Persatuan Bola Sepak Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 30: Baris 30:
Kemudian kerusi ini diisi oleh Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah.
Kemudian kerusi ini diisi oleh Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah.


Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-53 akan diadakan pada 25 Mac 2017 untuk melantik calon baharu utj Presiden FAM dan Jawatankuasa Tertinggi FAM. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah pada sidang media pada 7 November 2016.
Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-53 diadakan pada 25 Mac 2017 untuk melantik jawatankuasa eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021. Buat masa ini, hanya jawatan Presiden sahaja telah diketahui di mana [[Tunku Ismail Idris]] diisyhtiharkan telah menang tanpa bertanding selepas pencabarnya, [[Annuar Musa|Tan Sri Annuar Musa]] menarik diri.<ref>http://www.bharian.com.my/node/210177?m=1</ref>


Sumber : <nowiki>http://www.bharian.com.my/node/210177?m=1</nowiki>
==Organisasi FAM==
==Organisasi FAM==



Semakan pada 03:15, 25 Mac 2017

Persatuan Bola Sepak Malaysia
AFC
Logo persatuan
Ditubuhkan1933
Ibu pejabatKelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor
Penggabungan FIFA1954 [1]
PresidenDYTM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail[2]
Tapak sesawangwww.fam.org.my

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di negara Malaysia. Bola sepak tiba di Malaya dengan British. Orang-orang tempatan kemudiannya mempelajari permainan berkenaan. Tidak lama selepas itu, ia menjadi permainan yang terulung di Malaysia. Sehingga akhir abad ke-19, bola sepak menjadi tiang tengah kepada kebanyakan kelab-kelab sukan di Malaysia. Tetapi ianya tidak distrukturkan. Walaupun Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan, pertandingan hanya terhad kepada kelab-kelab di dalam daerah Kuala Lumpur sahaja. Pejabatnya terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak Asia dan FIFA. Presidennya sekarang ialah Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail. Terdapat empat belas persatuan bola sepak negeri di Malaysia.

Awal 1920-an

Seperti mana dunia bola sepak yang lain, penyebaran permainan bola sepak juga berkait rapat dengan migrasi koloni ideologi British.

Adalah dipercayai permainan pertama di Semenanjung Malaysia pada awal 1900-an sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan orang luar adalah tinggi di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor and Negeri Sembilan.

1951, Tunku Abdul Rahman Al-Haj menjadi presiden

Dalam tahun 1951, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri Malaysia yang pertama - telah menjadi Presiden.

Tahun-tahun di antara 1974 hingga kini

Dalam tahun 1974, pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua - Tun Abdul Razak Haji Hussein, yang telah berkhidmat hanya setahun.

Kedudukan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1975. Dalam tahun 1984, Sultan Pahang memegangnya sehingga tahun 2014.

Kemudian kerusi ini diisi oleh Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah.

Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-53 diadakan pada 25 Mac 2017 untuk melantik jawatankuasa eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021. Buat masa ini, hanya jawatan Presiden sahaja telah diketahui di mana Tunku Ismail Idris diisyhtiharkan telah menang tanpa bertanding selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa menarik diri.[3]

Organisasi FAM

FAM mempunyai Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Pelaksana (Jawatankuasa Tetap). Untuk Jawatankuasa Eksekutif, ahli-ahlinya dipilih melalui kongres FAM tiga tahun sekali.

Pejabat Nama Tempoh
Presiden Sir Andrew Caldecott 1933
M.B. Shelley
Dr J.S. Webster
S.D. Scott
R. Williamson
J.E. King 1927
Adrian Clark –1940
H.P. Byson 1948
Dr C. Rawson
Tunku Abdul Rahman 1958-1974
Tun Abdul Razak 1975-1976
Tan Sri Datuk Hamzah Abu Samah 1976-1983
Sultan Haji Ahmad Shah 1984-2014
Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah 2014–2017
Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail 2017-sekarang
Setiausaha A.R. Singham 1941
Datuk Kwok Kin Keng 1948-1979
Dato' T.P. Murugasu 1980-1987
Dato' Paul Mony Samuel 1988-2000
Dato' Dell Akbar Khan
Dato' Ibrahim Saad 2005-2007
Dato' Azzuddin Ahmad 2007-2013
Dato' Hamidin Mohd Amin 2013-sekarang

Jawatankuasa Tetap

Kongres

Jawatankuasa Eksekutif

Kecemasan

Kewangan dan Pengurusan

Pasukan Pengurusan Kebangsaan

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 21 tahun

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 19 tahun

Pertandingan tempatan

  • Pengerusi: YH Dato’ Afandi Hamzah.
  • Timbalan Pengerusi: Datuk S. Sivasundram

Undang-undang dan Peraturan

  • Pengerusi: YH Dato’ Afandi Hamzah.
  • Timbalan Pengerusi: YB Dato’ Haji Takiyuddin Hj Hassan.

Pertandingan antarabangsa

  • Pengerusi: Datuk Rozabil Abdul Rahman
  • Timbalan Pengerusi: Datuk Sudarsono Osman

Jabatan Pelesenan Kelab FAM

Jabatan Pelesenan Kelab FAM akan mengendalikan semua kelab-kelab bola sepak yang berkaitan hal lesen bagi kelab-kelab bola sepak di Malaysia untuk menyertai pertandingan Liga Super Malaysia, Liga Perdana Malaysia, Liga FAM, Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia.[4] Ia juga boleh mendapatkan kelab-kelab bola sepak untuk menyertai kejohanan Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC .[5] Jabatan Pelesenan Kelab FAM akan mengeluarkan dua dokumen bagi lesen kelab, iaitu:-

Rujukan

  1. ^ "FAM dalam FIFA". 23 March 2017.
  2. ^ "TMJ menang Presiden FAM". 23 March 2017.
  3. ^ http://www.bharian.com.my/node/210177?m=1
  4. ^ AFC Champions League hope for Malaysia
  5. ^ AFC Champions League hope for Malaysia

Pautan luar