Wikipedia:Permohonan memadam laman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 39: Baris 39:
===Sejarah permohonan memadam laman===
===Sejarah permohonan memadam laman===
Berikut adalah senarai laman-laman yang telah dimohon untuk dihapuskan menerusi kaedah undian umum, keputusan pemadaman atau dikekalkan ada ditayangkan pada kotak status. Sekiranya anda bercadang untuk memohon pihak kami menjalankan undian umum bagi sesuatu laman agar laman tersebut dihapuskan, silalah ke [[Wikipedia:Kedai kopi]] dan nyatakan hasrat anda disana atau [[Wikipedia:Hubungi kami|hubungi kami]].
Berikut adalah senarai laman-laman yang telah dimohon untuk dihapuskan menerusi kaedah undian umum, keputusan pemadaman atau dikekalkan ada ditayangkan pada kotak status. Sekiranya anda bercadang untuk memohon pihak kami menjalankan undian umum bagi sesuatu laman agar laman tersebut dihapuskan, silalah ke [[Wikipedia:Kedai kopi]] dan nyatakan hasrat anda disana atau [[Wikipedia:Hubungi kami|hubungi kami]].
===2 April 2017===
{{Periksa hapus|Lebih Dari Bintang}}
===23 Mac 2017===
===23 Mac 2017===
{{Periksa hapus|Aries Music|Sudah dimasukkan rujukan|simpan}}
{{Periksa hapus|Aries Music|Sudah dimasukkan rujukan|simpan}}

Semakan pada 00:17, 2 April 2017

Laman ini memuatkan senarai perbincangan mengenai permohonan penghapusan rencana. Bagi melihat senarai laman yang diusulkan untuk dihapuskan sila ke; KAT:PDM.

Prosedur

  • Letakkan tag {{Hapus}}, {{Padam}}, atau {{Delete}} pada rencana yang dipohon untuk dipadamkan terlebih dahulu. Letakkan salah satu dari tag-tag tersebut dibahagian paling atas dari keseluruhan teks-teks dalam rencana.
  • Cipta satu laman khas mengenai permohonan itu. Sebagai contoh; Wikipedia:Permohonan memadam laman/tajuk rencana yang dipohon. Ini untuk membolehkan pengguna lain memberikan pendapat ke atas permohonan itu.

Penting: Hanya Penyelia Wikipedia yang sah SAHAJA yang dibenarkan untuk menggugurkan templat/tag hapus yang diletakkan disesuatu laman, sekiranya penyelia tersebut mendapati bahawa laman tersebut sesuai untuk dikekalkan dan dibebaskan kan dari dicalonkan untuk dihapuskan.

Walaubagaimanapun, penyelia harus mempertimbangkan terlebih dahulu tentang perkara-perkara yang menyebabkan templat/tag hapus itu diletakkan oleh sesuatu pihak, yang merasakan sesuatu rencana itu harus dicalonkan untuk dihapuskan. Sekiranya tiada sebarang maklum balas dikemukakan oleh mana-mana pihak berkenaan perletakkan templat/tag hapus disesuatu laman yang dicalonkan untuk dihapuskan dalam tempoh 7 hari dari tarikh usul dikeluarkan, maka Penyelia Wikipedia boleh bertindak terus menghapuskan laman tersebut sekiranya ia mendapati laman tersebut sesuai untuk dihapuskan. Wikipedia:Menghapuskan laman mesti dijadikan sandaran dalam sebarang tindakan berkaitan.

Sekiranya terdapat maklumbalas terhadap usul/cadangan penghapusan laman yang dicalonkan perkara-perkara yang diperbicangkan dan pengundian perlu dijadikan keutamaan. Rujukilah dasar rasmi Wikipedia:Menghapuskan laman sebagai pedoman.

