Cicakman 2: Planet Hitam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 144: Baris 144:


==Lihat Juga==
==Lihat Juga==
*[[Cicak-Man]]
*[[Trilogi Cicakman]]
*[[Trilogi Cicakman]]


Baris 149: Baris 150:
{{reflist}}
{{reflist}}


== Pautan luar ==
== Pautan Luar ==
* [http://cicakman.com/cicakman2/main.html Laman web rasmi]
* [http://cicakman.com/cicakman2/main.html Laman web rasmi]



Semakan pada 11:26, 30 April 2017

Cicakman 2 - Planet Hitam
PengarahYusry Abdul Halim
PenulisLakon layar:
Yusry Abdul Halim
Skrip:
Yusry Abdul Halim
Meor Shariman
Dihasilkan olehNorman Abdul Halim
Yusry Abdul Halim
Edry Abdul Halim
Penerbit eksekutif
Norman Abdul Halim
Ahmad Puad Onah
Penyelaras penerbitan
Johan Lucas
DibintangiSaiful Apek
Fasha Sandha
Aznil Nawawi
Sharifah Amani
AC Mizal
Adlin Aman Ramlie
Tamara Bleszynski
SinematografiMohd Filus
Muzik olehEdry Abdul Halim
Kesan bunyi
Mohd Mohsin
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM2.5 juta[1]
Pecah panggungRM 2.7 Juta

Cicakman 2 - Planet Hitam ialah sambungan filem Cicak-Man. Filem ini mula ditayangkan pada 11 Disember 2008, di Malaysia, Brunei, dan Singapura oleh KRU Studios dengan kerjasama Grand Brilliance.[2] Di Indonesia pula, filem ini ditayangkan pada bulan Januari 2009.

Diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan skrip oleh Meor Shariman, filem komedi-aksi ini mengembalikan watak terdahulu juga watak baru diperkenalkan.

Filem ini telah menerima 2 anugerah dari 9 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-22.

Plot

Professor Klon (Aznil Nawawi) telah kembali. Kali ini bukan sahaja untuk menjadi Presiden Bandar Metrofulus, malah untuk menguasai bekalan air dunia melalui rancangan "Planet Hitam". Apabila planet biru kita hanya tinggal 72 jam sebelum menjadi hitam, Cicakman (Saiful Apek) datang menyelamat.

Namun Cicakman harus berhadapan dengan musuh-musuh lama; Ginger Boys, yang kembali menjadi lebih berkuasa dalam bentuk spiritual sebagai Ginger Ghosts (Adlin Aman Ramlie & AC Mizal). Tambahan lagi, Professor Klon telah mengupah seorang pembunuh; Rrama (Tamara Bleszynski), seorang pembunuh rahsia yang mencapai kepuasan dengan membunuh seolah ia sebuah persembahan seni yang tulen. Apabila keadaan menjadi semakin buruk, seorang adiwira juga memerlukan pertolongan. Tetapi pertolongan muncul dalam bentuk yang tidak diduga, termasuk Danny (Yusry Abd Halim), kawan baiknya, seorang pakar feng shui hebat (Louisa Chong), dan pihak yang tidak terduga.

Selain tanggungjawabnya menyelamatkan bumi, Cicakman mempunyai dilema peribadi untuk membezakan Hairi dan Cicakman. Dia perlu menyelesaikan perasaan peribadinya terhadap Tania (Fasha Sandha), yang sedang mencari identiti sebenar Cicakman dan dia juga perlu memilih untuk mengorbankan nyawa sendiri atau menyelamatkan Iman (Sharifah Amani), adik perempuan Danny yang buta.[3]

Watak dan Pelakon

Watak Rrama pada awalnya ditawarkan kepada Erra Fazira, bekas isteri pengarah filem ini, Yusry Abdul Halim. Namun begitu, beliau terpaksa menolak kerana kesibukan. Watak Rrama kemudiannya diberikan kepada pelakon Indonesia, Tamara Bleszynski untuk menarik perhatian penonton dari negara itu.[4]

Watak utama

Watak pembantu

Undangan

Penerbitan

Penggambaran telah dilakukan pada tahun 2007 di Pulau Pinang, Gua Tempurung, Kampar, Universiti Teknologi Petronas, dan Kuala Lumpur.[7] Kos pembikinan menelan belanja sebanyak RM 2.5 juta. Kostum yang digunakan dalam sekuel ini lebih berkualiti berbanding filem sebelumnya iaitu berharga RM 50 ribu setiap set manakala dalam Cicakman, kostum yang digunakan hanya berharga RM 20 ribu setiap set.[1] Filem ini menjalankan pembikinan 'A Print' di Bangkok, Thailand.[8]

Pemasaran

Cicakman 2 - Planet Hitam mendapat tajaan syarikat telekomunikasi Celcom. Dengan itu, Celcom akan menawarkan kandungan mudah alih seperti nada dering monofonik, polifonik, logo operator dan trailer bagi membantu promosi filem ini.[2]

Selain itu, filem ini juga turut ditaja oleh rangkaian restoran makanan segera, 1901. Rangkaian restoran itu telah menambah makanan baru dalam menu iaitu hot dog Cicakman yang turut memainkan peranan membantu promosi Cicakman 2 - Planet Hitam.[9]

Tayangan

Filem ini telah ditayangkan buat pertama kalinya di Festival Filem Antarabangsa Pusan ke-13[10] pada 5 Oktober 2008 sebagai tayangan perdana dunia bagi segmen adiwira di rantau Asia.[11] Dua lagi sesi penayangan diadakan pada 7 Oktober di festival berkenaan.[11] Di Malaysia, Singapura, dan Brunei, filem ini ditayangkan bermula 11 Disember 2008[2] dengan sasaran sejuta penonton oleh penerbit berbanding 670 ribu penonton untuk filem Cicak-Man.[11] Filem ini ditayangkan di Indonesia pada bulan Januari 2009.[6]

Kutipan filem ini gagal menyaingi kutipan filem pertama apabila cuma berjaya mencapai kutipan RM 2.7 Juta.[12][13]

Sekuel

Sekuel untuk filem ini iaitu Cicakman 3 telah ditayangkan pada tahun 2015.[14]

Runut bunyi

  1. Tyco - Planet Hitam
  2. Yusry Abdul Halim & Melly Goeslaw - Dibius Cinta
  3. Edry Abdul Halim - Sumpah Takkan Cari Yang Lain
  4. Pianka - Mau Yang Besar
  5. Boy - Syg Giler
  6. Syuga - Seperti Kemarin
  7. Flava - Berhenti Mencinta
  8. Dafi - Lemah
  9. Adam - Jika Tak Kena Kamu
  10. Anita Sarawak - Ular[15]

Pencapaian

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-22
Penataan Bunyi Terbaik Mohd Mohsin Othman Menang
Pereka Kostum / Busana Sheen Imagineering Menang
Sinematografi Terbaik Mohd Filus Tercalon
Penyunting Terbaik Mohd Elmy Khalim Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik Edry Abdul Halim Tercalon
Penataan Seni Terbaik Yusry Abdul Halim & John Lucas Tercalon
Poster Terbaik Tercalon
Filem Komedi Terbaik Norman Abdul Halim Tercalon

Lihat Juga

Rujukan

Pautan Luar