Lari: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mohdaqifdanielz (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox Film | name = Lari (filem) | image = | caption = | director = Ahmad Idham | writer = | starring = Aaron Aziz<br \>Dira Abu Zaha...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 12:11, 25 April 2017

Lari (filem)
PengarahAhmad Idham
Dihasilkan olehAzlan Shah Jaffril
Ahmad Idham
DibintangiAaron Aziz
Dira Abu Zahar
Erin Malek
Ery Putra
Hazama Azmi
Syarikat
penerbitan
Excellent Pictures Sdn Bhd
Film Frame Productions Co.Ltd
Tarikh tayangan
6 Jun 2013
Masa tayangan
79 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia,Bahasa Thai

Lari ialah sebuah filem aksi arahan Ahmad Idham pada tahun 2013 ini dibintangi oleh Aaron Aziz,Dira Abu Zahar,Ery Putra,Erin Malek dan Hazama Azmi.

Jalan Cerita

Mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira Abu Zahar) tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi askar. Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya.

Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin Malik) pula hilang. Maya yang bergelut dengan krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita.


Barisan pelakon

Khaliff (Aaron Aziz)
Bekas tentera yang baru ditamatkan dan kini misi mencari adiknya sendiri,Ina. Juga suami kepada Maya.
Maya (Dira Abu Zahar)
Bekas isteri kepada Khaliff,namun dia telah berkahwin dengan KJ.
KJ (Kamarul Jusof) (Ery Putra)
Seorang ketua sendiket yang cuba merosakkan ahli keluarga Khaliff, namun dia telah dituduh oleh Khaliff. Juga suami kepada Maya
Ina (Erin Malik)
Mempunyai seorang adik Khaliff,yang telah diculik oleh KJ dengan geng-gengnya.
Taugeh (Hazama Azmi)
Seorang pemandu teksi yang selalu menolong Khaliff dalam kesusahan, namun dia juga membuat beraksi.
Pak Mat (Rahim Omar)
Mempunyai ayah kepada Khaliff dan Ina,yang telah dibunuh oleh Thanapon.
Zakuan (Shukri Yahaya)
Kawan baik Khaliff.
Malik (Azlan Komeng)
Rafie (Simon Kook)
Thanapon (Mike B)
Pemilik kelab yang tempat Ina diculik, tetapi telah dibunuh oleh pihak berkuasa semasa Thanapon mengejar Ina, Maya, Taugeh dan Khaliff daripada kawasan tersebut.