Istilah asas bagi syor memadamkan sesuatu rencana

Pada kebiasaan, terdapat beberapa istilah yang diguna pakai oleh Wikipedis untuk memulakan langkah-langkah pemadaman rencana, istilah-istilah ringkas yang diguna pakai bertujuan untuk menerangkan secara kasar mengapa sesuatu rencana itu disyorkan untuk dipadam selain itu ia bagi memastikan para pencipta rencana baru dapat lebih peka terhadap bentuk rencana bagaimana yang akan dihapuskan didalam Wikipedia.

Istilah-istilah kecil ini akan diletakkan dalam tag namun ia dipisahkan dengan simbol "|". Sebagai contoh:{{Hapus|Vandalisme}}. Hasilnya, skrin akan memaparkan kotak tag seperti ini:

Contoh istilah umum yang digunapakai dan ertinya:

  • Vandalisme: Istilah ini diletakkan dalam tag untuk menggambarkan rencana itu bukannya rencana tetapi pernyataan yang berunsur fitnah, laku musnah, kekarutan, tidak ilmiah, istilah mini, pernyataan peribadi, keluhan hati dan perasaan, istilah ganas, kejam, kesat, seram, seks atau lain-lain penyataan yang boleh dianggap cemar atau vandal.
  • Kurang/Tak Ensiklopedik: Istilah yang diletakkan dalam tag bagi menggambarkan rencana itu terlalu ringkas atau ringkas atau hampir ringkas serta tidak ensiklopedik, hampir tak ensiklopedik atau langsung tidak ensiklopedik walaupun panjang akan penyataan atau rencananya. Istilah ini turut digunapakai bagi penghapusan jika rencana yang dicipta berbentuk cerita, kamus, kosa kata, berita atau apa-apa rencana yang bukan berusur ensiklopedia.
  • Berbahaya/Sangat antagonis: Istilah penghapusan yang digunakan dalam tag bagi menggambarkan rencana itu sangat berbahaya, antagonis, penyataan atau rencana yang boleh atau dikhuatiri mampu menyebabkan pergaduhan besar, peperangan, keruntuhan sosio-ekonomi dan moral yang tidak dapat dikawal. Vandalisme tinggi, hal berkaitan keselamatan negara, rahsia keselamatan yang begitu sulit yang langsung tidak boleh didedahkan pada umum, jika atau cuba didedahkan di Wikipedia, para Wikipedist perlu memadamkan rencana tersebut mengikut lunas undang-undang antarabangsa berkaitan rencana/penyataan yang tidak boleh didedahkan tanpa permit sah.
  • Tiada makna/Sukar difahami: Merujuk kepada sesuatu rencana atau pernyataan tidak kira panjang atau pendek yang bersifat merapu atau sengaja diperbuat-buatkan atau penggunaan istilah bahasa yang begitu sukar difahami atau hampir tidak mampu difahami atau langsung tidak mampu difahami selain maknanya yang begitu teruk, tiada kepentingan sehinggakan pernyataan akan atau telah berubah menjadi tidak bermakna. Maka haruslah diletakkan istilah ini jika merasakan rencana atau pernyataan yang dimaksudkan adalah seperti diatas. Perlu diingatkan, jika sesebuah rencana itu hanya mengandungi satu bahagian atau perenggan yang tiada mempunyai makna atau sukar difahami maka hanya bahagian itu sahajalah perlu dibuang.

Senarai permohonan memadam laman mengikut tarikh

Sejarah permohonan memadam laman

Berikut adalah senarai laman-laman yang telah dimohon untuk dihapuskan menerusi kaedah undian umum, keputusan pemadaman atau dikekalkan ada ditayangkan pada kotak status. Sekiranya anda bercadang untuk memohon pihak kami menjalankan undian umum bagi sesuatu laman agar laman tersebut dihapuskan, silalah ke Wikipedia:Kedai kopi dan nyatakan hasrat anda disana atau hubungi kami.

2 April 2017

23 Mac 2017

18 Mac 2017

8 Mac 2017

5 Mac 2017

4 Mac 2017

3 Februari 2015

28 Januari 2015

10 November 2014


5 November 2014

Status

dihapuskan pada 10 November 2014.

