Wong Pow Nee: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
'''Tan Sri Wong Pow Nee''' (?? - [[2002]]) ialah [[Ketua Menteri Pulau Pinang]] yang pertama. Beliau berkhidmat antara tahun [[1957]], iaitu tahun [[kemerdekaan Malaysia]], sehingga [[1969]] apabila diambil alih oleh [[Lim Chong Eu|Dr. Lim Chong Eu]] selepas [[parti politik]]nya, [[Persatuan Cina Malaysia]] (MCA) ditewaskan oleh [[Parti Gerakan Rakyat Malaysia]] dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1969|pilihan raya negeri]] pada tahun itu. Beliau juga merupakan ahli [[Suruhanjaya Cobbold]] pada tahun 1962 yang membuka jalan untuk pengasasan [[Malaysia]] dengan pemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan yang baru.<ref>[http://www.limkitsiang.com/archive/2002/sep02/lks1838.htm '''Laman web LimKitSiang:''' Wong Pow Nee]</ref>
'''Tan Sri Wong Pow Nee''' (?? - [[2002]]) ialah [[Ketua Menteri Pulau Pinang]] yang pertama. Beliau berkhidmat antara tahun [[1957]] (tahun [[kemerdekaan Malaysia]]) sehingga [[1969]] apabila jawatannya itu diambil alih oleh [[Lim Chong Eu|Dr. Lim Chong Eu]] selepas [[parti politik]]nya, [[Persatuan Cina Malaysia]] (MCA), ditewaskan oleh [[Parti Gerakan Rakyat Malaysia]] dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1969|pilihan raya negeri]] pada tahun itu.
Wong juga merupakan salah satu daripada lima ahli Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk bersama-sama oleh kerajaan-kerajaan [[British]] dan [[Malaya]] pada tahun [[1962]] untuk menentukan pandangan-pandangan orang Sabah dan Sarawak serta membuat pengesyoran tentang cadangan untuk mengasaskan [[Persekutuan Malaysia]] yang terdiri daripada Malaya, [[Singapura]], Sabah dan Sarawak. <ref name="lks">[http://www.limkitsiang.com/archive/2002/sep02/lks1838.htm '''Laman web Lim Kit Siang:''' Wong Pow Nee]</ref>

Bertentangan dengan cadangan dua ahli British, iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, untuk membenarkan tempoh peralihan antara tiga hingga tujuh tahun untuk pembentukan Malaysia, Wong dan [[Ghazalie Shafie]] menegaskan bahawa tempoh peralihan harus tidak melebihi 12 bulan untuk mencegah sebarang "pengaruh yang berbahaya dan menimbulkan gangguan". Oleh itu, Malaysia diasaskan pada [[16 September]] [[1963]].<ref name="lks" />

Pengerusi dan ahli-ahli British dalam Suruhanjaya Cobbold juga mencadangkan kebebasan [[agama]] untuk mengelakkan agama [[Islam]] dijadikan agama rasmi di Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, Wong dan Ghazalie Shafie mencadangkan bahawa [[Perlembagaan Malaysia]] didasarkan pada Perlembagaan Merdeka 1957 kerana kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan "tidak akan menjejaskan kebebasan agama dalam Persekutuan yang sebenarnya adalah sekular". <ref name="lks" /> Dengan kata yang lain, Malaysia adalah negara sekular.


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 14:59, 15 November 2007

Tan Sri Wong Pow Nee (?? - 2002) ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama. Beliau berkhidmat antara tahun 1957 (tahun kemerdekaan Malaysia) sehingga 1969 apabila jawatannya itu diambil alih oleh Dr. Lim Chong Eu selepas parti politiknya, Persatuan Cina Malaysia (MCA), ditewaskan oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia dalam pilihan raya negeri pada tahun itu.

Wong juga merupakan salah satu daripada lima ahli Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk bersama-sama oleh kerajaan-kerajaan British dan Malaya pada tahun 1962 untuk menentukan pandangan-pandangan orang Sabah dan Sarawak serta membuat pengesyoran tentang cadangan untuk mengasaskan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak. [1]

Bertentangan dengan cadangan dua ahli British, iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, untuk membenarkan tempoh peralihan antara tiga hingga tujuh tahun untuk pembentukan Malaysia, Wong dan Ghazalie Shafie menegaskan bahawa tempoh peralihan harus tidak melebihi 12 bulan untuk mencegah sebarang "pengaruh yang berbahaya dan menimbulkan gangguan". Oleh itu, Malaysia diasaskan pada 16 September 1963.[1]

Pengerusi dan ahli-ahli British dalam Suruhanjaya Cobbold juga mencadangkan kebebasan agama untuk mengelakkan agama Islam dijadikan agama rasmi di Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, Wong dan Ghazalie Shafie mencadangkan bahawa Perlembagaan Malaysia didasarkan pada Perlembagaan Merdeka 1957 kerana kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan "tidak akan menjejaskan kebebasan agama dalam Persekutuan yang sebenarnya adalah sekular". [1] Dengan kata yang lain, Malaysia adalah negara sekular.

Rujukan