Sejarah Argentina: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 23: Baris 23:
== Perkembangan ekonomi Negara ==
== Perkembangan ekonomi Negara ==


Selepas penyertaan Buenos Aires, Argentina menyaksikan perkembangan ekonomi yang pesat. Para intelektual seperti [[Bartolome Mitre]] telah menjadi presiden Argentina antara 1862 dan 1868 dan membawa masuk program pembangunan [[ekonomi]] dan [[budaya]] yang maju dan progresif. Ia diperkukuhkan pula oleh [[Sarmiento]] (1868-1874) dan [[Nicolas Avellaneda]] (1874-1880) Sarmiento terkenal di Argentina sehingga kehari ini sebagai Presiden Gurubesar kerana sumbangannya yang banyak terhadap perkembangan [[pendidikan]] di Argentina. Pada akhir abad ke 19, Argentina merupakan negara [[pertanian]] paling maju terutamanya dalam bidang [[penternakan]] dan [[pembiakan lembu]] dan [[kambing biri-biri]], [[teknologi pertanian]] dan penanaman [[alfalfa]]. Sewaktu era ini, pihak British telah melaburkan wang yang banyak dan membangunkan [[infrastruktur]] negara seperti rangkaian keretapi dan pembinaan pelabuhan. Dari 1880 sampai 1930, Argentina tergolong dalam 10 negara terkaya di dunia berdasarkan perkembangan sektor [[pertanian|pertaniannya]] serta [[pelaburan asing]] dalam [[infrastruktur]] negara. Parti Radikal yang mengambilalih kerajaan pada awal abad ke20 telah menekankan pilihan raya bebas serta institusi demokratik dan ini telah membuka pintu kepada perkembangan kelas pertengahan serta golongan yang sebelum ini telah dikecualikan dari kuasa politik. Zaman kemelesetan ekonomi sedunia atau “Great Depression” pada 1930an, turut menjejas ekonomi negara Argentina. Pihak militari Argentina telah menggunakan kesempatan ini untuk menjatuhkan kerajaan parti Radikal di bawah pimpinan Presiden [[Hipolito Yrigoyen]]. Ramai para tentera bimbang dengan pemerintahan kerajaan awam yang tidak berkesan dan tidak mampu membendung keruntuhan ekonomi negara. Disamping itu, mereka berpendapat sektor pertahanan telah diketepikan dan jiran mereka [[Brazil]] telah mendahalui Argentina dari segi militari.
Selepas penyertaan Buenos Aires, Argentina menyaksikan perkembangan ekonomi yang pesat. Para intelektual seperti [[Bartolome Mitre]] telah menjadi presiden Argentina antara 1862 dan 1868 dan membawa masuk program pembangunan [[ekonomi]] dan [[budaya]] yang maju dan progresif. Ia diperkukuhkan pula oleh [[Sarmiento]] (1868-1874) dan [[Nicolas Avellaneda]] (1874-1880) Sarmiento terkenal di Argentina sehingga kehari ini sebagai "Presiden Gurubesar" kerana sumbangannya yang besar terhadap perkembangan [[pendidikan]] di Argentina. Pada akhir abad ke 19, Argentina merupakan negara [[pertanian]] paling maju terutamanya dalam bidang [[penternakan]] dan [[pembiakan lembu]] dan [[kambing biri-biri]], [[teknologi pertanian]] dan penanaman [[alfalfa]]. Sewaktu era ini, pihak British telah melaburkan wang yang banyak dan membangunkan [[infrastruktur]] negara seperti rangkaian keretapi dan pembinaan pelabuhan. Dari 1880 sampai 1930, Argentina tergolong dalam 10 negara terkaya di dunia berdasarkan perkembangan sektor [[pertanian|pertaniannya]] serta [[pelaburan asing]] dalam [[infrastruktur]] negara. Parti Radikal yang mengambilalih [[kerajaan]] pada awal abad ke20 telah menekankan pilihan raya bebas serta institusi demokratik dan ini telah membuka pintu kepada perkembangan [[kelas pertengahan]] serta golongan yang sebelum ini telah dikecualikan dari kuasa [[politik]]. Zaman kemelesetan [[ekonomi]] sedunia atau “[[Great Depression]]” pada 1930an, turut menjejas [[ekonomi]] negara Argentina. Pihak militari Argentina telah menggunakan kesempatan ini untuk menjatuhkan kerajaan parti Radikal di bawah pimpinan Presiden [[Hipolito Yrigoyen]]. Ramai para tentera bimbang dengan pemerintahan kerajaan awam yang tidak berkesan dan tidak mampu membendung keruntuhan ekonomi negara. Disamping itu, mereka berpendapat sektor pertahanan telah diketepikan dan jiran mereka [[Brazil]] telah mendahalui Argentina dari segi militari.


