Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Baris 21: Baris 21:




[[Kategori:Pertubuhan bukan kerajaan]]
[[Kategori:Pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia]]

Semakan pada 05:57, 29 Jun 2017

Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan atau ringkasnya 'Royalti' adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang menuntut keadilan royalti minyak bagi negeri Kelantan. Presidennya ialah Mohd Nazri Deraman.

Tuntut Royalti Minyak & Hak Pendaratan Gas ke Kelantan

Sebuah Gabungan NGO yang mengumpulkan kelompok Profesional, Aktivis NGO, Rakyat Marhean, Mahasiswa, Badan-Badan Nasional & Antarabangsa.

Bagi mencapai tujuan-tujuan berkaitan tuntutan ROYALTI mengikut Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Hak Pendaratan Minyak & Gas ke bumi KELANTAN.

ROYALTI berperanan sebagai enjin pemupuk kesedaran Masyarakat bahawa Royalti Kelantan adalah hak mutlak Rakyat Kelantan dan tindakan Kerajaan Pusat menafikannya adalah jelas tidak bertangungjawab.

ROYALTI juga berperanan khusus sebagai enjin pemasaran dan penggemblengan massa untuk rakyat kebanyakan menyatakan solidariti ke atas kempen Royalti Kelantan.

Keganasan Semasa Himpunan di depan SUK Kelantan

Gabungan ini memberi memberi tempoh tujuh hari kepada ‘orang’ yang bertanggungjawab memukul lima orang aktivis Royalti baru-baru ini memohon maaf secara terbuka. Permohonan maaf itu perlu dinyatakan secara terbuka atau rasmi kepada lima orang mangsa yang dipukul mereka termasuk ‘R’ pada Jun 2012.

Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) selaku penganjur program himpunan di hadapan Kota Darulnaim pada Jun 2012 juga perlu meminta maaf secara terbuka atau rasmi kepada Royalti dalam tempoh tujuh hari bermula 2 Julai 2012.Jika tidak berbuat demikian, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Mereka telahmembuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu berhubung lima orang aktivis R yang cedera dipukul pada perhimpunan 26 Jun 2012 di hadapan Kota Darulnaim. Pihak lawan tidak mengikut arahan yang ditetapkan untuk berhimpun antara 9.00 hingga 11.00 pagi. Mereka telahpun mengikut syarat termasuk mempunyai permit yang sah untuk berhimpun di hadapan Kota Darulnaim. Mangsa yang telah dipukul ialah Khairul Nizam Abdul Ghani, Mohd Zulhazmi Hassan, Abu Samah Hassan, Khairol Aswan Mohd Maidin dan Zulkifli Mohammad.[1]

Rujukan