Merdeka Film Productions: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29: Baris 29:
Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan [[Shaw Brothers]] Ltd. dan Encik H.M. Shah (H. M. Shah telah menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Cathay-Keris), maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di Ulu Kelang, Selangor dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah [[Filem Tun Tijah|Tun Tijah]] arahan [[L. Krishnan|Tan Sri L. Krishnan]] dan dibintangi oleh [[Abdullah Chik]], [[Salmah Ahmad]] dan [[Mustapha Maarof]]. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi [[Malay Film Productions]] (MFP) dan [[Cathay-Keris Film Productions]] yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung karier seni mereka selepas industri perfileman Melayu di Singapura semakin merosot.
Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan [[Shaw Brothers]] Ltd. dan Encik H.M. Shah (H. M. Shah telah menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Cathay-Keris), maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di Ulu Kelang, Selangor dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah [[Filem Tun Tijah|Tun Tijah]] arahan [[L. Krishnan|Tan Sri L. Krishnan]] dan dibintangi oleh [[Abdullah Chik]], [[Salmah Ahmad]] dan [[Mustapha Maarof]]. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi [[Malay Film Productions]] (MFP) dan [[Cathay-Keris Film Productions]] yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung karier seni mereka selepas industri perfileman Melayu di Singapura semakin merosot.


Syarikat ini banyak mengeluarkan filem-filem Melayu hitam dan putih dan lapan (8) filem berwarna . Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem [[Loceng Maut]] pada tahun 1976. Studio ditutup secara rasminya beberapa tahun kemudian kerana kemunculan televisyen berwarna pada tahun 1975 dan Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong melalui studio disana, [[Clearwater Bay Studio]] lebih menumpukan filem-filem bertemakan kungfu dan berwarna. Selain itu, pergolakan dalaman di dalam Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong juga memainkan peranan [[Run Run Shaw]] dan [[Runme Shaw]] untuk tidak meneruskan penghasilan filem-filem di Malaysia. Filem terakhir terbitannya ialah [[Adik Manja]] hasil lakonan [[Noorkumalasari]] dan [[Dharma Harun Al Rashid]] pada tahun 1980. Akhirnya, studio ini dibeli oleh [[Perbadanan Kemajuan Filem Nasional]] (FINAS) pada tahun 1985<ref>{{cite web |url=http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/shaw.htm |title=Malay Film Productions Ltd. (1947 - 1967) |accessdate=9 Disember 2012}}</ref> dan dijadikan Kompleks Studio Merdeka.
Syarikat ini banyak mengeluarkan filem-filem Melayu hitam dan putih dan lapan (8) filem berwarna . Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem [[Loceng Maut]] pada tahun 1976. Studio ditutup secara rasminya beberapa tahun kemudian kerana kemunculan televisyen berwarna pada tahun 1975 dan Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong melalui studio disana, [[Clearwater Bay Studio]] lebih menumpukan filem-filem bertemakan kungfu dan berwarna. Tidak terkecuali dengan kebanjiran filem-filem berwarna dari Indonesia, Hindi dan Hollywood. Selain itu, pergolakan dalaman di dalam Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong juga memainkan peranan [[Run Run Shaw]] dan [[Runme Shaw]] untuk tidak meneruskan penghasilan filem-filem di Malaysia. Filem terakhir terbitannya ialah [[Adik Manja]] hasil lakonan [[Noorkumalasari]] dan [[Dharma Harun Al Rashid]] pada tahun 1980. Akhirnya, studio ini dibeli oleh [[Perbadanan Kemajuan Filem Nasional]] (FINAS) pada tahun 1985<ref>{{cite web |url=http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/shaw.htm |title=Malay Film Productions Ltd. (1947 - 1967) |accessdate=9 Disember 2012}}</ref> dan dijadikan Kompleks Studio Merdeka.


==Senarai artis==
==Senarai artis==

Semakan pada 03:00, 23 April 2017

Merdeka Film Productions
Jenis/bentuk sahPersendirian
IndustriPerfileman
DitubuhkanMalaysia (1960)
PengasasShaw Brothers Ltd.
NasibDibubarkan (1980)
Ibu pejabatUlu Klang, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia, Singapura
Tokoh pentingRunme Shaw
Vee Meng Shaw
Hasil pengeluaranFilem melayu hitam-putih dan berwarna
Perkhidmatan
  • Penggambaran filem
  • Penulisan skrin
  • Penyuntingan filem
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Merdeka Film Productions merupakan sebuah syarikat dan studio yang terletak di Ulu Klang, Selangor, Malaysia.

