Perempuan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Chongkian (bincang | sumb.)
Chongkian (bincang | sumb.)
Baris 69: Baris 69:


== Lihat juga ==
== Lihat juga ==
* [[Wanita termasyhur dalam sejarah]]
* [[Feminisme]]
* [[Feminisme]]
* [[Sistem saka]]
* [[Penyelidikan jantina dan keseksualan]]
* [[Ginekologi]]
* [[Pahlawan wanita dalam kesusasteraan]]
* [[Peranan wanita dalam Perang-perang Dunia]]
* [[Misogini]] (benci perempuan)
* [[Wanita baru]]
* [[Obstetrik]]
* [[Wanita dalam fiksyen sains]]
* [[Panggung wayang wanita]]


== Rujukan ==
== Rujukan ==

Semakan pada 04:39, 27 April 2017

Perempuan
Dari kiri ke kanan bermula dari atas: Sappho  • Venus  • Joan of Arc  • Eva Perón  • Marie Curie  • Indira Gandhi  • Venus of Willendorf  • Wangari Maathai  • Mother Teresa  • Grace Hopper  • Mamechiho, seorang Geisha  • seorang petani dari Tibet  • Marilyn Monroe  • Oprah Winfrey  • Aung San Suu Kyi  • Mata Hari  • Isis  • seorang Ratu Balqis  • Elizabeth I  • Florence Owens Thompson
Lambang planet Venus

Perempuan atau wanita ialah salah satu daripada dua jantina bagi manusia; iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan perkataan "perempuan" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai betina.

Perkataan lain yang membawa erti perempuan ialah wanita, gadis, dara, dan betina.

Lambang

Sistem pembiakan perempuan

Lambang planet Zuhrah ialah simbol untuk jantina betina dalam bidang biologi; suatu penggambaran cermin tangan dewi Venus yang terdiri daripada sebuah bulatan dengan palang kecil di bawah (Unikod: ♀). Simbol Venus juga mewajahkan kewanitaan, dan mewakili tembaga dalam alkimia kuno. Ahli alkimia membina simbol itu daripada bulatan yang melambangkan roh di atas palang yang melambangkan jirim.

Biologi dan jantina

Faktor-faktor biologi bukannya penentu yang tunggal untuk memastikan adakah seorang itu dianggap sebagai perempuan. Sesetengah perempuan mempunyai perbezaan hormon atau kromosom yang abnormal (seperti hiperplasia andrenal kongenital, sindrom ketidaksensitifan androgen yang lengkap ataupun sebahagian, ataupun keadaan interseks yang lain), dan terdapatnya juga perempuan-perempuan yang, pada awal kehidupan mereka, tidak mempunyai fisiologi perempuan yang tipikal (perempuan transeksual). (Sila lihat: Identiti jantina.)

Dari segi biologi, organ seks perempuan terlibat dalam sistem pembiakan, sedangkan ciri-ciri jantina sekunder adalah untuk menjaga anak serta untuk menarik perhatian pasangan. Kebanyakan perempuan mempunyai kariotip 46,XX, tetapi hampir satu perdua ribu lima ratus akan mempunyai 45,X.

Walaupun bilangan perempuan adalah kurang daripada bilangan lelaki (nisbahnya di lingkungan 1:1.05), oleh sebab jangka hidup yang lebih panjang, terdapatnya hanya 81 orang lelaki berumur 60 tahun ke atas bagi setiap 100 orang perempuan; di golongan yang tertua, hanya terdapatnya 53 orang lelaki bagi setiap 100 orang perempuan. Perempuan mempunyai kadar mortaliti yang lebih rendah berbanding lelaki, termasuk sewaktu dalam uterus, dan pada puratnya, mereka hidup lima tahun lebih lama disebabkan gabungan faktor-faktor:

Daripada jumlah penduduk, terdapatnya 101.3 orang lelaki bagi setiap 100 orang perempuan (sumber: Almanak Dunia 2001).

Selepas permulaan menarke (haid pertama), kebanyakan perempuan berupaya menjadi hamil dan beranak. Penyelidikan pembiakan perempuan dan organ seks digelarkan ginaekologi. Secara amnya, perempuan mencapai putus haid pada akhir 40-an atau awal 50-an. Sewaktu itu, ovari mereka menamatkan penghasilan estrogen, dan mereka tidak lagi berupaya menjadi hamil.

Secara amnya, perempuan menghidapi penyakit yang sama dengan lelaki; bagaimanpun, terdapatnya beberapa penyakit jantina yang lebih kerap ataupun khusus dihidapi oleh perempuan.

Sejarah hak-hak undang-undang perempuan

Sesetengah sistem undang-undang awal sebelum sistem-sistem moden menformalkan tanggungan wanita.