10 Ogos 2014

Status

laman dihapuskan. Tarikh ketetapan 11 Ogos 2014

5 Ogos 2014

Status

laman dihapuskan. Tarikh ketetapan 25 Ogos 2014

13 Julai 2014

Status

laman dihapuskan. Tarikh ketetapan 4 Ogos 2014

10 Julai 2014

Status

laman dikekalkan. Tarikh ketetapan 4 Ogos 2014

Bantahan pemadaman laman

Jika anda mempunyai bantahan terhadap apa-apa laman yang telah diusulkan untuk dihapuskan oleh mana-mana pihak, sila kemukan di bawah. Bantahan mesti dimaklumkan dalam tujuh hari dari tarikh usul dikeluarkan. Harap maklum.

30 September 2013

Kontroversi Namewee

Mengapakah ingin memadam Kontroversi Namewee? Saya sudah tambah pautan Kawanku dalam rencana tersebut. Kalau ada siapa yang menulis tag {{Delete}}, tolong jawab. Kalau saya tidak kisah pasal rencana tersebut, maka padamlah. Tetapi jangan melakukannya kerana amaran sudah tertulis di atas. Terima kasih.

--Cat N' Rat (bincang) 08:36, 30 September 2013 (UTC)[balas]

Rencana tersebut telah dipadam selepas lebih daripada 7 hari diletakkan tag hapus. Anda sepatutnya membuat bantahan pada laman perbincangannya dalam masa 7 hari selepas tag hapus diletak. Mungkin penyelia yang menghapuskan laman anda tidak sedar adanya bantahan di sini. --Kurnia [ bual ] 01:10, 4 November 2013 (UTC)[balas]

3 November 2013

Sekolah Kebangsaan Sena

Boleh berikan sebab mengapa Visi dan Misi SK Sena tidak diperbolehkan di Wikipedia? Kedua-dua item tersebut ialah penyataan rasmi organisasi yang diiktiraf. Mohon pembatalan usul penghapusan laman Sekolah Kebangsaan Sena.

--Sksenaedumy (bincang) 22:57, 3 November 2013 (UTC)[balas]

Secara jujur saya tidak tahu @Hanamanteo: gunakan polisi yang mana. Tetapi misi dan visi ada dalam rencana berbahasa Inggeris ini. --Kurnia [ bual ] 01:10, 4 November 2013 (UTC)[balas]
Visi dan misi dilarang di Wikipedia kerana sebenarnya mengindikasikan iklan terselubung. Hanamanteo Laman perbincangan saya 01:14, 4 November 2013 (UTC)[balas]
Tetapi misi dan visi adalah sebahagian daripada identiti sekolah, bukankah sepatutnya dibenarkan? Jika anda ada pautan bagi dasar/polisi yang melarang ia disertakan, sila pautkan di sini jadi si pembantah boleh tahu. --Kurnia [ bual ] 01:18, 4 November 2013 (UTC)[balas]
Tidak ada polisi. Visi & misi mungkin menjadi sebahagian rencana iklan jika tidak ada maklumat lain dalam rencana. Lagipun ini sekolah kerajaan, bukan sekolah swasta yang mungkin perlu membuat iklan untuk mencari murid atau membina reputasi. Nada rencana pun neutral, tidak ada anjuran/pembelaan. Mungkin rencana dapat diolah sedikit supaya tidak mirip esei. Namun, kalau pun rencana itu mengandungi iklan, takkanlah nak dibuang seluruh rencana, membuang penulisan yang silap sudah memadai. Saya sudah buang tag {{hapus}} kerana sudah menjadi resam, hampir semua rencana SK dan SMK Malaysia memuatkan bahagian Visi& Misi masing2. --Algazel (bincang) 01:36, 4 November 2013 (UTC)[balas]
Terima kasih kepada admin atas pembatalan usul penghapusan laman Sekolah Kebangsaan Sena, dan pembersihan kod / typesetting untuk laman tersebut. --Sksenaedumy (bincang) 07:49, 4 November 2013 (UTC)[balas]

