Kimchi Untuk Awak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Rujukan.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 24: Baris 24:
}}
}}


'''''Kimchi Untuk Awak''''' ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2017 yang diadaptasi dari novel karya Suri Ryana dengan judul sama arahan Micheal Ang. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mac 2017 dan dibintangi oleh [[Emma Maembong]], [[Aiman Hakim Ridza]], [[Janna Nick]] dan diterbitkan oleh [[Astro Shaw]] dan Dark Wave Pictures.
'''''Kimchi Untuk Awak''''' ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2017 yang diadaptasi dari novel karya Suri Ryana dengan judul sama arahan Micheal Ang.<ref name="Kimchi">{{cite news|url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/kimchi-untuk-awak-filem-pertama-michael-ang-1.645468|title=Kimchi Untuk Awak filem pertama Michael Ang|author=Aqmar Mustaza|publisher=[[Sinar Harian]]|date=18 Mac 2017|accessdate=13 April 2017}}</ref> Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mac 2017 dan dibintangi oleh [[Emma Maembong]], [[Aiman Hakim Ridza]], [[Janna Nick]] dan diterbitkan oleh [[Astro Shaw]] dan Dark Wave Pictures.


==Sinopsis==
==Sinopsis==

Semakan pada 11:45, 14 April 2017

Kimchi Untuk Awak
PengarahMichael Ang
PenulisMichael Ang
Nazri M. Annuar
Dihasilkan olehNajawa Abu Bakar (eksekutif)
Rafiena Ezanee Ramli (eksekutif)
Syahrul Iman Shamsuddin
Anne Low
DibintangiEmma Maembong
Aiman Hakim Ridza
Janna Nick
Natasha Elyzza
Ungku Hariz
Dira Abu Zahar
Sharifah Sakinah
Syarikat
penerbitan
Astro Shaw
Dark Wave Pictures
Tarikh tayangan
30 Mac 2017
Masa tayangan
118 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Kimchi Untuk Awak ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2017 yang diadaptasi dari novel karya Suri Ryana dengan judul sama arahan Micheal Ang.[1] Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mac 2017 dan dibintangi oleh Emma Maembong, Aiman Hakim Ridza, Janna Nick dan diterbitkan oleh Astro Shaw dan Dark Wave Pictures.

Sinopsis

Filem Kimchi Untuk Awak menceritakan kisah penceritaan antara Daniel Lee Jae Hwan (Aiman Hakim Ridza) dan Bella (Emma Maembong). Daniel merupakan jejaka hasil kacukan Korea dan Melayu manakala Bella adalah gadis Melayu yang belajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan. Pertemuan mereka bermula apabila mereka bertembung antara satu sama lain apabila Bella terlanggar lengan kiri milik Daniel Lee yang kebetulan berada di hadapannya. Pertemuan yang tidak disengajakan itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan semasa Bella ingin pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semesternya.

Setelah sampai di Malaysia Bella terus berjumpa dengan Kak Longnya (Dira Abu Zahar) untuk melepaskan perasaan rindu yang menebal. Suatu hari Kak Long menyuruh Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Bella sangat terkejut menerima kenyataan bahawa Presiden syarikat kak Longnya yang ingin diraikan itu sebenarnya adalah Daniel Lee jejaka yang pernah dilanggarnya ketika di korea selatan baru-baru ini. Hidup Bella menjadi semakin huru-hara apabila dia mendapat tahu bahawa papa Daniel Lee dan ayahnya merupakan kawan baik dan mereka berdua berusaha menyatukan Bella dan juga Daniel Lee. Akhirnya mereka bernikah setelah hampir ditangkap khalwat oleh penduduk kampung dan untuk menjaga maruah kedua-dua keluarga. Percintaan mereka menjadi semakin rumit apabila Bella membuat keputusan untuk melarikan diri ke Seoul kerana percayakan fitnah yang direka oleh Yoo Ri (Natasha Elyzza).

Danial Lee mencari isterinya Bella yang melarikan diri ke Korea kerana terlalu rindukan Bella. Setelah itu, Hubungan mereka kembali pulih dan perasaan cinta Daniel Lee semakin mendalam terhadap Bella ketika di Korea Selatan. Yoo Ri dan Zara (Janna Nick) pula sentiasa berusaha untuk meruntuhkan perkahwinan Daniel Lee dan Bella. Adakan cinta Daniel Lee dan Bella dapat dipertahankan?

Pelakon

Pelakon utama

Watak antagonis

Watak sampingan

Penerbitan

Kimchi Untuk Awak diterbitkan oleh Astro Shaw dan Dark Wave Pictures dan merupakan arahan pertama Michael Ang selepas sekian lama mengarahkan beberapa siri drama dan telefilem. Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong yang sebelum ini digandingkan menerusi drama Projek Memikat Suami dan Isteri Separuh Masa telah dipilih memegang watak utama dalam filem ini.

Michael pada asalnya mahu Kimchi Untuk Awak diterbitkan dalam bentuk siri TV, walaubagaimanapun, katanya, ianya lebih baik jika Kimchi Untuk Awak dipindahkan ke layar lebar. Filem ini menjalani penggambaran selama 22 hari melibatkan lokasi di Seoul dan Pulau Nami, Korea Selatan serta beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Keluaran

Muzik dan runut bunyi

Tajuk lagu runut bunyi filem ini ialah "Dia Untukku" dipersembahkan oleh Ippo Hafiz.

Rujukan

  1. ^ Aqmar Mustaza (18 Mac 2017). "Kimchi Untuk Awak filem pertama Michael Ang". Sinar Harian. Dicapai pada 13 April 2017.

Pautan luar