Kuswadinata: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Baris 51: Baris 51:
* [[Filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang|Lembing Awang Pulang Ke Dayang]] - (2009) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Pak Long)
* [[Filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang|Lembing Awang Pulang Ke Dayang]] - (2009) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Pak Long)
* [[Filem Kala Malam Bulan Mengambang|Kala Malam Bulan Mengambang]] - (2008) - (Pelakon Pembantu)
* [[Filem Kala Malam Bulan Mengambang|Kala Malam Bulan Mengambang]] - (2008) - (Pelakon Pembantu)
* [[Filem 1957 Hati Malaya|1957 Hati Malaya]] - (2007) - (Pelakon Tambahan) -
* [[Filem 1957 Hati Malaya|1957 Hati Malaya]] - (2007) - (Pelakon Tambahan) - Watak Sebagai (Sultan Perak)
Watak Sebagai - (Sultan Perak)
* [[Filem GK3 The Movie|GK3 The Movie]] - (2005) - (Pelakon Tambahan)
* [[Filem GK3 The Movie|GK3 The Movie]] - (2005) - (Pelakon Tambahan)
* [[Filem Di Ambang Misteri|Di Ambang Misteri]] - (2004) - (Pelakon Pembantu)
* [[Filem Di Ambang Misteri|Di Ambang Misteri]] - (2004) - (Pelakon Pembantu)

Semakan pada 01:27, 12 April 2017

Kuswadinata
Kelahiran
Kuswadi bin Bujang

(1938-09-08)8 September 1938
Jalan Thomson, Singapura Singapura
Meninggal dunia16 Februari 2013(2013-02-16) (umur 74)
Sebab kematianMasalah buah pinggang, kanser usus
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Selangor
WarganegaraSingapura Singapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1958 - 2013
MajikanMalay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Sarimah Filem Productions
Indra Filem Productions & Distributions Sdn. Bhd.
Skop Productions Sdn. Bhd.
MJSR Filem Productions
Columbia Pictures
Gambar Tanah Licin Sdn. Bhd. & Satu Gitu Sdn. Bhd.
Dynacoral Pictures
Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Cosmos Discovery Sdn. Bhd.
Pesona Pictures
Dayang Digital Sdn. Bhd.
DE Baron Sdn. Bhd.
Dr. Movie Productions
Astro Shaw
Venture Hills Film Productions Sdn. Bhd.
Excellent Pictures
3 Line Media
Karya Prima Productions
Empire Film Solution
Terkenal keranaMenerusi lakonan sebagai Tengku Hassan dalam filem Antara Dua Darjat
PasanganKamariah
Anak-anak4 anak

Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bin Bujang adalah seniman filem Melayu. Beliau dilahirkan pada 8 September 1938 di Jalan Thomson Singapura. Nama Kuswadinata itu hasil daripada gabungan nama salah seorang bapa saudaranya iaitu Nata yang berasal dari Pontianak, Kalimantan seperti ibunya. Sementara bapanya adalah dari Rembau, Negeri Sembilan.

Beliau juga merupakan bekas rakan rapat kepada Syed Mehdzar yang kini tinggal di Subang Jaya. Hubungan yang rapat ini amat berkekalan sehingga sekarang, keluarga Kuswadinata dan Syed Mehzar saling berhubungan sehingga beliau sendiri amat rapat dengan anak sulong Syed Mehzar iaitu Syed Mussidiq.

Penglibatan dan kerjaya seni

Memulakan kerjaya sebagai pelakon di Malay Film Production, Jalan Ampas selepas menghadiri uji bakat oleh pengarah Datuk L. Krishnan dan Datuk Mahmud Jun pada tahun 1958. Lakonan pertama beliau adalah sebagai pelakon pembantu dalam filem Orang Lichin disamping seniman Datuk S. Roomai Nor. Beliau melakonkan watak seorang pembunuh. Setelah berlakon sebagai pelakon pembantu dalam beberapa filem, beliau ditawarkan untuk memegang watak berat dalam filem Antara Dua Darjat bersama Tan Sri P. Ramlee, Saadiah dan Ahmad Nesfu pada tahun 1960. Beliau memegang watak sebagai Engku Hassan.

Beliau juga berlakon dalam filem Indera Bangsawan bersama Jins Shamsuddin, Sarimah dan Haji Mahadi. Watak lakonan beliau yang paling diingati ialah sebagai suami beristeri dua dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1961.

Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau turut berlakon dalam filem antarabangsa seperti Little Adventure, Pretty Girls dan Beyond Rangoon.

Memegang watak sebagai Dr. Rushdi dalam Kala Malam Bulan Mengambang.

Hingga hari tuanya, beliau aktif berlakon dan filem terbaru lakonan beliau ialah Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid.

Ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-2 pada 1981, beliau telah dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) menerusi watak pendekar purbakala bernama Indra dalam filem Serampang Tiga; namun beliau tewas kepada lakonan hebat Rahim Razali dalam filem Abang.

Lain-lain filem lakonan beliau ialah KLU (1999), Kaki Bakar (1995), Tarik-Tarik (1993), Sikit Punya Gila, Jejak Bertapak (1980an), Kaca Permata, Aku Mahu Hidup (1970) dan Jalang (2009).

Filemografi

Filem

Anugerah dan pencapaian

  • Anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 (2007).

Kematian

Pada 16 Februari 2013 beliau meninggal dunia di Hospital Ampang akibat masalah buah pinggang dan kanser usus.[2]

Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas Zohor pada hari Ahad 17 Februari 2013.

Rujukan

Pautan luar