Wikipedia:Calon rencana pilihan/April 2017: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{TFAIMAGE|Fail:We_Can_Do_It!.jpg|Poster "We Can Do It!" oleh J. Howard Miller pada tahun 1943}} "'''''We Can Do It'''''!" (Melayu: '''Kit...'
 
k tukar senarai rencana pilihan sebelumnya yang betul
 
Baris 7: Baris 7:


{{TFArecentlist|<!--Sila ubah menggunakan rencana pilihan terbaru sebelum ini. -->
{{TFArecentlist|<!--Sila ubah menggunakan rencana pilihan terbaru sebelum ini. -->
*[[Ayam]]
*[[Jwanita]]
*[[Nota (filem)]]
*[[Fragmen]]
*[[Fragmen]]
*[[Ayam]]
}}
}}
<!-- Gunakan cara ini untuk paparan yang lebih baik. -->
<!-- Gunakan cara ini untuk paparan yang lebih baik. -->

Semakan semasa pada 06:25, 6 April 2017

Poster "We Can Do It!" oleh J. Howard Miller pada tahun 1943

"We Can Do It!" (Melayu: Kita Boleh Lakukannya/کيت بوليه لاکوکنڽ) merupakan sebuah poster propaganda waktu perang Amerika yang diterbitkan oleh J. Howard Miller pada 1943 untuk Westinghouse Electric sebagai sebuah gambar ilham untuk meningkatkan semangat pekerja.

Poster tersebut jarang dilihat ketika Perang Dunia II. Ia ditemui semula pada awal 1980-an dan kemudiannya diterbitkan semula dalam pelbagai bentuk, yang bukan sahaja disebut "We Can Do It!" tetapi juga disebut sebagai "Rosie the Riveter", sempena nama daripada tokoh ikonik seorang pekerja pengeluaran perang wanita yang kuat. Gambar "We Can Do It!" digunakan untuk mempromosikan feminisme dan masalah politik lain ketika permulaan 1980-an. Imej tersebut dijadikan kulit majalah Smithsonian pada 1994 dan dibentuk menjadi setem surat kelas pertama Amerika Syarikat pada 1999. Ia juga disertakan dalam bahan-bahan kempen untuk beberapa ahli politik Amerika pada 2008, dan turut diolah semula oleh seorang pelukis untuk meraikan wanita yang pertama menjadi Perdana Menteri Australia pada 2010. Poster tersebut merupakan salah satu daripada sepuluh gambar yang paling banyak diminta di Pentadbiran Arkib dan Rekod Kebangsaan.

Selepas ditemui semula, para pemerhati sering kali beranggapan bahawa imej tersebut sentiasa digunakan sebagai panggilan untuk memberi ilham kepada para pekerja wanita untuk turut serta dalam peperangan. Walau bagaimanapun, pada waktu peperangan, gambar tersebut digunakan oleh Westinghouse sahaja dan hanya disimpan pada Februari 1943. Ia tidak digunakan untuk merekrut tetapi untuk mengajak wanita supaya bekerja dengan lebih keras. Penyokong gerakan kewanitaan dan golongan lain meningkatkan sikap dan menampilkan mesej tersebut dengan mengubah semula imej tersebut dalam pelbagai bentuk yang berbeza, di mana ia meliputi pemerkasaan diri, promosi kempen, pengiklanan, dan parodi. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan sebelum ini: