Abu Bakr al-Baghdadi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Syaz351 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Syaz351 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 19: Baris 19:
| image = Mugshot of Abu Bakr al-Baghdadi.jpg
| image = Mugshot of Abu Bakr al-Baghdadi.jpg
}}
}}
'''Ibrahim Awwad Ibrahim Ali al-Badri''' ( Bahasa Arab : ابراهيم عواد ابراهيم علي البدري ),atau Abu Bakr al-Baghdadi ( أبو بكر البغدادي ), atau Ibrahim Awwad Ibrahim Ali al-Badri al-Samarrai , atau Dr Ibrahim , atau Abu Dua adalah pemimpin militan Islam kumpulan [[Negara Islam di Iraq dan Levant]] (I[[SIL]]).Kadangkala diterjemahkan sebagai Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).
'''Ibrahim Awwad Ibrahim Ali al-Badri''' ( Bahasa Arab : ابراهيم عواد ابراهيم علي البدري ),atau Abu Bakr al-Baghdadi ( أبو بكر البغدادي ), atau Ibrahim Awwad Ibrahim Ali al-Badri al-Samarrai , atau Dr Ibrahim , atau Abu Dua adalah pemimpin militan Islam kumpulan [[Negara Islam di Iraq dan Levant|Negara Islam di Iraq dan Syam]] (I[[SIL]]).Kadangkala diterjemahkan sebagai Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).


Pembentukan Negara Islam di Iraq dan Levant telah diumumkan pada 8 April 2013 oleh al-Baghdadi. Ia adalah pengganti kepada Negara Islam Iraq (ISI) kumpulan militan (aka al-Qaeda di Iraq atau AQI).
Pembentukan Negara Islam di Iraq dan Levant telah diumumkan pada 8 April 2013 oleh al-Baghdadi. Ia adalah pengganti kepada Negara Islam Iraq (ISI) kumpulan militan (aka al-Qaeda di Iraq atau AQI).


Pada 4 Oktober 2011, [[Jabatan Negara Amerika Syarikat]] akan menghadiahkan ganjaran $ 10 juta kiranya tertangkap atau kematiannya. Hanya [[Ayman al-Zawahiri]] , ketua organisasi global [[al- Qaeda]] diberi ganjaran $ 25 juta.
Pada 4 Oktober 2011, [[Jabatan Negara Amerika Syarikat]] akan menghadiahkan ganjaran $ 10 juta kiranya tertangkap atau kematiannya. Hanya [[Ayman al-Zawahiri]] , ketua organisasi global [[al- Qaeda]] diberi ganjaran $ 25 juta.

Pada Jun 2014, Beliau dinabalkan sebagai khalifah umat Islam sedunia yang merangkumi negara Maghribi ke China dan Indonesia.

Beliau pernah mengeluarkan arahan supaya anggotanya di luar Syria dan Iraq melakukan serangan berani mati.


==Kehidupan awal ==
==Kehidupan awal ==

Semakan pada 07:40, 16 Mei 2017

Abu Bakr al-Baghdadi
أبو بكر البغدادي
Emir Negara Islam Iraq dan Syam
Memegang jawatan
16 May 2010
(Kemudian dikenali sebagai Negara Islam Iraq)[1]
Didahului olehAbu Omar al-Baghdadi
Butiran peribadi
Lahir1971 (umur 42-43)[2]
Samarra, Iraq[2]
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaanal-Qaeda (dahulunya)[3]
PerkhidmatanNegara Islam Iraq dan Syam
PertempuranPemberontakan Iraq
Perang Saudara Syria

Ibrahim Awwad Ibrahim Ali al-Badri ( Bahasa Arab : ابراهيم عواد ابراهيم علي البدري ),atau Abu Bakr al-Baghdadi ( أبو بكر البغدادي ), atau Ibrahim Awwad Ibrahim Ali al-Badri al-Samarrai , atau Dr Ibrahim , atau Abu Dua adalah pemimpin militan Islam kumpulan Negara Islam di Iraq dan Syam (ISIL).Kadangkala diterjemahkan sebagai Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).

Pembentukan Negara Islam di Iraq dan Levant telah diumumkan pada 8 April 2013 oleh al-Baghdadi. Ia adalah pengganti kepada Negara Islam Iraq (ISI) kumpulan militan (aka al-Qaeda di Iraq atau AQI).

Pada 4 Oktober 2011, Jabatan Negara Amerika Syarikat akan menghadiahkan ganjaran $ 10 juta kiranya tertangkap atau kematiannya. Hanya Ayman al-Zawahiri , ketua organisasi global al- Qaeda diberi ganjaran $ 25 juta.

