SAM: Saya Amat Mencintaimu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mohdaqifdanielz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Mohdaqifdanielz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 12: Baris 12:
| distributor=E.MAS
| distributor=E.MAS
| released= 19 Ogos 2012
| released= 19 Ogos 2012
|runtime= 90 minit
|runtime= 96 minit
| country={{flag|Malaysia}}
| country={{flag|Malaysia}}
| website=
| website=
Baris 27: Baris 27:
Mengisahkan tentang cinta Sam dengan rakan sekerjanya Lisa, tetapi Lisa diganggu oleh Haikal sehingga mereka berdua diculik dan disembunyikan di sebuah kilang percetakan lama. Filem ini menerima 5 pencalonan di [[Festival Filem Malaysia ke-25]] dan memenangi satu daripada lima pencalonan yang diterima. Filem ini juga melayakkan Syafiq menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Termuda Negara daripada [[Malaysian Book of Records|The Malaysia Book Of Records]].
Mengisahkan tentang cinta Sam dengan rakan sekerjanya Lisa, tetapi Lisa diganggu oleh Haikal sehingga mereka berdua diculik dan disembunyikan di sebuah kilang percetakan lama. Filem ini menerima 5 pencalonan di [[Festival Filem Malaysia ke-25]] dan memenangi satu daripada lima pencalonan yang diterima. Filem ini juga melayakkan Syafiq menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Termuda Negara daripada [[Malaysian Book of Records|The Malaysia Book Of Records]].


==Sinopsis==
==Plot==
Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan Sam ([[Shaheizy Sam]]), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan biasa dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa ([[Lisa Surihani]]). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya, Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal ([[Azad Jasmin]]). Pada masa yang sama juga, Jefri turut menaruh harapan pada Lisa. Lelaki psiko tersebut iaitu Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal. Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. Kemudiannya Lisa dan Sam diculik, menambahkan kekeliruan Sam. Akhirnya terbongkar bahawa Sam menghidapi sebuah penyakit ([[Schizophrenia]]).
Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan Sam ([[Shaheizy Sam]]), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan biasa dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa ([[Lisa Surihani]]). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya, Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal ([[Azad Jasmin]]). Pada masa yang sama juga, Jefri turut menaruh harapan pada Lisa. Lelaki psiko tersebut iaitu Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal. Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. Kemudiannya Lisa dan Sam diculik, menambahkan kekeliruan Sam. Akhirnya terbongkar bahawa Sam menghidapi sebuah penyakit ([[Schizophrenia]]).



Semakan pada 06:46, 12 April 2017

SAM
PengarahSyafiq Yusof
PenulisSyafiq Yusof
Dihasilkan olehDato' Yusof Haslam
DibintangiShaheizy Sam
Lisa Surihani
Syamsul Yusof
Azad Jasmin
Neelofa
Disunting olehRizal Ashreff
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehE.MAS
Tarikh tayangan
19 Ogos 2012
Masa tayangan
96 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 1.18 juta[1]

SAM: Saya Amat Mencintaimu[2] ialah sebuah filem genre aksi dan misteri Malaysia yang ditayangkan pada 19 Ogos 2012 bersempena Hari Raya Aidilfitri dan diarahkan oleh Syafiq Yusof. Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Neelofa dan Azad Jazmin.[3]

Mengisahkan tentang cinta Sam dengan rakan sekerjanya Lisa, tetapi Lisa diganggu oleh Haikal sehingga mereka berdua diculik dan disembunyikan di sebuah kilang percetakan lama. Filem ini menerima 5 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-25 dan memenangi satu daripada lima pencalonan yang diterima. Filem ini juga melayakkan Syafiq menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Termuda Negara daripada The Malaysia Book Of Records.

Plot

Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan biasa dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya, Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jasmin). Pada masa yang sama juga, Jefri turut menaruh harapan pada Lisa. Lelaki psiko tersebut iaitu Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal. Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. Kemudiannya Lisa dan Sam diculik, menambahkan kekeliruan Sam. Akhirnya terbongkar bahawa Sam menghidapi sebuah penyakit (Schizophrenia).

Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar. Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali, siapakah penculik itu?

Pelakon

Pelakon utama filem SAM
Syafiq Yusof mengarah dan menulis skrip filem ini.