4 Januari 2015

Crypton Future Media

Boleh berikan sebab lanjutan mengapa laman ini perlu dihapuskan? Terima kasih. محمد حكيمي Mari berbincang! 03:50, 4 Januari 2015 (UTC)[balas]

Teg {{hapus}} telah diletak apabila rencana berkenaan ditulis dalam bahasa Inggeris sebelum diterjemahkan. Kini, rencana itu telah diterjemahkan. Maka, bolehlah dibuangkan teg itu. --توفيق بينچڠ 04:25, 4 Januari 2015 (UTC)[balas]

19 Februari 2017

Hanif Sulthoni

Boleh berikan sebab lanjutan mengapa laman ini perlu dihapuskan?. Tokoh tersebut sudah notable dengan mempunyai artikel dari nasional website yang memuat tentang tokoh tersebut. Selain itu, ia juga telah memiliki laman goodreads. Karya karyanya pernah dimuat di newspaper dan magazine.

Kami ikut apa yang dibincangkan di WBInggeris kerana mengikuti peraturan mereka untuk penghapusan. Jika anda sudah mencuba mencipta sebuah artikel di sana dan dihapuskan, kami menurutnya sahaja. Log penghapusan sejagat boleh dilihat disini atau ini atau seperti dinyatakan di bawah:
The following discussion is an archived debate of the proposed deletion of the article below. Please do not modify it. Subsequent comments should be made on the appropriate discussion page (such as the article's talk page or in a deletion review). No further edits should be made to this page.

The result was delete. Kurykh (talk) 01:23, 12 February 2017 (UTC)
Hanif Sulthoni

Hanif Sulthoni (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log) – (View log · Stats)
(Cari sumber: Google (buku · berita · surat khabar · sarjana · imej percuma · ruj WP· FENS · JSTOR · NYT · TWL)

Drummed up bio about an author of some self-published books. No indication of any notability, does not meet WP:ANYBIO or WP:GNG. Randykitty (talk) 12:46, 4 February 2017 (UTC)

Note: This debate has been included in the list of Authors-related deletion discussions. Shawn in Montreal (talk) 07:01, 5 February 2017 (UTC)
Note: This debate has been included in the list of Journalism-related deletion discussions. Shawn in Montreal (talk) 07:01, 5 February 2017 (UTC)
Note: This debate has been included in the list of Indonesia-related deletion discussions. Shawn in Montreal (talk) 07:01, 5 February 2017 (UTC)
The above discussion is preserved as an archive of the debate. Please do not modify it. Subsequent comments should be made on the appropriate discussion page (such as the article's talk page or in a deletion review). No further edits should be made to this page.

Kalau betul beliau ini notable, kenapa tiada apa-apa berita diarkib di laman web google atau apa-apa akhbar dari Indonesia? SNN95 18:40, 19 Februari 2017 (UTC)[balas]

Beliau sudah berkali kali terdapat dilaman pencarian google indonesia.

http://m.teen.co.id/read/3075/hanif-sulthoni-penulis-muda-menginspirasi http://m.kompasiana.com/mnito/hanif-sulthoni-novelis-muda-berprestasi_5876490b0f977331428f0755 http://cewekbanget.id/Creators-Room/Kenalan-Yuk-Dengan-Hanif-Sulthoni-Penulis-Muda-Berprestasi

Kebanyakan link yang diberi adalah dari blog, bukannya web akhbar seperti carian disini dan ini. Jika dapat sumber web akhbar walaupun satu, kami akan mempertimbangkan semula dalam masa seminggu dari 19 Feb 2017 sebelum dihapuskan. SNN95 01:55, 20 Februari 2017 (UTC)[balas]
@SNN95: @Jcute123: Blogs are NOT reliable sources for Wikipedia citations. (Blog bukanlah sumber terpercaya untuk rujukan Wikipedia) ArdiPras95 (bincang) 10:07, 20 Februari 2017 (UTC)[balas]
Keputusan

Dihapuskan tanpa sebarang bantahan yang membina dan tanpa sumber rujukan yang sah disokong. SNN95 01:56, 28 Februari 2017 (UTC)[balas]