Mengikut Pandangan Islam

Di dalam agama Islam, terdapat banyak hak-hak wanita seperti perkahwinan, penceraian, hak penjagaan anak dan sebagainya seperti yang digariskan di dalam Al-Quran. Perkara ini juga telah dibincangkan oleh Dr. Sharifah Nooraida Wan Hasan di dalam kajiannya. [1][2][3][4][5][6]

Hukum kitab Bible

Dalam undang-undang Nabi Musa, perceraian tidak dapat dilaksanakan dengan mudah — hanya di bawah keadaan-keadaan yang tertentu. Dalam kebanyakan kes, perceraian dilaksanakan sewaktu suami atau isteri melakukan zina; dalam kes tersebut, orang yang berzina akan direjam dengan batu (kecuali ditunjukkan belas kasihan).

Seorang suami boleh menandatangani sijil perceraian jika dia mendapati isterinya telah melakukan perbuatan yang cabul, tetapi jika tuduhan itu didapati salah, dia akan dirotan serta didenda, dan tidak boleh lagi menceraikan isterinya bagi seumur hidup. Jika bukti-bukti tidak dapat dikemukakan, isterinya dikehendaki menyumpah orang yang berzina (Deut 22:13~30).

Perincian daripada Kelahiran Venus ("The Birth of Venus") oleh Bouguereau)

Selain daripada kejadian-kejadian ini, terdapatnya juga banyak undang-undang untuk mengendalikan kesalahan mengenai kesucian (baik lelaki atau perempuan), dan perkahwinan antara seorang lelaki dengan wanita tawanan yang merupakan pagan ataupun dengan wanita hamba yang dibelinya. Ikrar perkahwinan boleh dihalang oleh ayah wanita, dan anak-anak perempuan hanya boleh mewarisi harta kalau tiadanya adik-beradik lelaki (dan mereka juga diperlukan berkahwin di dalam puak sendiri). Adalah mungkin untuk seorang wanita yang bercerai ataupun yang telah menjadi balu untuk berkahwin semula, tetapi jika balu itu tidak mempunyai anak (dan jika suami yang mati itu tidak mempunyai anak sebelum berkahwin dengannya), dia harus berkahwin dengan adik lelaki suaminya itu jika adik itu masih bujang. Tambahan pula, jika adik yang dara itu enggan menjalankan kewajipannya, dia tidak diperlukan berbuat demikian, dan wanita itu akan diberi pampasan perbandaran.

Matthew 19: 3-12 [NIV] memberikan perincian mengenai pandangan Kristian yang awal mengenai perceraian (terdapatnya banyak bahagian-bahagian yang lain mengenai perkahwinan dan perceraian di dalam kedua-dua Wasiat Lama dan Wasiat Baru) melalui cerita berikut:

3Beberapa orang Farisi berjumpa dengannya untuk mengujinya. Mereka bertanya, "Adakah ia sah bagi seorang lelaki untuk menceraikan isterinya atas sebarang ataupun atas setiap alasan?"
4"Belumkah engkau membaca", dia berjawab, "bahawa pada mulanya, Pencipta 'membuat mereka lelaki dan perempuan,' 5dan berkata, 'Untuk alasan ini, seorang lelaki akan meninggalkan ibu bapanya dan menyatukan dengan isterinya, dan kedua-dua itu akan menjadi satu badan'? 6Oleh demikian, mereka tidak lagi merupakan dua, tetapi satu. Jadi apa yang Tuhan menyatukan, manusia janganlah memisahkan."
7"Jika begitu," mereka bertanya, "mengapakah Musa memerintah bahawa seorang lelaki memberikan isternya sijil perceraian dan menyuruh pergi?"
8Jesus berjawab, "Musa mengizinkan engkau menceraikan isteri kerana hatikau sewaktu itu keras. Tetapi ia bukan sebegitu pada awalnya. 9Aku memberitahu engkau bahawa sesiapa yang menceraikan isterinya, kecuali atas alasan ketidaksetiaan perkahwinan, dan berkahwin dengan perempuan yang lain berlaku zina."
10Pengikut-pengikut berkata kepadanya, "Jika ini merupakan keadaan antara suami dan isteri, lebih baik jangan berkahwin."
11Jesus berjawab, "Bukan setiap orang yang mampu menerima kata-kata ini, kecuali mereka yang diberikannya. 12Untuk sesetengah, mereka merupakan sida-sida kerana dilahirkan sebegitu; yang lain dijadikan begitu oleh manusia; dan yang lain menolak perkahwinan disebabkan alam baqa. Yang mampu menerimanya harus menerimanya."
  • Sila gantikan terjemahan di atas jika anda dapat memperolehi versi kitab Bible yang piawai.

Budaya dan peranan jantina

Wanita Bangladesh menenun. Dari segi sejarah, kerja textil dianggapi sebagai pekerjaan perempuan di sesetengah budaya.

Di dalam banyak budaya prasejarah, perempuan memainkan peranan kebudayaan yang khusus. Secara amnya, di dalam masyarakat pemburu-pengumpul, perempuan mengumpulkan makanan tumbuhan, sedangkan lelaki memburu untuk daging. Disebabkan pengetahuan tumbuhan yang mendalam, kebanyakan ahli antropologi memperdebatkan bahawa perempuan ialah yang mengetuai Revolusi Neolitik dan merupakan perintis pertanian yang pertama dalam sejarah.