Penerbitan

SAM: Saya Amat Mencintaimu merupakan arahan pertama anak bongsu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof dan kos pembikinannya dianggarkan sejulah RM 1.9 juta dan penggambarannya mengambil masa 40 hari di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Beliau yang juga mengarahkan beberapa filem pendek, terpaksa menangguhkan pelajarannya di KLMU kerana untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada filem SAM. Skrip untuk filem ini diolah sendiri oleh Shafiq dan dibantu oleh sepupunya.[2]

Menurut Syafiq, beliau lebih suka mengarahkan filem bercorak komedi memandangkan dirinya yang masih muda, tetapi dia cuba mengarahkan filem bercorak cinta (dan psycho thriller) seperti dalam filem SAM kerana permintaan oleh bapanya sendiri. Shafiq lebih suka mengarah dan duduk di belakang tabir berbanding abangnya Syamsul yang turut berlakon dan mengarah.[2]

Keluaran dan sambutan

SAM: Saya Amat Mencintaimu ditayangkan pada 19 Ogos 2012 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan merupakan satu kejayaan komersial walaupun sekadar meraih kutipan terendah. AbangNara dari BeautifulNara mengulas mengenai filem ini berkata apa yang menyedihkan apabila filem sehebat SAM arahan Syafiq Yusof ini sekadar mengutip RM1.4 juta selepas 12 hari tayangannya. Kemungkinan besar masa tayangannya iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri menyebabkan orang ramai kurang berminat untuk ke wayang. Beliau yakin sekiranya filem SAM ini ditayangkan seminggu selepas raya pasti kutipannya lebih mantap.[4]

Arya Putra dari OMG Hackers yang mengulas mengenai filem ini memberikan 9/10 bintang memujinya sebagai "hebat dan sungguh mengagumkan" untuk Syafiq Yusof, barisan pelakon serta filem ini sendiri.[5] Menurutnya, filem seperti inilah yang dinanti-nantikan untuk ditonton. beliau juga mengulas, sebenarnya kalau babak-babak percintaan antara Sam dan Lisa dipendekkan, dan babak-babak 'permainan kematian' antara Sam dan lelaki bertopeng di kilang lama PV6 dipanjangkan, filem ini akan menjadi lebih baik.[5] Babak percintaan itu dirasakan terlebih dan meleret-leret pula, sehingga habis satu lagu dibuatnya. Sedangkan tatkala beliau masih belum puas melihat Sam disiksa lelaki bertopeng, ia sudahpun tamat. Satu lagi, menurut Arya Putra, babak watak budak kecil yang mengidap penyakit Identity Dissociative di akhir cerita tidak begitu kukuh.[5] Tidak pasti mengapa budak tersebut jadi sedemikian. Adakah kerana bapanya? Ibunya? Kawan-kawannya? Kalau hendak dikatakan sikap bapanya, ia tidak begitu meyakinkan. Kalau dimantapkan lagi bahagian ini, pasti menusuk kalbu. Beliau turut memikirkan apakah sebab yang begitu kuat sehingga menyebabkan kecelaruan identiti yang dahsyat kepada seorang kanak-kanak.[5]

Runut bunyi

SAM: Saya Amat Mencintaimu - The Soundtrack
Runut bunyi oleh
Anuar Zain dan James Baum
Dilancarkan pada2012
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenreRunut bunyi
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
PengarahSyafiq Yusof Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Runut bunyi filem SAM mengandungi empat lagu, iaitu dua lagu nyanyian Anuar Zain dan dua lagu nyanyian James Baum.

Senarai lagu
  1. "Ajari Aku" — Anuar Zain (4:37)
  2. "Sempurnakan Aku" — Anuar Zain (4:53)
  3. "Istimewa" — James Baum feat. Senoritas (4:04)
  4. "Tiada Yang Lain" — James Baum feat. Dr. Anwar Fazal (4:25)

Anugerah dan pencalonan

Pada 2013, SAM menerima empat pencalonan dan satu kemenangan di Festival Filem Malaysia ke-25 bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Penyunting Terbaik. Syafiq Yusof pula memenangi Pengarah Harapan.[6]

Tahun Anugerah Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2013 Festival Filem Malaysia ke-25 SAM: Saya Amat Mencintaimu Filem Terbaik Tercalon
Syafiq Yusof Pengarah Terbaik[7] Tercalon
Shaheizy Sam Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
Syafiq Yusof Penyunting Terbaik Tercalon
Syafiq Yusof Pengarah Harapan Menang

Rujukan

  1. ^ Budiey (29 Ogos 2012). Filem SAM Kutip RM1.4 Juta Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 1 September 2012.
  2. ^ a b c Wahiduzzaman (23 Ogos 2012). Eksperimen Syafiq Yusof Menjadi Dalam 'SAM' mStar. Diperoleh pada 1 September 2012.
  3. ^ Haryati Karim (26 Julai 2012). SAM tekanan buat Syafiq Kosmo!. Diperoleh pada 1 Ogos 2012.
  4. ^ Filem SAM Kutip RM1.4 Juta Selepas 12 Hari Tayangan BeutifulNara. 29 Ogos 2012.
  5. ^ a b c d Review Filem SAM (Saya Amat Mencintaimu) Arya Putra. OMG Hackers. 2 Ogos 2016.
  6. ^ Budiey (2 Mac 2013). Senarai Pemenang Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia Ke-25 Senasasi Selebriti. Diperoleh pada 7 Mac 2013.
  7. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (1 Mac 2013). Syafiq julang trofi Pengarah Harapan Sinar Harian. Diperoleh pada 3 Mac 2013.

Pautan luar