== Bermulanya era Peronisme==
== Bermulanya era Peronisme==

Semakan pada 06:33, 8 Ogos 2005

Sejarah Awal

Disamping beberapa kaum orang asli nomad yang lain, dua kumpulan orang asli utama di Argentina sebelum kedatangan orang Eropah ialah kaum Diaguita yang tinggal berhampiran dengan Bolivia dan pergunungan Andes dan Guarani dari selatan dan timur Argentina. Kedua-dua kaum ini telah mencetuskan tamaddun berunsurkan pertanian terutamanya kultivasi jagung. Kaum Diaguita juga diingati kerana berjaya menghalang merebaknya empayar Inca dari Bolivia ke Argentina.

Ketibaan pihak Eropah

Orang Eropah mula tiba di negara ini selepas pelayaran Amerigo Vespucci kesini pada 1502. Pada 1516 , pelayar Sepanyol Juan Diaz de Solias melawat Argentina pada 1516. Setelah beberapa dekad, Sepanyol menubuhkan sebuah koloni tetap di Buenos Aires pada 1580. Pada mulanya, Sepanyol mentadbir Argentina melalui pusat pemerintahannya di Peru. Kemudian, pihak Sepanyol menyerap Argentina ke dalam empayarnya dengan menubuhkan Vice Royalty of Rio de la Plata pada 1776, dan Buenos Aires dijadikan pelabuhan yang sibuk.

Selepas 20 tahun menikmati perkembangan ekonomi dan stabiliti, wilayah La Plata telah menjadi tarikan pihak British, yang ketika itu berperang dengan Perancis dan Sepanyol. Akibatnya, pada 1806 angkatan kapal British menyerang Buenos Aires. Akibat serangan ini, Wizurai Sepanyol Buenos Aires terpaksa meninggalkan bandar ini dan ianya telah ditawan oleh tentera British. Tetapi dalam masa yang singkat, militia awam telah mengusir tentera tersebut keluar dari Buenos Aires. Setahun kemudian, mereka cuba menawan semula bandar raya tersebut tetapi gagal.

Pemberontakan Mei 1810 dan kemerdekaan Argentina

Kekalahan tentera British di tangan rakyat Buenos Aires telah membangkitkan semangat patriotik rakyatnya. Sentimen revolusi mula berkembang luas apabila Napoleon menggulingkan serta memenjarakan raja Sepanyol, Raja Ferdinand VIII dan menggantikannya dengan adiknya, Joseph Bonaparte pada 1808. Masyarakat Buenos Aires enggan mengiktiraf Joseph Bonarparte sebagai raja Sepanyol, lalu mereka menggulingkan kerajaan Sepanyol di sana. Pada Mei 1810, sebuah cabildo terbuka bandar ini telah menubuhkan kerajaan autonomi yang baru untuk mentadbir La Plata di bawah Raja Ferdinand VIII, sementara raja itu di dalam buangan. Kerajaan sementara ini kemudiannya melancarkan kempen tentera untuk mendapat sokongan bandar-bandar pendalaman. Pada 1814, Raja Ferdinand telah kembali berkuasa tetapi beliau ternyata seorang raja yang tidak berkaliber. Oleh itu pada 9 Julai 1816, satu kumpulan perwakilan dari kebanyakan negeri di Argentina telah berhimpun dan berjumpa di Tucuman dan mengisytiharkan kemerdekaan dari jajahan Sepanyol. Kerajaan merdeka yang pertama di Argentina itu diberi nama Provinsi-Provinsi Bersatu Rio de la Plata. Namun demikian, revolusi menentang Sepanyol tetap berterusan dan hanya berakhir pada 1824. Jeneral Jose de San Martin, yang berkempen di Argentina, Chile, dan Peru telah diangkat sebagai wira negara Argentina dan dianggap sebagai bapa kemerdekaan.

