Imam Bukhari: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tofeiku (bincang | sumb.)
kembang
Tofeiku (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 22: Baris 22:
}}
}}
[[Fail:Imam Bukhary Egyptian stamp 1969.jpg|thumbnail]]
[[Fail:Imam Bukhary Egyptian stamp 1969.jpg|thumbnail]]
'''Abu Abdullah Muhammad bin al-Bukhari''' ({{lang-ar|أبو عبد الله محمد بن إسماعيل البخاري}}) ([[13 Syawal]] [[194H]] - [[1 Syawal]] [[256H]]) / ([[20 Julai]] [[810]] M - [[1 September]] [[870]] M), adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam [[Sahih Bukhari]], yang dianggap orang Islam Sunni sebagai [[Hadith]] sahih daripada [[Nabi Muhammad s.a.w.]]. '''Imam Bukhari''' ([[810]] – [[870]]) dilahirkan di [[Bukhara]] (Bokharä) (kini di [[Uzbekistan]]), pada keluarga [[Iran]], pada 194 H (810 M).
'''Abu Abdullah Muhammad bin al-Bukhari''' ({{lang-ar|أبو عبد الله محمد بن إسماعيل البخاري}}) ([[13 Syawal]] [[194H]] - [[1 Syawal]] [[256H]]) / ([[20 Julai]] [[810]] M - [[1 September]] [[870]] M), ialah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam [[Sahih Bukhari]], yang dianggap oleh Ahli Sunah Waljamaah sebagai [[hadis]] sahih daripada [[Nabi Muhammad SAW]]. '''Imam Bukhari''' ([[810]] – [[870]]) dilahirkan di [[Bukhara]] (Bokharä) (kini di [[Uzbekistan]]), pada keluarga [[Iran]], pada 194 H (810 M).


== Kehidupan ==
== Kehidupan ==
=== Latar belakang ===
=== Latar belakang ===
Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri [[Uzbekistan]]. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.
Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri [[Uzbekistan]]. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.


Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis [[Nabi Muhammad s.a.w.|Rasulullah s.a.w.]]
Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis [[Nabi Muhammad SAW|Rasulullah SAW]]


=== Pengajian Hadis ===
=== Pengajian Hadis ===
Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke [[Makkah]] bersama ibunya untuk menunaikan [[Haji]]. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di [[Makkah]] untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat [[Nabi Muhammad s.a.w.|Rasulullah s.a.w.]], dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".
Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke [[Makkah]] bersama ibunya untuk menunaikan [[Haji]]. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan beliau memanjangkan tempoh lawatan di [[Makkah]] untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat [[Nabi Muhammad SAW|Rasulullah SAW]], dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".


[[Fail:AlBukhari mausoleum.jpg|left|thumb|200px|Makam Imam al-Bukhari di [[Samarkand]]]]
[[Fail:AlBukhari mausoleum.jpg|left|thumb|200px|Makam Imam al-Bukhari di [[Samarkand]]]]


Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat [[Damsyik]], [[Kaherah]], [[Baghdad]], [[Basra]], [[Madinah]] dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan [[Imam Ahmad|Imam Ahmed Hanbal]], pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.
Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah SAW dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat [[Damsyik]], [[Kaherah]], [[Baghdad]], [[Basra]], [[Madinah]] dan tempat-tempat lain untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan [[Imam Ahmad|Imam Ahmed Hanbal]], pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.


Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis [[Nabi Muhammad s.a.w.|Rasulullah s.a.w.]]. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis [[Nabi Muhammad s.a.w.|Rasulullah s.a.w.]], dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."
Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunah hadis [[Nabi Muhammad SAW|Rasulullah SAW]]. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis [[Nabi Muhammad SAW|Rasulullah SAW]], dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."


Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis [[Nabi Muhammad s.a.w.|Rasulullah s.a.w.]] dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.
Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Beliau merakamkan hadis [[Nabi Muhammad SAW|Rasulullah SAW]] dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.


=== Diusir dari Bokhara ===
=== Diusir dari Bokhara ===

Semakan pada 05:31, 8 Mei 2017

Cendekiawan Islam
Kerajaan Bani Abbasiyah, abad ketiga Hijrah, Zaman Kegemilangan Islam
Khat bagi nama Imam Bukhari
Nama: Muhammad bin Ismail al-Bukhari
Gelaran: Amirul Mukminin fil Hadis
Lahir: Jumaat 13 Syawal 194 H
bersamaan dengan 20 Julai 810 M Bukhara, berdekatan dengan Samarkand
Wafat: Malam 1 Syawal 256 H
bersamaan dengan 1 September 870 M Khartank (Samarkand, Uzbekistan)
Mazhab: Mujtahid, Ahli Sunah Waljamaah, Syafii
Etnik: Parsi (Iran)
Rantau: Empayar Parsi
Bidang: Hadis
Karya: Sahih Bukhari, al-Adab al-Mufrad
Pengaruh: Imam Muslim, Imam Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, Abu al-Qasim al-Baghawi, Ibn Hajar al-Asqalani
Diilhami: Ahmad ibn Hanbal, Ali bin al-Madini, Yahya bin Ma'in, Ishak bin Rahwayh, al-Dakhili, Imam Mahmud bin An-Nadhir Abu Sahl Al-Syafii


Fail:Imam Bukhary Egyptian stamp 1969.jpg

Abu Abdullah Muhammad bin al-Bukhari (Arab: أبو عبد الله محمد بن إسماعيل البخاري) (13 Syawal 194H - 1 Syawal 256H) / (20 Julai 810 M - 1 September 870 M), ialah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap oleh Ahli Sunah Waljamaah sebagai hadis sahih daripada Nabi Muhammad SAW. Imam Bukhari (810870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

Kehidupan

Latar belakang

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Uzbekistan. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.

Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah SAW

Pengajian Hadis

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan beliau memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah SAW, dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".

Makam Imam al-Bukhari di Samarkand

Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah SAW dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan tempat-tempat lain untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.

Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunah hadis Rasulullah SAW. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah SAW, dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."

Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Beliau merakamkan hadis Rasulullah SAW dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

Diusir dari Bokhara

Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bukhara oleh Gabenornya. Beliau meninggal dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. [1] Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.

Karya

  • al-Jamik al-Sahih al-Musnad min Hadis Rasulullah Sallallahualaihiwasallam wa Sinatihi wa Iyamihi (Sahih Bukhari)
  • Al Adab Al Mufrad الأدب المفرد
  • al-Tarikh al-Kabir - sejarah besar, lengkap dengan biografi periwayat beserta rating
  • al-Tarikh al-Saghir - sejarah kecil
  • al-Tarikh al-Ausat
  • al-Tafsir al-Kabir
  • Kitab al-Wahdan
  • Kitab al-Mabsut
  • Kitab al-Habah
  • Kitab al-Kuni
  • Kitab al-Fawa'id

Rujukan

  • F. Wüstenfeld, Shâfi`iten, 78 ff.
  • Terjemahan Ibn Khallikan oleh McG. de Slane, i. 594 ff.
  • Ignaz Goldziher, Mohammedanische Studien, ii. 157 ff.
  • Imam Nawawi, Biographical Dictionary 86 ff.
  • Public Domain Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)

Lihat juga

Pautan luar