Puteri Impian: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Sinopsis: Deleted ayat
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 25: Baris 25:

==Sinopsis==
==Sinopsis==
Seorang pekerja kilang biasa bernama Puteri Nora Mat Jidin sentiasa bermimpi untuk menjadi seorang puteri raja. Apabila dia mendapat tahu mengenai pertandingan "Memburu Impian", dia menyerahkan namanya sebagai pemohon. Beliau sangat gembira apabila dia dipilih sebagai peserta terbaru rancangan "Memburu impian" di mana dia akan diberi pengalaman semua ditanggung sepenuhnya sebagai Puteri selama seminggu, di mana aktivitinya sebagai puteri raja akan dirakamkan.
Seorang pekerja kilang biasa bernama Puteri Nora Mat Jidin sentiasa bermimpi untuk menjadi seorang puteri raja. Apabila dia mendapat tahu mengenai pertandingan "Memburu Impian", dia menyerahkan namanya sebagai pemohon.

Beliau sangat gembira apabila dia dipilih sebagai peserta terbaru rancangan "Memburu impian" di mana dia akan diberi pengalaman semua ditanggung sepenuhnya sebagai Puteri selama seminggu, di mana aktivitinya sebagai puteri raja akan dirakamkan.
Nora kemudiannya diberi makeover secara menyeluruh dan hidup serba mewah di Istana Hotel. Zulkifli atau Zul, seorang jurukamera yang ditugaskan untuk merakamkan setiap aktiviti Puteri Nora menganggap Puteri Nora terlalu naif kerana impiannnya itu. Puteri Nora mula merasa kecewa kerana impiannya menjadi puteri raja dikongkong oleh Cik Nancy Lee, penerbit rancangan "Memburu Impian" dengan jadual aktiviti yang telah dirancang. Walaubagaimanapun, Puteri Nora tetap cuba memenuhi jadual aktiviti itu dengan berkongsi kegembiraannya dengan 4 lagi rakan sekerjanya.

Nora kemudiannya diberi makeover secara menyeluruh dan hidup serba mewah di Istana Hotel. Zulkifli atau Zul, seorang jurukamera yang ditugaskan untuk merakamkan setiap aktiviti Puteri Nora menganggap Puteri Nora terlalu naif kerana impiannnya itu.

Puteri Nora mula merasa kecewa kerana impiannya menjadi puteri raja dikongkong oleh Cik Nancy Lee, penerbit rancangan "Memburu Impian" dengan jadual aktiviti yang telah dirancang. Walaubagaimanapun, Puteri Nora tetap cuba memenuhi jadual aktiviti itu dengan berkongsi kegembiraannya dengan 4 lagi rakan sekerjanya.

Semasa Puteri Nora menjalankan aktiviti menunggang kuda bersama sama jurukameranya Zul, kuda yang ditunggangi Puteri Nora tiba tiba hilang kawalan apabila Zul mengarahkan Puteri Nora untuk turun dari kuda namun Puteri Nora tidak mahu. Puteri Nora diselamatkan oleh Tengku Faizal putera raja sebenar yang kebetulan turut berada disitu.

Semakan pada 07:21, 7 Mei 2017

Puteri Impian
Fail:Puteri Impian.jpg
PengarahAziz M.Osman
PenulisAziz M.Osman
DibintangiAmy Mastura
Hairie Othman
Nor Aliah Lee bt Abdullah
Azwan Ali
Diedarkan olehGrand Brilliance Sdn. Bhd. & Paradigm Film Sdn. Bhd.
Tarikh tayangan
Malaysia 1997
Masa tayangan
107 minit
NegaraMalaysia
BahasaMalaysia

Puteri Impian ialah filem romantik komedi Malaysia tahun 1997 arahan Aziz M. Osman dan dibintangi oleh Amy Mastura. Filem ini mengisahkan tentang pengembaraan seorang gadis yang berangan-angan untuk menjadi "puteri" selama seminggu dalam sebuah rancangan realiti TV. Filem ini ditujukan khas kepada Puteri Diana, yang meninggal dunia tidak lama sebelum filem ini ditayangkan.

Sekuelnya, Puteri Impian 2 telah ditayangkan pada tahun berikutnya, iaitu pada 1998.

Sinopsis

Seorang pekerja kilang biasa bernama Puteri Nora Mat Jidin sentiasa bermimpi untuk menjadi seorang puteri raja. Apabila dia mendapat tahu mengenai pertandingan "Memburu Impian", dia menyerahkan namanya sebagai pemohon.

Beliau sangat gembira apabila dia dipilih sebagai peserta terbaru rancangan "Memburu impian" di mana dia akan diberi pengalaman semua ditanggung sepenuhnya sebagai Puteri selama seminggu, di mana aktivitinya sebagai puteri raja akan dirakamkan.

Nora kemudiannya diberi makeover secara menyeluruh dan hidup serba mewah di Istana Hotel. Zulkifli atau Zul, seorang jurukamera yang ditugaskan untuk merakamkan setiap aktiviti Puteri Nora menganggap Puteri Nora terlalu naif kerana impiannnya itu.