Era sebelum perlembagaan Argentina 1853

Selepas kemerdekaan Argentina, rakyatnya sebulat suara bersetuju menjadikan negara ini sebuah negara republik. Namun persengketaan berlaku kerana satu puak mahukan negara ini berkerajaan pusat (centralist/ unitarian) manakala sebahagian lagi mahukan kerajaan persekutuan (federalist). Puak yang pro kerajaan pusat telah mencapai kejayaan apabila pada 1826 ahlinya, Bernardino Rivadavia dipilih sebagai Presiden Argentina. Rivadavia telah cuba untuk membawa banyak pembaharuan. Antara lain, beliau mahu menggantikan budaya tradisi Sepanyol-Katholik dengan budaya Perancis yang dinamik, saintifik, moden dan sekular. Namun demikian, rakyat Argentina agak konservatif dan menolak budaya asing. Selain itu, kerajaannya dibelenggu dengan perang dengan negara Brazil yang tidak berkesudahan. Akhirnya pengaruh puak ini tidak berpanjangan dan Rivadavia terpaksa melepaskan jawatannya setahun kemudian. 25 tahun selepas itu, kerajaan Argentina telah dipegang oleh puak pro persekutuan di bawah regim Rosas. Rosas mendapat sokongan kaum gaucho dan juga rakyat lain yang rindukan keamanan. Dengan slogan “Stabiliti dan Disiplin” beliau berjaya menambat hati rakyat Argentina, yang lama menderita akibat ketidakstabilan dan keganasan. Pada mulanya dia dipilih sebagai gabenor di Buenos Aires pada 1829. Dari waktu itu sehinggalah tahun 1835, beliau membuat perancangan politik untuk mentadbir Argentina. Satu persatu, musuhnya ditewaskan atau dibunuh sampai tiada lagi saingan politiknya. Akhirnya beliau menjadi presiden serta ‘tuan’ rakyat Argentina yang bertahan lama iaitu lebihkurang 25 tahun. Berlainan dengan Rivadavia, Rosas lebih berminat untuk mengekalkan ‘status quo’ negara. Beliau juga membangkitkan semangat nasionalisme dikalangan rakyatnya. Ini telah mencetuskan kemarahan ahli intelektual elit disana. Antara pengkritiknya yang lantang termasuklah Juan Bautista Alberdi, Bartolome Mitre dan Domingo Faustino Sarmiento dan mereka kemudiannya mengstrukturkan semula ekonomi Argentina kearah pembangunan. Walaupun beliau berjaya melindungi negara dari unsur-unsur asing, tindakannya itu menakutkan para pelabur asing. Akibatnya pembangunan ekonomi terbantut dan Argentina menjadi mundur. Disamping itu, Rosas telah melakukan kesilapan-kesilapan yang lain. Sebagai bekas gabenor Buenos Aires, beliau telah mengamalkan sikap pilih kasih dengan memberi perhatian berlebihan kepada wilayah ini dan mengabaikan wilayah lain. Selain itu, beliau telah bercampurtangan dalam politik Uruguay dengan mengadakan pengepungan keatas Montevideo, suatu tempat lindungan bagi mereka yang menentang beliau. Rosas akhirnya digulingkan oleh tentera Urquiza dan tentera dari Brazil dan Uruguay.

