Polis EVO: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Mohdaqifdanielz (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 61.6.8.29
Mohdaqifdanielz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 30: Baris 30:
| distributor =
| distributor =
| released = 17 September 2015<ref>{{cite web |url=http://malaysiaaktif.my/malaysiaaktif2/?p=4080 |title=“Polis Evo” Bertemu Penonton September Depan |accessdate=2015-09-24 |last= |first= |coauthors= |date=3 Ogos 2015 |format= |work= |publisher=Malaysiaaktif.my |pages= |quote= }}</ref>
| released = 17 September 2015<ref>{{cite web |url=http://malaysiaaktif.my/malaysiaaktif2/?p=4080 |title=“Polis Evo” Bertemu Penonton September Depan |accessdate=2015-09-24 |last= |first= |coauthors= |date=3 Ogos 2015 |format= |work= |publisher=Malaysiaaktif.my |pages= |quote= }}</ref>
| runtime =
| runtime = 123 minit
| country = {{flagicon|Malaysia}} [[Malaysia]]
| country = {{flagicon|Malaysia}} [[Malaysia]]
| language = [[Melayu]]
| language = [[Melayu]]

Semakan pada 13:41, 8 April 2017

Polis EVO
PengarahGhaz Abu Bakar
Cerita oleh
  • Joel Soh
  • Kyle Gounting
  • Anwari Ashraf
  • Adib Zaini
Dihasilkan olehJoel Soh
Dibintangi
Disunting olehNazim Shah
Muzik olehLuka Kuncevic
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
17 September 2015[1]
Masa tayangan
123 minit
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2.4 Juta(US$562,925)[2]
Pecah panggungRM 18.00 Juta[3]

Polis EVO merupakan sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Hushairi Husain, Mimie Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Azliyuszaini, Amerul Affendy dan Harun Salim Bachik. Filem ini mengisahkan dua anggota polis, Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang mempunyai perwatakan yang sangat berlainan tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.[4] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015.

Filem ini merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama lima bulan dengan kutipan sebanyak RM 17.47 Juta,[5] memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh The Journey (RM 17.28 juta). Kejayaan ini telah diatasi oleh filem Munafik pada tahun berikutnya yang mengumpul kutipan sebanyak RM 19.00 Juta.[6]Filem ini telah memenangi tiga daripada sepuluh pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28.

Sinopsis

Inspektor Khai (Shaheizy Sam), Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif akan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti yang berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan perwatakan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikuti prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail, mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.

Pelakon

Zizan Razak melakonkan watak Inspektor Sani didalam filem ini.

Produksi

Kuala Terengganu merupakan antara lokasi pengambaraan bagi filem ini.

Keempat-empat penulis skrip bagi filem ini, Joel So, Kyle Goonting, Anwari Ashraf Hashim dan Adib Zaini menyatakan pemilihan perkataan EVO di dalam tajuk filem ini bermaksud "evolusi imej polis untuk dibawa ke layar perak."[7] Tiga daripada empat penulis skrip filem ini juga merupakan bekas pelajar Biasiswa Astro, syarikat yang menghasilkan filem ini.[8] Skrip bagi filem ini setebal 180 muka surat, hampir sama dengan jumlah muka surat bagi senaskah novel.[9] Untuk mendapatkan susuk tubuh Inspektor Khai, Shaheizy Sam telah melakukan senaman dalam tempoh lima bulan dari April hingga September 2014.[10][11][12] Zizan Razak pula mengakui filem ini merupakan filem pertamanya yang menggunakan bahasa Melayu Terengganu sepenuhnya. Dia juga telah mengurangkan aspek komedi dalam pembawaan watak Inspektor Sani atas hasil nasihat pihak Polis.[13] Amerul Affendy pula mendedahkan ini merupakan kali pertama dirinya diberi watak lelaki lembut.[14][15]

Filem ini telah menjalani penggambaraan di Terengganu pada bulan September 2014.[16]

Sambutan

Filem ini menjadi mahsyur kerana promosi "mulut-ke-mulut" dan di media sosial[17] dek ulasan yang menarik dan positif.[18]Filem ini berjaya menjadi antara 10 carian terbanyak[19] serta filem dengan carian terbanyak di Google Malaysia untuk bulan September 2015.[20][21]

