seorang Ejen bank. 'Partner of crime Mazlan'
20. Pansha-watak sampingan
21. Zulkifli Zain-watak sampingan
22. Said Prono-wata sampingan..nama hampir keliru dengan perkataan tidak baik
23. Abd Rahman Abdullah-sama
24. Zaidi Rock-sama
25. Khairul Rizal Ramli-sama

Pencapaian

• Festival Filem Malaysia ke-15, 2001 (Shah Alam)
• Anugerah Khas Juri - Filem Box-Office

Sambutan

Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.5 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM4,372,802.73.

Rujukan