Sejarah Awal Persekutuan Argentina

Selepas kejatuhan regim Rosas, Urquiza berusaha untuk menyatukan Argentina. Perlembagaan pertama telah digubal tetapi wakil dari Buenos Aires tidak turut serta dan bersikap berkecuali. Perlembagaan ini ;lebih mirip kepada perlembagaan Amerika Syarikat kecuali dua elemen iaitu kuasa Presiden dan agama. Seorang Presiden tidak dibenarkan bertanding secara berturut-turut dan hanya boleh berkuasa selama enam tahun. Namun, berbanding Presiden Amerika Syarikat, presidennya mempunyai lebih kuasa eksekutif. Manakala dari segi agama, kerajaan Argentina mesti menyokong institusi gereja Roman Katolik walaupun hak kebebasan beragama adalah diperuntukkan di dalam perlembagaannya. Buenos Aires enggan menyertai persekutuan Argentina yang baru ini dan Urquiza telah menjadikan Parana sebagai ibunegara pertama Argentina. Akhirnya beliau menghantar bala tenteranya ke wilayah tersebut. Akhirnya Buenos Aires menyertai persekutuan ini apabila tewas ditangan tentera persekutuan dan selepas perlembagaan dipinda.

Perkembangan ekonomi Negara

Selepas penyertaan Buenos Aires, Argentina menyaksikan perkembangan ekonomi yang pesat. Para intelektual seperti Bartolome Mitre telah menjadi presiden Argentina antara 1862 dan 1868 dan membawa masuk program pembangunan ekonomi dan budaya yang maju dan progresif. Ia diperkukuhkan pula oleh Sarmiento (1868-1874) dan Nicolas Avellaneda (1874-1880) Sarmiento terkenal di Argentina sehingga kehari ini sebagai "Presiden Gurubesar" kerana sumbangannya yang besar terhadap perkembangan pendidikan di Argentina. Pada akhir abad ke 19, Argentina merupakan negara pertanian paling maju terutamanya dalam bidang penternakan dan pembiakan lembu dan kambing biri-biri, teknologi pertanian dan penanaman alfalfa. Sewaktu era ini, pihak British telah melaburkan wang yang banyak dan membangunkan infrastruktur negara seperti rangkaian keretapi dan pembinaan pelabuhan. Dari 1880 sampai 1930, Argentina tergolong dalam 10 negara terkaya di dunia berdasarkan perkembangan sektor pertaniannya serta pelaburan asing dalam infrastruktur negara. Parti Radikal yang mengambilalih kerajaan pada awal abad ke20 telah menekankan pilihan raya bebas serta institusi demokratik dan ini telah membuka pintu kepada perkembangan kelas pertengahan serta golongan yang sebelum ini telah dikecualikan dari kuasa politik. Zaman kemelesetan ekonomi sedunia atau “Great Depression” pada 1930an, turut menjejas ekonomi negara Argentina. Pihak militari Argentina telah menggunakan kesempatan ini untuk menjatuhkan kerajaan parti Radikal di bawah pimpinan Presiden Hipolito Yrigoyen. Ramai para tentera bimbang dengan pemerintahan kerajaan awam yang tidak berkesan dan tidak mampu membendung keruntuhan ekonomi negara. Disamping itu, mereka berpendapat sektor pertahanan telah diketepikan dan jiran mereka Brazil telah mendahalui Argentina dari segi militari.