Tayangan

Majlis pelancaran filem ini telah dilakukan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2015.Trailer filem ini telah dimuat naik ke YouTube pada hari yang sama.Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 3 September 2015.Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015 di 98 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.[22] Selepas empat hari tayangan, filem ini telah mengumpul kutipan sebanyak RM 2.5 Juta dengan jumlah pawagam yang menayangkan filem ini meningkat kepada 101 buah pawagam.[23][24]Kutipan bagi filem ini meningkat kepada RM 8 Juta selepas 11 hari tayangan.[25]Selepas 3 minggu ditayangkan, jumlah kutipan terus meningkat kepada RM 13 Juta dengan jumlah panggung sebanyak 102 buah.Kutipan meningkat lagi sebanyak RM 2 Juta memasuki sebulan tempoh tayangan, menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM 15 Juta.[26]Memasuki minggu ke-enam tayangan, kutipan filem ini terus bertambah menjadi RM 16 Juta.[27]

Selepas 42 hari ditayangkan di pawagam, kutipan filem ini ialah sebanyak RM 17.3 Juta, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh The Journey (RM 17.28 juta).Filem ini berjaya mengumpul RM 17.47 Juta selepas dua bulan tayangan.

Ulasan

Rata rata ulasan mengenai filem ini adalah positif. Kenneth Chaw daripada The Star memberi ulasan "Polis EVO mempunyai cita-cita tinggi dan berjaya mencapai cita-cita tersebut."[28]Akhmaliah Razak dari Sinar Harian pula mengulas filem ini sebagai "...setanding filem antarabangsa."[29] Nasir Jani dari akhbar yang sama pula beranggapan "... berjaya menghiburkan penonton dengan ramuan-ramuan perlu ada pada sebuah filem aksi dengan garapan ala Malaysia."[30]Aidil Rusli dari The Malay Mail pula mengulas "...calon yang kuat untuk dinobatkan sebagai filem Terbaik Malaysia tahun 2015".[31] Portal hiburan Rotikaya.com memberikan filem ini "4 Biji Rotikaya".[32]

Soundtrack

"EVO"
Single oleh Joe Flizzow feat. SonaOne
Dilancarkan pada2015
Dirakamkan pada2015
GenreHip hop
Panjang4:17 minit
SyarikatMeasat Broadcasting, Astro Shaw dan Tayangan Unggul
PenulisAudi Mok, Joe Flizzow, SonaOne dan Shazee Ishak
PenerbitMeasat Broadcasting, Astro Shaw dan Tayangan Unggul
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu OST untuk filem ini ialah EVO oleh Joe Flizzow dan SonaOne. Lagu ini telah dilancarkan pada 3 Ogos 2015 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.[33]

Sekuel

Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar memberitahu bahawa pihaknya masih belum merancang untuk membuat sekuel untuk filem ini.[34]

Pencapaian

Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
Anugerah MeleTOP Era 2016
Filem MeleTOP Polis EVO Menang
Bintang Filem MeleTOP Zizan Razak Menang
Shaheizy Sam Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-28 Filem Terbaik Joel Soh Tercalon
Anugerah Khas Juri Menang
Pengarah Terbaik Ghaz Abu Bakar Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Zizan Razak Tercalon
Shaheizy Sam Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Hushairi Hussain Menang
Sinematografi Terbaik Haris Hue Abdullah Menang
Suntingan Terbaik Nazim Shah Tercalon
Lakon Layar Terbaik Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf Hashim & Adib Zaini Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Imaginex Studio Tercalon
Busana Terbaik Nasirah Ramlan Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016 Pengarah Terbaik Ghaz Abu Bakar Tercalon
Lakon Layar Terbaik Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf Hashim & Adib Zaini Tercalon

