Mustapha Maarof: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 94: Baris 94:


==Pautan luar==
==Pautan luar==
*{{IMDb name|6199400}}


[[Kategori:Kelahiran 1935]]
[[Kategori:Kelahiran 1935]]

Semakan pada 01:40, 30 April 2017


Mustapha Maarof
Kelahiran
Mustapha Azahari bin Maarof

(1935-01-01)1 Januari 1935
Meninggal dunia15 Disember 2014(2014-12-15) (umur 79)
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, Malaysia
DikebumikanTaman Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Nama lainDatuk Mustapha Maarof
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1951 - 2009
MajikanMalay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
Sarimah Filem Productions
RJ Filem Sdn. Bhd
Teletrade Sdn. Bhd
ZHA Film Productions
Grand Brilliance Sdn. Bhd
Starry Eye Productions
Dayang Digital Sdn. Bhd
PasanganRoseyatimah (k. 1967-1987)
[1] Suraya Harun (k. 1962-1965)
Anak-anak3 Anak
Ibu bapaMaarof Zakaria (bapa)

Allahyarham Datuk Mustapha Maarof [2] Dilahirkan pada 1 Januari 1935 di Kuala Lumpur, Selangor ketika itu, adalah seorang pelakon Malaysia. Beliau pernah mendapat Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10.

Pada 18 Jun 2010, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang mengumumkan Datuk Mustapha Maarof sebagai Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010. Beliau menerima cek bernilai RM30,000 ,selempang, pingat dan sijil Tokoh Perfileman Finas [3]

Filemografi

Filem

  1. Bunga Percintaan - (1951) - (Pelakon Utama)
  2. Untuk Sesuap Nasi - (1953) - (Pelakon)
  3. Pertaruhan - (1954) - (Pelakon)
  4. Duka Nestapa - (1955) - (Pelakon)
  5. Hang Tuah - (1956) - (Pelakon Tambahan) - Watak Sebagai (Tun Zainal)
  6. Mega Mendung - (1956) - (Pelakon Utama)
  7. Dondang Sayang - (1956) - (Pelakon)
  8. Pontianak - (1957) - (Pelakon)
  9. Dendam Pontianak - (1957) - (Pelakon)
  10. Sumpah Pontianak - (1958) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Samad)
  11. Raden Mas - (1959) - (Pelakon Pembantu)
  12. Bawang Putih Bawang Merah - (1959) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Putera)
  13. Seri Mersing - (1961) - (Pelakon Utama)
  14. Yatim Mustapha - (1961) - (Pelakon Utama)
  15. Sultan Mahmud Mangkat Dijulang - (1961) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Tun Aman)
  16. Keris Sempena Riau - (1962) - (Pelakon Utama)
  17. Selendang Merah - (1962) - (Pelakon Utama)
  18. Siti Payung - (1962) - (Pelakon Utama)
  19. Ibu Ayam - (1963) - (Pelakon Utama)
  20. Tangkap Basah - (1963) - (Pelakon Utama)
  21. Anak Manja - (1963) - (Pelakon Utama)
  22. Mata Dan Hati - (1965) - (Pelakon Utama)
  23. Kasih Ibu - (1965) - (Pelakon Pembantu)
  24. Naga Tasik Chini - (1966) - (Pelakon Utama)
  25. Play Boy - (1967) - (Pelakon Utama)
  26. Si Murai - (1968) - (Pelakon Utama)
  27. Semangat Ular - (1972) - (Pelakon Utama)
  28. Detik 12 Malam - (1979) - (Pelakon Utama)
  29. Jasmin - (1984) - (Pelakon Utama)
  30. Matinya Seorang Patriot - (1984) - (Pelakon Pembantu)
  31. Tuah - (1990) - (Pelakon Pembantu)
  32. Fenomena - (1990) - (Artis Jemputan)
  33. Abang 92 - (1993) - (Pelakon Tambahan)
  34. Sutera Putih - (1996) - (Pelakon Pembantu) Watak Sebagai (Datuk Rahim)
  35. Putih - (2001) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Raja Aristun Shah)
  36. Bicara Hati - (2004) - (Pelakon Pembantu)
  37. Chermin - (2007) - (Pelakon Tambahan) - Watak Sebagai (Pak Din)
  38. 1957 Hati Malaya - (2007) - (Pelakon Tambahan) - Watak Sebagai (Sultan Selangor)
  39. Lembing Awang Pulau Ke Dayang - (2009) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Pak Ngah)

Drama

  1. Dua Marhalah - (Astro Oasis)
  2. Pak Kaduk - (TV2)

Kematian

Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, pada 15 Disember 2014 jam 8.38 pagi. Sebelum itu allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November 2014 kerana mengalami kesukaran bernafas sebelum dipindahkan menjalani rawatan di Wangsa Maju pada 2 Disember 2014.

Jenazah beliau disolatkan di Masjid Amru Ibnu Al-Asr, Bandar Baru Sentul dan kemudian dikebumikan disebelah pusara isterinya (Roseyatimah) di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.[4]

Trivia

  • Beliau pernah mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
  • Memulakan kerjaya seninya sejak 1951
  • Sebelum menikahi Roseyatimah, Mustapha pernah memperisterikan pelakon jelita, Suraya Harun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suzlynna. Namun perkahwinan itu hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja apabila mereka berpisah pada tahun 1965.
  • Mustapha dan Roseyatimah mendirikan rumah tangga pada 1967, dikurniakan tiga anak iaitu Azlynna, Mohamad Rezainuddin dan Mohammed Khairuddin, namun Mohammed Khairuddin meninggal dunia akibat denggi ketika berusia tiga tahun.
  • Allahyarham adalah anak kepada peguam Melayu, Maarof Zakaria yang mengasaskan Bank Kebangsaan Melayu pada tahun 1947 dan nama Jalan Maarof di Bangsar dinamakan sempena bapa Allahyarham.
  • Sudah berlakon lebih 50 filem dan beratus-ratus drama televisyen, sama ada di Malaysia mahupun Singapura, dan lebih aktif bekerja di sebalik tabir sebagai produser drama dan iklan komersial serta video korporat menerusi Warna Motion Pictures.
  • Selain itu, beliau juga sibuk dengan aktiviti berpersatuan. Pernah menerajui Persatuan Seniman dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah FINAS.

Rujukan

Pautan luar