Bermulanya era Peronisme

Kegelisahan ini berakhir, apabila pihak militari menggulingkan kerajaan berpelembagaan pada 1943. Kolonel Juan Perón (kemudiannya Jeneral), merupakan ketua rampasan kuasa ketika itu dan beliau diberikan jawatan yang penting iaitu Menteri Buruh. Sewaktu menjadi Menteri Buruh, beliau menggunakan kebijaksanaan politiknya untuk memancing sokongan kesatuan buruh yang merupakan organisasi paling berpengaruh di Argentina. Pada pilihan raya 1946 beliau serta pengikutnya telah mendapat kemenangan besar serta mengisi hampir kesemua kerusi di dewan rakyat dan juga dewan senat. 1946. Peron merupakan seorang yang proaktif serta berpandangan jauh. Sewaktu beliau di tampuk pemerintahan, pelbagai organisasi telah ditubuhkan. Antaranya ialah penubuhan parti politik Partido Justicialist, sebuah parti politik yang dinamik, demokratik dan progresif. Pengaruh parti ini kekal sehinggalah kehari ini. Disamping itu, beliau merupakan orang utama dalam penubuhan General Confederation of Labor (CGT) atau Konfederasi Buruh Am suatu gabungan persatuan-persatuan buruh kebangsaan yang paling besar serta berpengaruh di Argentina. Disamping memberi kuasa yang lebih kepada pihak buruh, beliau juga berusaha menasionalisasikan industri-industri negara yang sebelum ini dimiliki oleh orang asing dari Eropah. Isterinya yang dinamik, Eva Duarte de Peron, yang juga dikenali sebagai Evita (1919-52), memainkan peranan utama dalam menasihati beliau serta mendapat sokongan untuk suaminya iaitu dari golongan buruh serta golongan wanita. Pada 1951, wanita untuk pertama kalinya diberi hak mengundi dan dalam pilihan raya 1952, dua pertiga undi wanita adalah untuk Peron. Malangnya, pada 1952 Evita meninggal dunia akibat kanser. Peron telah hilang tempat bergantung dan membuat beberapa kesilapan politik yang menjejaskan ekonomi negara dan juga reputasinya. Akhirnya, beliau dibuang negeri pada 1955.

Kerajaan militari yang mengambilalih kuasa tidak mampu menangani masalah getir yang dihadapi oleh negara seperti keganasan dan kemelesetan ekonomi dan pengaruh Peronisme masih hidup di Argentina. Pada Oktober 1973, Peron yang kini berusia lebih 80 tahun telah kembali dari Madrid, Sepanyol bersama isteri ketiganya, Maria Estela Isabel Martínez de Peron, yang dilantik sebagai naib-Presiden sewaktu pemerintahannya, aktiviti keganasan semakin berleluasa dan kerajaan terpaksa melaksanakan langkah drastik yang bersifat autoritarian. Misalnya menggunakan kuasa untuk memenjarakan seseorang buat jangkamasa yang tidak tetap tanpa melalui proses undang-undang .

Argentina di bawah kerajaan tentera

Peron meninggal dunia pada 1 Julai, 1974 dan jawatannya telah diambilalih oleh Isabel Martínez. Namun pada 24 Mac 1976 suatu rampasan kuasa tentera telah menggulingan kerajaan Peron. Kerajaan militari junta telah mengenakan tindakan yang tegas terhadap para pengganas dan mereka yang bersimpati dengannya melalui operasi yang dipanggil "El Proceso," atau "Perang yang Kotor". Walaupun ia berjaya mengembalikan keamanan tetapi ramai rakyatnya telah menjadi mangsa. Dianggarkan antara 10,000 hingga 30,000 orang telah "lesap" antara tahun 1976-83. Masalah ekonomi yang semakin meruncing, tuduhan rasuah yang kian meningkat, kebencian rakyat terhadap pelanggaran [[hak asasi manusia] serta kekalahan negara ditangan tentera British sewaktu perang Falkland telah menjatuhkan imej kerajaan militari di Argentina. Akhirnya junta ini terpaksa menarik balik pengharaman terhadap parti politik dan mengembalikan kebebasan berpolitik.

Zaman kejatuhan ekonomi

Pada 30 Oktober, 1983, warga Argentina yang bosan dengan kerajaan militari telah memilih Raul Alfonsin, dari parti Radical Civic Union (UCR), sebagai Presiden. Kerjaan demokratik yang baru ini telah cuba untuk mengatasi masalah-masalah negara seperti mengambil tindakan terhadap kerajaan militari yang lepas atas kesalahan hak asasi manusia, mengawal angkatan tentera dan meneguhkan semula institusi demokratik. Namun kerajaan Alfonsin gagal mengatasi masalah ekonomi yang sangat teruk dan dalam masa enam tahun beliau digantikan oleh calon parti Peron iaitu Carlos Saul Menem.