Lihat Juga

Rujukan

  1. ^ ""Polis Evo" Bertemu Penonton September Depan". Malaysiaaktif.my. 3 Ogos 2015. Dicapai pada 2015-09-24. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ Isa, Haikal. "Aksi lasak Polis Evo". KOSMO!.
  3. ^ "TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2015". FINAS. Dicapai pada 2016-01-03. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ "Misi Shaheizy Sam & Zizan Gegarkan Polis Evo Sudah Bermula". Astrogempak.com.my. Dicapai pada 2015-09-24. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ "Polis Evo catat sejarah kutip RM17.30 juta, padam rekod The Journey". Astro Awani. 29 Oktober 2015.
  6. ^ "Filem seram kaut RM18j, Syamsul mahu terbitkan 'Munafik 2'". The Malay Mail. 10 April 2016. Dicapai pada 14 April 2016.
  7. ^ "Polis Evo cetusan idea luar biasa 4 pemuda generasi baru". Astro Awani. 23 September 2015.
  8. ^ "Biasiswa Astro realisasikan impian 'budak kampung' ke layar perak". Astro Awani. 25 September 2015.
  9. ^ Dawum, Garret (29 September 2015). "Penuhi cita rasa orang muda". Utusan Malaysia.
  10. ^ "Shaheizy Sam berdepan dua cabaran dalam 'Polis Evo'". Astro Awani. 28 April 2015. Dicapai pada 24 September 2015.
  11. ^ "Shaheizy Sam Nafi Sudah Buat Persiapan Kahwin". Peraktoday.com.my. 4 Ogos 2015. Dicapai pada 24 September 2015.
  12. ^ Mohamad, Zaidi (1 Ogos 2015). "Komen Shaheizy Sam tayang badan sasa, pelaris filem Polis EVO". Berita Harian.
  13. ^ Zaa, Zaini (28 September 2015). "Zizan cerita kisah di sebalik watak Sani dalam filem polis Evo". Agenda Daily.
  14. ^ "Pelakon Amerul Affendi Pertama Kali Jadi Lelaki Lembut Dalam Polis Evo". astrogempak.com.my. 24 Jun 2015.
  15. ^ "Amerul Affendi Jadi Lembut Untuk Polis Evo". Murai.com.my. Dicapai pada 2015-09-24. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  16. ^ "Bila Nora Danish Cakap Terengganu, Pelik Benor Bunyinye [Video]". Socialhiburan.com. Dicapai pada 2015-09-24. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  17. ^ "Penonton puji filem Polis Evo, media sosial dibanjiri #PolisEvo". Astro Awani. 22 September 2015.
  18. ^ Sahabuddin, Marina (30 September 2015). "Polis Evo tampil lakonan mantap Zizan & Shahiezy". Sinar Harian.
  19. ^ "Impak Polis Evo sehingga tersenarai di carian Google Malaysia". Astro Awani. 30 September 2015.
  20. ^ "Senarai 5 Filem Paling Trending Di Malaysia Untuk Bulan September". Astrogempak.com.my. 8 Oktober 2015. Dicapai pada 2015-10-09. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  21. ^ "Polis Evo kutip RM13 juta dalam tempoh 3 minggu tayangan". Astro Awani. 9 Oktober 2015.
  22. ^ (Inggeris)Chua, Dennis (22 September 2015). "Polis Evo hits it big at the box-office (with video)". New Straits Times. Dicapai pada 24 September 2015.
  23. ^ (Inggeris)"Three local films dominate Top 10 Malaysian box office chart this week". Astro Awani. 29 September 2015.
  24. ^ Karim, Haryati (22 September 2015). "Filem Polis Evo kutip 2.5 juta dalam tempoh empat hari". KOSMO!. Dicapai pada 24 September 2015.
  25. ^ "Polis Evo kutip RM8 juta dalam tempoh 11 hari". Astro Awani. 28 September 2015.
  26. ^ "28 Hari Tayangan, Kutipan Terkini Polis Evo RM15 Juta". Astrogempak.com.my. Dicapai pada 2015-10-15. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  27. ^ AR, Zurairi (24 Oktober 2015). "Apa istimewanya 'Polis Evo'? Pengkritik dedah ramuan kaut RM16j". The Malay Mail.
  28. ^ (Inggeris)Chaw, Kenneth (14 September 2015). "Review: Polis Evo". The Star. Dicapai pada 24 September 2015.
  29. ^ Razak, Akhmaliah (19 September 2015). "Polis Evo setanding filem antarabangsa". Sinar Harian. Dicapai pada 24 September 2015.
  30. ^ Jani, Nasir (4 Oktober 2015). "Hebatkah Polis Evo?". Sinar Harian.
  31. ^ (Inggeris)Rusli, Aidil (19 September 2015). "Three new Malaysian films examined". The Malay Mail.
  32. ^ Yusof, Amri. "Polis Evo Letak Standard Baru Dalam Dunia Perfileman Malaysia". Rotikaya.com. Dicapai pada 2015-09-24. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  33. ^ (Inggeris)Chua, Dennis (4 Ogos 2015). "Joe Flizzow to duet with Taiwanese Dominique Tsai". New Straits Times. Dicapai pada 24 September 2015.
  34. ^ Othman, Kemalia (23 Oktober 2015). "Tontonan Berulang Punca 'Polis Evo' Kutip RM16 Juta". mStar.

Pautan luar