Presiden Korea Selatan: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
Azizah Sofia (bincang | sumb.) kTiada ringkasan suntingan |
||
Baris 29: | Baris 29: | ||
'''Presiden Republik Korea''', mengikut Perlembagaan, ialah ketua eksekutif kerajaan, komander angkatan tentera dan ketua negara [[Republik Korea]]. Perlembagaan dan pindaan Akta Pilihan Raya Presiden 1987 memperuntukkan pemilihan presiden melalui undi rahsia dan langsung yang mengakhiri pemilihan tidak langsung presiden oleh kerajaan sebelumnya. Presiden dipilih secara langsung untuk lima tahun dan tidak boleh dipilih lagi selepas itu. Jika terdapat kekosongan jawatan presiden, pengganti hendaklah dipilih dalam masa 60 hari, yang pada masa itu tugas presiden dilakukan oleh perdana menteri atau menteri kanan lain seperti mana yang ditentukan oleh undang-undang. Ketika menjawat jawatan, presiden menetap di [[Cheong Wa Dae]] (Rumah Biru) dan dikecualikan dari liabiliti jenayah kecuali memberontak atau derhaka. |

Pada [[9 Mei]] [[2017]], [[Moon Jae-in]] menjadi Presiden Korea Selatan ke-12. Beliau juga merupakan pemimpin dari parti pembangkang, [[Parti Minjoo Korea Selatan|Parti Minjoo]] dan bekas pemimpin [[Parti Demokratik Korea Selatan |
Pada [[9 Mei]] [[2017]], [[Moon Jae-in]] menjadi Presiden Korea Selatan ke-12. Beliau juga merupakan pemimpin dari parti pembangkang, [[Parti Minjoo Korea Selatan|Parti Minjoo]] dan bekas pemimpin [[Parti Demokratik Bersatu]] Korea Selatan. |
||
==Keputusan pilihan raya presiden== |
==Keputusan pilihan raya presiden== |
Semakan pada 07:25, 10 Mei 2017
Presiden Republik Korea Selatan | |
---|---|
대한민국 대통령 | |
Gelaran | Tuan Presiden Tuan Yang Terutama |
Anggota bagi | Constitutional institution (South Korea) (en) dan Majlis Negara Korea Selatan |
Bidang kuasa | Korea Selatan |
Kediaman | Rumah Biru, Seoul, Korea Selatan |
Dilantik oleh | Terus kepada undi popular |
Tempoh jawatan | 5 tahun (tidak boleh diperbaharui) |
Penjawat sulung | Syngman Rhee 24 Julai 1948 |
Dibentuk | 24 Julai 1948 |
Senarai | Presiden Korea Selatan |
Tapak web | (Inggeris) english |
sunting · sunting di Wikidata |
Presiden Republik Korea, mengikut Perlembagaan, ialah ketua eksekutif kerajaan, komander angkatan tentera dan ketua negara Republik Korea. Perlembagaan dan pindaan Akta Pilihan Raya Presiden 1987 memperuntukkan pemilihan presiden melalui undi rahsia dan langsung yang mengakhiri pemilihan tidak langsung presiden oleh kerajaan sebelumnya. Presiden dipilih secara langsung untuk lima tahun dan tidak boleh dipilih lagi selepas itu. Jika terdapat kekosongan jawatan presiden, pengganti hendaklah dipilih dalam masa 60 hari, yang pada masa itu tugas presiden dilakukan oleh perdana menteri atau menteri kanan lain seperti mana yang ditentukan oleh undang-undang. Ketika menjawat jawatan, presiden menetap di Cheong Wa Dae (Rumah Biru) dan dikecualikan dari liabiliti jenayah kecuali memberontak atau derhaka.
Pada 9 Mei 2017, Moon Jae-in menjadi Presiden Korea Selatan ke-12. Beliau juga merupakan pemimpin dari parti pembangkang, Parti Minjoo dan bekas pemimpin Parti Demokratik Bersatu Korea Selatan.
Keputusan pilihan raya presiden
Pada 9 Mei 2017, Moon Jae-in berjaya memenangi dan dipilih sebagai Presiden Korea Selatan ke-12 dengan majoriti 41.1% menewaskan 2 orang pencabarnya dari Hong Joon-pyo (Parti Konservatif) 24.0% dan Ahn Cheol-soo (Parti Liberal) 21.4%.
Pemecatan
Pemangku Presiden
Pada 10 Mac 2017, Perdana Menteri Korea Selatan, Hwang Kyo-ahn dilantik sebagai pemangku presiden kerana pemecatan Park. Hwang sebelum itu telah mengambil alih tugas presiden sejak 9 Disember 2016 berikutan prosiding terhadap Park sedang berjalan. Tugas pangkuan presiden akan ditamatkan pada 9 Mei 2017.
Senarai Presiden
-
Pertama, Ke-2, & Ke-3 — Rhee Syng-man
(berkhidmat: 1948–1960) -
Ke-4 — Yun Bo-seon
(berkhidmat: 1960–1962) -
Ke-5, Ke-6, Ke-7, Ke-8, & Ke-9 — Park Chung-hee
(berkhidmat: 1963–1979) -
Ke-10 — Choi Kyu-hah
(berkhidmat: 1979–1980) -
Ke-11, Ke-12 — Chun Doo-hwan
(berkhidmat: 1980–1988) -
Ke-13 — Roh Tae-woo
(berkhidmat: 1988–1993) -
Ke-14 — Kim Young-sam
(berkhidmat: 1993–1998) -
Ke-15 — Kim Dae-jung
(berkhidmat: 1998–2003) -
Ke-16 — Roh Moo-hyun
(berkhidmat: 2003–2008) -
Ke-17 — Lee Myung-bak
(berkhidmat: 2008–2013) -
Ke-18 — Park Geun-hye
(berkhidmat: 2013 - 2017) -
Ke-19 - Moon Jae-in
(berkhidmat: 10 Mei 2017 - kini)
Rujukan