Aliff Dalam 7 Dimensi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Mohdaqifdanielz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 19: Baris 19:
| distributor = GSC Movies
| distributor = GSC Movies
| released = 8 September 2016
| released = 8 September 2016
| runtime = 111 Minit
| runtime = 107 Minit
| country = {{flagicon|Malaysia}} [[Malaysia]]
| country = {{flagicon|Malaysia}} [[Malaysia]]
| language = [[Melayu]]
| language = [[Melayu]]

Semakan pada 12:37, 11 April 2017

Aliff Dalam 7 Dimensi
PengarahFaisal Ishak
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
8 September 2016
Masa tayangan
107 Minit
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.63 Juta


Aliff Dalam 7 Dimensi Adalah sebuah filem Komedi, Aksi , Seram .Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 8 September 2016

Plot

Aliff Dalam 7 Dimensi mengisahkan tentang Aliff seorang pelajar Universiti yang memiliki kelebihan luar biasa dalam melihat entiti paranormal. Setelah kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya, mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti. Berjayakah mereka membuktikan kewujudan misteri entiti. Apakah perkara misteri yang menggangu mereka.

Sinopsis

'Aliff Dalam 7 Dimensi' mengisahkan tentang Aliff Lamin (Izzue Islam) seorang pelajar universiti yang memiliki kelebihan luar biasa. Setelah kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya, mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti.

Aliff Lamin kurang bergaul dengan teman-temannya di kampus kerana dia tidak mahu kelebihan yang ada padanya diketahui orang. Selama ini Aliff berjaya merahsiakan kelebihan tersebut daripada pengetahuan semua orang. Sehinggalah pada satu hari, apabila sejenis makhluk halus menyerangnya, Aliff yang terpaksa mempertahankan dirinya. Tindakan Aliff ini sekaligus mengejutkan teman-teman kuliahnya.

Sejak insiden Aliff di dalam kelas tempoh hari, Anna (Juliana Evans) mula rapat dengan Aliff untuk mengorek kisah hidup Aliff. Akhirnya rahsia kelebihan yang ada pada Aliff terbongkar apabila dia terpaksa menyelamatkan Anna dan Naim (Alif Satar) dari makhluk gergasi yang menyerang mereka.

Anna terus mengajak Aliff untuk menyertai pasukannya menjejak entiti. Sejak itu bermulalah aktiviti Aliff, Anna dan Naim dengan mendokumentasi kejadian paranormal disekitar universiti. Hubungan Aliff dengan Anna dan Naim juga mula semakin rapat. Pelbagai kejadian pelik yang mereka bertiga lalui sepajang merakamkan dokumentari tentang makhluk halus.

Aliff dapat tahu bahawa Anna kena rasuk oleh Saka dan Dia terpaksa untuk membantu rakan-rakannya dan selamatkan Anna dari Saka.

Selepas Aliff telah terjatuh dari tingkat dari bangunan oleh Sakanya, Dia bertemu dengan arwah ayahnya (Hasnul Rahmat) di limbo.

Apabila Aliff telah sedar di hospital, Aliff bertemu lagi dengan Anna yang tercedera tangannya dan Naim. Walaubagaimana pun, Aliff ada banyak kawan di kampus dan Dia mula jatuh cinta dengan Anna. Tapi Ini sesuatu yang berlaku dengan Naim yang tiba-tiba tercedera bahunya, Aliff dapat tahu bahawa Dia kena rasuk oleh bekas sakanya yang kembali dalam tubuh Aliff.

Senarai Pelakon