Walaupun beliau berkempen sebagai calon populis tradisional, sebagai Presiden, Menem melancarkan perubahan besar-besaran terhadap dasar negara. Reformasi tersebut telah membabitkan campurtangan kerajaan dalam ekonomi negara dan beliau tidak teragak-agak menggunakan kuasa Presidennya yang luas apabila Kongres tidak mendapat persetujuan atas cadangan reformasinya.

Perjanjian yang dipanggil Perjanjian Olivos atau Olivos Pact di antara kerajaan dengan parti pembangkang Radical Party telah berakhir dengan reformasi perlembagaan 1994 yang membuka jalan kepada Menem untuk memenangi pilihan raya semula, di mana beliau berjaya memperoleh 50% undi dalam pilihan raya tiga penjuru pada tahun 1995. Pada akhir penggal kedua kerajaannya, mula timbul pula kebimbangan dikalangan pelabur asing mengenai keupayaan Argentina membayar balik hutang sektor awamnya yang besar, terutamanya selepas kegagalan Russia melangsaikan hutangnya pada tahun 1998 dan langkah Brazil menilai semula matawangnya. Kebimbingan semakin bertambah apabila defisit fiskal Argentina melonjak semasa tahun 1999, iaitu tahun akhir Menem sebagai Presiden.

Fernando de la Rua, dari Radical Party, yang bertanding atas sebab anti-rasuah, telah menewaskan calon Peronist iaitu Eduardo Duhalde pada pilihan raya 1999. Sebaik sahaja menjadi Presiden, beliau menaikkan cukai untuk menamatkan defisit fiskal yang besar yang 'diwarisi' kerajaannya, tetapi kenaikan cukai ini telah membantutkan pertumbuhan ekonomi dan mempercepatkan kegawatan ekonomi serta mengakibatkan kejatuhan revenue kerajaan. Pertelingkahan politik dalaman telah menyukarkan pelaksanaan langkah-langkah reformasi kerajaan, dan ekonomi negara terus terbantut. Keadaan politik semakin menurun apabila Naib Presiden Chacho Alvarez (dari rakan pemuda dalam barisan kerajaan) telah meletak jawatan, kerana kurang mendapat sokongan ahli eksekutif yang lain untuk menyiasat tuduhan korupsi dalam pentadbiran kerajaan.

Argentina di dalam abad ke-21

Even a large IMF-led stabilization package in December 2000 was insufficient to prevent a looming crisis, given the De la Rua administration's inability to get a handle on the fiscal situation. Throughout 2001, production fell from already low levels, and unemployment continued to rise. By late 2001, depositors in Argentine banks were withdrawing funds as a run against the peso developed. The government's restrictions on depositors' access to their accounts only fueled popular discontent. Supermarket sackings and property damage proliferated, first in the provinces and then the Federal Capital. De la Rua resigned on December 20, 2001, after violence claimed several lives during riots in and around the plaza directly facing the seat of government.

A legislative assembly on December 23, 2001, elected Adolfo Rodriguez Saa to serve as president and called for general elections to elect a new president within 3 months. Rodriguez Saa announced immediately that Argentina would default on its international debt obligations, but expressed his commitment to maintain the currency board and the peso's 1-to-1 peg to the dollar. Rodriguez Saa, however, was unable to rally support from within his own party for his administration and this, combined with renewed violence in the Federal Capital, led to his resignation on December 30.

Yet another legislative assembly elected Peronist Eduardo Duhalde president on January 1, 2002. Duhalde--differentiating himself from his three predecessors—tambatan nilai matawang quickly abandoned the peso's 10-year-old link with the dollar, a move that was followed by currency depreciation and inflation. In the face of rising poverty and continued social unrest, Duhalde also moved to bolster the government's social programs. In the first round of the Presidential election on April 27, 2003, former President Carlos Menem (PJ) won 24.3% of the vote, Santa Cruz Governor Nestor Kirchner (PJ) won 22%, followed by Ricardo Murphy with 16.4% and Eilsa Carrio with 14.2%. Menem withdrew from the May 25 runoff election after polls showed overwhelming support for Kirchner. President Kirchner took office on May 25, 2003.