Sejarah

Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, bekas pengarah Cathay-Keris, Ho Ah Loke terlebih dahulu menggunakan perkataan Merdeka dengan penubuhan Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958. Pada tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul Hilang Gelap Datang Terang dengan usahasama produksi Perfini dari Indonesia yang turut menampilkan Dollah Sarawak, Maria Menado, Chitra Dewi, Rendra Karno serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan.

Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan Shaw Brothers Ltd. dan Encik H.M. Shah (H. M. Shah telah menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Cathay-Keris), maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di Ulu Kelang, Selangor dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah Tun Tijah arahan Tan Sri L. Krishnan dan dibintangi oleh Abdullah Chik, Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi Malay Film Productions (MFP) dan Cathay-Keris Film Productions yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung karier seni mereka selepas industri perfileman Melayu di Singapura semakin merosot.

Syarikat ini banyak mengeluarkan filem-filem Melayu hitam dan putih dan lapan (8) filem berwarna . Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem Loceng Maut pada tahun 1976. Studio ditutup secara rasminya beberapa tahun kemudian kerana kemunculan televisyen berwarna pada tahun 1975 dan Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong melalui studio disana, Clearwater Bay Studio lebih menumpukan filem-filem bertemakan kungfu dan berwarna. Tidak terkecuali dengan kebanjiran filem-filem berwarna dari Indonesia, Hindi dan Hollywood. Selain itu, pergolakan dalaman di dalam Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong juga memainkan peranan Run Run Shaw dan Runme Shaw untuk tidak meneruskan penghasilan filem-filem di Malaysia. Filem terakhir terbitannya ialah Adik Manja hasil lakonan Noorkumalasari dan Dharma Harun Al Rashid pada tahun 1980. Akhirnya, studio ini dibeli oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada tahun 1985[1] dan dijadikan Kompleks Studio Merdeka.

Senarai artis

Berikut adalah senarai artis-artis yang pernah membintangi filem-filem terbitan Merdeka Film Productions mengikut turutan abjad.

Lelaki Wanita
Abdullah Chik Adibah Amin
Ahmad Dadida Afida Es
Ahmad Daud Chandra Shanmugam
Ahmad Mahmud Dalila Fazlur Rehman
A. K Jailani Dayang Sulu
Ali Rahman Erlina Dewi
Alias Augustine Faridah Ucok
A. R. Ayappan Fauziah Ahmad Daud
A. R. Tompel Juliana Ibrahim
Azihan M. Osman Julie Faridah
Aziz Jaafar Kasma Booty
Aziz M. Osman Khatijah Hashim
Bob Mustaffa Laila Mahzan
Dali Siliwangi Latifah Omar
Dharma Harun Al Rashid Mahyon Ismail
Dinda Sumantri Mak Enon (Ainon Chik)
Ed Osmera Mariani
Ghazali Sumantri Mariati
Hail Amir Maznah Ahmad
H. G. Gill Minah Hashim
Hoon Thye Chong Noor Azizah
Hussein Abu Hassan Noorkumalasari
Ibrahim Din Noraini Hashim
Ibrahim Sabtu Noran Nordin
Idris Hashim Norizan Mohd Noor
Ismail Mahmud Norlia Ghani
Jamil Sulong Norsiati
J. B Yusof Norzie Nani
Jins Shamsudin Rina Hasyim
Kamal Idris Rohaya Rahman
Kamarul Ariffin Roseyatimah
Karim Latiff Roslina Hamid
Latiff Borgiba Rosnani Jamil
Mahmud June Rozana M. Osman
M. Amin Ruminah Sidek
M. Suki Saadiah
M. Shahdan Salmah Ahmad
Mokhtaruddin Saloma
Mustapha Maarof Sarimah Ahmad
Nasran Nawi Sharifah Hanim
Nyak Othman Sharifah Shalina Syed Abdullah
Omar Rojik Siput Sarawak
Osman Md. Amin Sophia Ibrahim
P. Ramlee Suriya Kumari
Rahman B. Teh Faridah
Raden Sudiro Uji Rashid
Raja Khalid Umi Kalthum
R. Jaafar Vera Wee
Salleh Ghani Wan Chik Daud
Sam Bimbo Zaharah Agus
Sharif Babu
Shigim
Sivapakiam Dharmalinggam
S. Kadarisman
S. Roomai Noor
S. Rosley
Sony Abdullah
Tamam Idris
Tony Azman
Ucok Harahap
Omar Shariff
VI Stanley
Yem
Yusuff Bujang
Yusof Haslam
Yusof Latiff
Zulkifli M. Osman
Zulkifli Zain
Awang Daud
Noor Jinn