Pada Jun 2014, Beliau dinabalkan sebagai khalifah umat Islam sedunia yang merangkumi negara Maghribi ke China dan Indonesia.

Beliau pernah mengeluarkan arahan supaya anggotanya di luar Syria dan Iraq melakukan serangan berani mati.

Kehidupan awal

Dia sepatutnya mendapat Ph D. jurusan pengajian Islam dari sebuah universiti di Baghdad.

Latar Belakang

Al-Baghdadi dilahirkan di Samarra , Iraq pada tahun 1971. Laporan menyatakan beliau seorang ulama yang aktif di sebuah masjid sejak serangan ke atas Iraq pada 2003.

Aktiviti militan

Selepas pencerobohan AS ke atas Iraq pada 2003, Baghdadi dilaporkan membawa beberapa kumpulan militan yang kecil. Kemudian beliau menjadi pemimin Majlis al-Syura mujahidin dan majlis kehakiman Negara Islam Iraq .

Al-Baghdadi pernah ditangkap pada 2005 dan ditahan di Kem Bucca, Iraq dan dibebaskan pada 2009 .Beliau dilantik sebagai pemimpin ISI pada 16 Mei 2010, berikutan kematian Abu Omar al-Baghdadi , dalam satu serbuan. Kumpulan itu kemudiannya lebih popular dengan nama Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), atau Negara Islam di Iraq dan Levant (ISIL) dan mengarah operasi besar-besar seperti 28 Ogos 2011 serangan ke atas Masjid Umm al-Qura di Baghdad yang membunuh ahli parlimen Sunni Khalid al-Fahdawi .

Berikutan serbuan komando AS pada 2 Mei 2011 di Abbottabad , Pakistan yang membunuh pemimpin tertinggi al-Qaeda ,Osama bin Laden , al-Baghdadi mengeluarkan kenyataan akan membalas dendam. Pada 5 Mei 2011, beliau mengaku melakukan serangan di Hilla yang mengorbankan 24 anggota polis dan mencederakan 72 orang lain. Antara Mac dan April 2011, Negara Islam mendakwa 23 serangan lain di selatan Baghdad atas arahan al-Baghdadi.

Pada 15 Ogos 2011, satu gelombang serangan berani mati ISI bermula di Mosul mengakibatkan 70 kematian. Setetusnya ISI melakukan 100 serangan di seluruh Iraq sebagai membalas dendam untuk kematian bin Laden. Mereka menampilkan pelbagai kaedah serangan, termasuk serbuan, serangan berani mati, bom tepi jalan dan serangan senjata kecil di seluruh Iraq.

Pada 22 Disember 2011, satu siri pengeboman kereta dan serangan diselaraskan di Baghdad, membunuh 63 orang dan mencederakan 180.Serangan itu datang selepas Amerika Syarikat selesai mengundurkan tentera dari negara ini. Sasaran mereka ialah ibu pejabat keselamatan, rondaan tentera dan perhimpunan orang-orang yang bersubahat dengan tentera Dajal.

Menawan Mosul

Militan ISIL berjaya menawan bandar Mosul iaitu bandar kedua besar di Iraq. Mosul merupakan bekas kubu kuat militan al-Qaeda dan salah satu tempat paling bergolak di Iraq. Serangan itu hasil gabungan antara gerakan Islam Iraq dan kumpulan Levant yang merupakan salah satu rangkaian al-Qaeda yang berpecah serta mendalangi beberapa serangan berdarah di Iraq.[4] Militan ISIL ini memghambil alih bandar Nineveh, Kirkuk dan wilayah Salaheddin. Kekuatan mereka bertambah menerusi wang tunai di bank, senjata yang dirampas di pangkalan tentera dan beratus-ratus lelaki yang dibebaskan dari penjara.

Lebih 500,000 penduduk melarikan diri ke sempadan. Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki menggesa parlimen mengisytiharkan darurat dan penduduk Mosul akan diberi senjata supaya dapat menyerang balas. [5]


Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

Rujukan

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ISI tidak disediakan
  2. ^ a b "Security council al-qaida sanctions committee adds ibrahim awwad ibrahim ali al-badri al-samarrai to its sanctions list". UN Security Council Department of Public Information. 5 October 2011. Dicapai pada 8 October 2011.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AlQaedaTiesEnd tidak disediakan
  4. ^ "Militan tawan kompleks kerajaan". Utusan Malaysia. 11 Jun 2014.
  5. ^ "500,000 tinggalkan Mosul". Berita Hartian. 12 Jun 2014.