Sayang Papa Saya Tak: Perbezaan antara semakan
Kyra Zahirah (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
k menambah Kategori:Drama Melayu (HotCat) |
||
Baris 45: | Baris 45: | ||
Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih. |
Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih. |
||
[[Kategori:Drama Melayu]] |
Semakan pada 12:01, 24 Jun 2017
Sayang Papa Saya Tak | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Pengarah | Amie Maziah |
Dibintangi oleh | Hisyam Hamid Emma Maembong Izara Aishah Wan Sharmila Aida Khalida Farhanna Qismina/(Sweet) Seri Aileen |
Negara asal | Malaysia |
Bilangan episod | 16 Episode. |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Isnin - Khamis, 10 malam. |
Syarikat penerbitan | (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria & Astro Ria HD |
Siaran asal | 9 Januari 2017. |
Kronologi | |
Mengikuti | Isteri Tuan Ihsan |
Diikuti oleh | Urusan Hati Cik Drama Queen |
Drama adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hanni Ramsul.
Pelakon
- Hisyam Hamid sebagai Farish
- Emma Maembong sebagai Raisya
- Seri Aileen sebagai Qalish
- Aida Khalida sebagai Puan Rogayah
- Wan Sharmila sebagai Azyan
- Eleena Sui sebagai Aleeya
- Izara Aishah sebagai Kasih
- Luqman Hafidz sebagai Yusri
- Farhanna Qismina sebagai Fathiya
- Haleeda Mazlin
- Fahad Iman
Sinopsis
Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya.
Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.
Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.
Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.