Senarai filem terbitan

Era filem tanpa warna

Tajuk asal Tahun Pengarah
Tun Tijah 1960 L. Krishnan
Abu Nawas 1961 A. R. Tompel
Keris Sempena Riau 1961 L. Krishnan
Selendang Merah 1962 L. Krishnan
Siti Payong 1962 Salleh Ghani
Ratapan Ibu 1962 L. Krishnan
Tangkap Basah 1963 Salleh Ghani
Fajar Menyinseng 1963 L. Krishnan
Ibu Ayam 1963 Salleh Ghani
Anak Manja 1963 Salleh Ghani
Jambatan Maut 1963 M. Yatim
Tun Mandan 1964 Salleh Ghani
Jauh Di Mata 1964 Fred Young
Si Tora Harimau Jadian 1964 P. Ramlee
Ragam P. Ramlee 1965 P. Ramlee
Hujan Darah 1965 Salleh Ghani
Dajal Suchi 1965 Dhiresh Ghosh
Masam Masam Manis 1965 P. Ramlee
Bumiputra 1965 Dhiresh Ghosh
Sayang Si Buta 1965 Omar Rojik
Sabaruddin Tukang Kasut 1966 P. Ramlee
Gadis Langkawi 1966 Dhiresh Ghosh
Do Re Mi 1966 P. Ramlee
Nasib Do Re Mi 1966 P. Ramlee
Sesudah Suboh 1967 P. Ramlee
Keluarga 69 1967 P. Ramlee
Anak Bapak 1968 P. Ramlee
Gerimis 1968 P. Ramlee
Lain Jalan Ka-Shorga 1968 Jamil Sulong
Amok Tok Nading 1968 S. Kadarisman
Miang Miang Keladi 1968 Omar Rojik
Ahmad Albab 1968 P. Ramlee
Pendekar Empat 1968 S. Kadarisman
Teratai 1968 Omar Rojik
Kanchan Tirana 1969 P. Ramlee
Tunggal 1969 S. Kadarisman
Bukan Salah Ibu Mengandong 1969 Jins Shamsudin
Lanang Sejagat 1969 Omar Rojik
6 Jahanam 1969 P. Ramlee
Panglima Harimau Berantai 1969 S. Kadarisman
Di Belakang Tabir 1969 Jins Shamsudin
Keranda Jingga 1969 Omar Rojik
Kembang Layu 1970 S. Kadarisman
Dr. Rushdi 1970 P. Ramlee
Perintah Seri Paduka 1970 S. Kadarisman
Tuah Badan 1970 Omar Rojik
Filem Gelora 1970 P. Ramlee
Pancha Indera Harimau Berantai 1970 S. Kadarisman
Kalau Berpaut Di Dahan Rapoh 1971 Omar Rojik
Asmara Kirana 1971 Nas Achnas
Khudrat 1971 S. Kadarisman
Putus Sudah Kaseh Sayang 1971 P. Ramlee
Durjana 1971 Omar Rojik
Pedang Sakti 1971 S. Sudarmaji
Darma Kesuma 1971 S. Kadarisman
Jangan Tinggal Daku 1971 P. Ramlee
Hutang Darah 1972 S. Kadarisman
Belang Pertanda 1972 S. Sudarmaji
Angkara 1972 Omar Rojik
Laxmana Do Re Mi 1972 P. Ramlee
Dang Lenggang 1972 S. Kadarisman
Chengkaman Maut 1972 S. Sudarmaji
Anakku Suamiku 1972 Omar Rojik
Pendekar Sakti 1972 S. Kadarisman
Satria 1973 Omar Rojik
Semerah Cindai 1973 Omar Rojik
Darah Panglima 1973 S. Kadarisman
Dosa Remaja 1973 Nas Achnas
Ganjaran 1973 Omar Rojik
Terbabas 1973 S. Kadarisman
Semambu Kuning 1973 Omar Rojik
Bunga Mas 1973 Nas Achnas
Kelana 1973 S. Kadarisman
Puaka 1974 Omar Rojik
Penyamun Si Bongkok 1974 M. Amin
Bujang Tua S. S 1974 S. Kadarisman
Jantina 1974 Nas Achnas
Anak Setan 1974 Omar Rojik
Mastura 1974 Nas Achnas
Satu Penentuan 1974 M. Amin
Si Buta 1975 Omar Rojik
Loceng Maut 1976 Nas Achnas

Era filem berwarna

Tajuk asal Tahun Pengarah
Pertiwi 1975 M. Amin
Permintaan Terakhir 1975 Jamil Sulong
Rahsia Hatiku 1975 Nas Achnas
Jiwa Remaja 1975 Jamil Sulong
Semalam Di Malaysia 1975 Nico Pelamonia
Sayang Anakku Sayang 1976 Jamil Sulong
Cinta Dan Lagu 1976 Jamil Sulong
Adik Manja 1980 Othman Hafsham

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Malay Film Productions Ltd. (1947 - 1967)". Dicapai pada 9 Disember 2012.

Pautan luar