Puteri Nora mula merasa kecewa kerana impiannya menjadi puteri raja dikongkong oleh Cik Nancy Lee, penerbit rancangan "Memburu Impian" dengan jadual aktiviti yang telah dirancang. Walaubagaimanapun, Puteri Nora tetap cuba memenuhi jadual aktiviti itu dengan berkongsi kegembiraannya dengan 4 lagi rakan sekerjanya.

Semasa Puteri Nora menjalankan aktiviti menunggang kuda bersama sama jurukameranya Zul, kuda yang ditunggangi Puteri Nora tiba tiba hilang kawalan apabila Zul mengarahkan Puteri Nora untuk turun dari kuda namun Puteri Nora tidak mahu. Puteri Nora diselamatkan oleh Tengku Faizal putera raja sebenar yang kebetulan turut berada disitu.

Tengku Faizal terpesona dengan Puteri Nora yang naif dan happy go lucky. Tengku Faizal ialah putera yang telah memutuskan pertunangannya dengan seorang puteri raja dan Tengku Faizal mula menyukai Puteri Nora kerana Puteri Nora adalah rakyat biasa.

Zulkifli mula tidak menyukai hubungan Tengku Faizal dan Puteri Nora dengan memberikan alasan bahawa kemungkinan putera raja itu cuma mempermainkan Puteri Nora. Tetapi Puteri Nora tidak mempercayai kata kata Zul dan Tengku Faizal pula membuktikan kepada Zul bahawa dia benar benar menyukai Puteri Nora.

Tengku Faizal kemudiannya membawa Puteri Nora bertemu dengan Bondanya iaitu Permaisuri. Nasib Puteri Nora baik kerana Permaisuri menyambut kedatangan Puteri Nora dengan mesra kerana menurut Permaisuri beliau juga asalnya rakyat biasa iaitu seorang guru sebelum berkahwin dengan keluarga diraja.

Cik Nancy mula berbaik baik dengan Puteri Nora kerana baginya Puteri Nora telah mendapat tuah dan kerana impian Puteri Nora yang mulanya hanya angan angan telah bertukar menjadi realiti.

Dan ini menyebabkan rancangan "Memburu Impian" semakin berjaya. Puteri Nora menyedari sikap Cik Nancy yang pada awal perkenalan begitu dingin dengannya kini bertukar menjadi sangat mesra. Puteri Nora mempersoalkan sikap Cik Nancy itu.

Hubungan Puteri Nora dengan Tengku Faizal semakin erat dan Tengku Faizal berhasrat untuk mengahwini Puteri Nora. Zulkifli yang semakin kelihatan cemburu dengan hubungan mereka meminta untuk bertukar ke rancangan lain.

Tempat Zul telah digantikan dengan jurukamera lain iaitu Kumin. Puteri Nora agak bersedih kerana Zul sudah tidak bersamanya lagi. Puteri Nora berfikir panjang untuk memgambil keputusan sama ada dia bersedia meninggalkan kehidupan lamanya sebagai rakyat biasa kepada keluarga diraja.

Di penghujung cerita Puteri Nora mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Tengku Faizal kerana dia tidak sanggup melepaskan kebebasannya sebagai rakyat biasa kepada keluarga diraja yang penuh dengan protokol. Zul tersenyum dan bersetuju dengan keputusan Puteri Nora.

Pelakon

Amy Mastura memegang watak sebagai Nora Mat Jidin dalam filem ini.
  • Amy Mastura – Nora Mat Jidin
  • Hairie Othman – Tengku Faizal
  • Cico Harahap – Zulkifli
  • Nor Aliah Lee bt Abdullah – Nancy Lee
  • Azwan Ali – Pengacara
  • Dilla Ahmad – Kawan Puteri Nora
  • Bell Ngasri – anak yatim

Runut bunyi

Walaupun filem ini tiada lagu runut bunyi, pelakon Amy Mastura melancarkan album ketiganya yang bertajuk Puteri, yang memuatkan 10 lagu yang digunakan di dalam filem ini. Berikut adalah senarai runut di dalam album ini:

  1. Hanya Dalam Lagu
  2. Puteri
  3. Gema Rembulan
  4. Cinta Dua Jiwa
  5. Kasih Ku
  6. Halaman Sejahtera
  7. Izinkan
  8. Di Antara Cinta
  9. Suatu Masa Suatu Ketika
  10. Terimalah Aku

Anugerah

Festival Filem Malaysia ke-14 (1999)

  • Pelakon Wanita Terbaik (Amy Mastura)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Nor Aliah Lee)
  • Penataan Bunyi Terbaik (Azman Abu Hassan)
  • Anugerah Khas Juri untuk dicalonkan dalam semua kategori

Anugerah Skrin TV3 1997/98 (1998)

  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Nor Aliah Lee)

Rujukan