Dalam sejarah yang lebih terkini, peranan perempuan telah bertukar secara pesat. Peranan jantina yang tradisional bagi perempuan kelas menengah biasanya meliputi tugas-tugas rumah tangga yang menekankan penjagaan anak, dan tidak melibatkan pekerjaan bergaji. Bagi perempuan yang lebih miskin, khususnya mereka daripada kelas buruh, tugas-tugas rumah tangga merupakan impian mereka kerana keperluan ekonomi memaksakan mereka mencari pekerjaan di luar rumah. Bagaimanapun, pekerjaan yang dibuka untuk perempuan kelas buruh mempunyai prestij dan gaji yang lebih rendah berbanding pekerjaan yang dibuka kepada lelaki. Akhirnya, penyekatan perempuan daripada pekerjaan-pekerjaan bergaji merupakan tanda kekayaan dan prestij, sedangkan perempuan yang keluar daripada rumah untuk bekerja merupakan tanda kelas yang lebih bawah.

Gerakan wanita merupakan sebahagian daripada perjuangan untuk mencapai kesamarataan peluang dengan lelaki, dan untuk mencapai kesamarataan hak tanpa mengira jantina, walaupun hubungan dan syarat-syarat yang khas diterima secara sukarela dalam perkahwinan. Kesulitan untuk mendapat pengakuan disebabkan oleh faktor-faktor sejarah yang bergabung dengan tabiat dan adat resam yang dihasilkan oleh sejarah. Melalui gabungan pengubahan-pengubahan ekonomi dan usaha-usaha gerakan kewanitaan dalam dekad-dekad kebelakangan ini, perempuan di kebanyakan masyarakat kini dapat memperolehi kerja-kerja selain daripada kerja suri rumah tradisional. Walaupun demikian, wanita moden di masyarakat Barat masih menghadapi cabaran di tempat kerja, serta dengan persoalan seperti pendidikan, keganasan, penjagaan kesihatan, dan keibuan. Perubahan-perubahan dan perjuangan-perjuangan ini merupakan sebahagian daripada tumpuan penyelidikan wanita dalam bidang akademik.

Lihat juga

Rujukan

  • Roget’s II: The New Thesaurus, (Boston: Houghton Mifflin, edisi ketiga 2003) ISBN 0-618-25414-5
  • McWhorter, John. 'The Uses of Ugliness', The New Republic Online, 31 Januari 2002. Dicapai pada 1 Mei 2005
  • McWhorter, John. Authentically Black: Essays for the Black Silent Majority (New York: Gotham, 2003) ISBN 1-59240-001-9

Pautan luar

  1. ^ Sharifah Nooraida Wan Hasan and Raihanah Abdullah (2016). Hak-Hak Wanita Muslim dan Pendidikan. Journal of Shariah Law Research, Vol. 1, No. 1, pp. 19-40, https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00002814_131373.pdf
  2. ^ Mohd Khairul Anuar Ismail, Raihanah Abdullah and Sharifah Nooraida Wan Hasan(2014). Perlukah Wanita Dididik Dengan Hak-Hak Wanita Selepas Perceraian. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Vol. 2, No. 2, pp.83-95, http://ejournal.um.edu.my/filebank/published_article/6502/Article_7_V2_I2_Jun2014.pdf
  3. ^ Sharifah Nooraida Wan Hasan and Raihanah Abdullah(2014). Pengajaran Pendidikan Hak-Hak Wanita Muslim: Pengalaman Institut Pendidikan Guru Di Sarawak, The Online Journal of Islamic Education. Vol. 2, No. 1, pp.65-75, http://ojie.um.edu.my/filebank/published_article/6057/Article_6_V2_I1_Jan2014.pdf
  4. ^ Sharifah Nooraida Wan Hasan and Raihanah Abdullah(2016). The Rights of Muslim Women’s and Education, Journal of Shariah Law Research. Vol. 1 pp.19-40, http://eprints.utm.my/53955/1/SharifahNooraidaWanHasan2016_TheRightsofMuslimWomen%E2%80%99s%26Education.pdf
  5. ^ Sharifah Nooraida Wan Hasan (2009). Hak-Hak Wanita Mualaf Dalam Penjagaan Anak (Hadanah) Menurut Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam (Sarawak) 2001, Masters Thesis. http://studentsrepo.um.edu.my/5974/1/A514339150.pdf or https://www.dropbox.com/s/87ljdenjdfdalas/Master.pdf?dl=0
  6. ^ Sharifah Nooraida Wan Hasan (2015). Pengajaran Pendidikan Hak Wanita Islam di Institut Pendidikan Guru di Malaysia, PhD. Thesis, http://studentsrepo.um.edu.my/5869/6/6_BAB_1,_BAB_2,_BAB_3,_BAB_4,_BAB_5,_BAB_6,_BIBLIOGRAFI,_LAMPIRAN.pdf