Abdul Rahman Andak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Baris 19: Baris 19:
[[Kategori:Ahli politik Malaysia]]
[[Kategori:Ahli politik Malaysia]]
[[Kategori:Sejarah Malaysia]]
[[Kategori:Sejarah Malaysia]]
[[Kategori:Tokoh-tokoh dalam Johor]]
[[Kategori:Orang dari Johor]]

Semakan pada 00:40, 6 Julai 2017

Dato' Seri Amar Diraja - Dato' Abdul Rahman bin Andak

Abdul Rahman bin Andak (1850 - 10 September 1930) yang bergelar Datuk Seri Amar Diraja adalah pembesar di Johor. Bapa beliau ialah Dato Wan Andak Bin Daeng Meng berketurunan Bugis Champa/Kembayat. Isteri pertama Dato Wan Andak bernama Hawa Binti Abdullah , adik kepada Ana Binti Abdullah (ibu Dato Jaafar Bin Mohamad).Ana dan Hawa merupakan sepupu kepada Dato Bentara Luar Mohd Salleh Bin Panglima Perang Raja Perang dan Rejab Bin Panglima Perang Dapat. Abdul Rahman merupakan anak dari isteri pertama. Selain dari Abdul Rahman, adik beradiknya adalah Salamah, Safiah,Mohamed dan Halimah. Adik beradik berlainan ibu pula adalah Ahmad, Abu Bakar dan Kelsom.Beliau telah mendapat pendidikan di England Oleh itu, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai British dan pedagang asing di Johor.

Tugas utama yang dilakukan oleh Datuk Seri Amar Diraja ini adalah mengawal hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak British. Tugas yang dilakukan sememangnya amat berat. Beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang. Dengan begitu, British tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik sehingga terdapat pihak British yang amat tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.

Dato' Abdul Rahman Andak adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England dalam tahun 1870'an. Abdul Rahman memulakan kerjayanya dalam JCS dan berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah Inggeris, Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan British dalam tahun 1885, Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris. Inggeris mendapati selagi ada Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu Sultan Ibrahim telah dipengaruhi untuk menamatkan perkhidmatan Dato'Sri Amar DiRaja dan di'amankan' di England dalam tahun 1909. Ini menyebabkan Gabenor Anderson menyingkir Abdul Rahman dengan pesetujuan Sultan Ibrahim. Anderson mencadangkan Abdul Rahman dibayar pencen 1000 pounds sterling setahun. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor dalam tahun 1909 dan menguasai Johor mulai 1914. Beliau kemudian dihantar ke London dan meninggal dunia di sana.

Pada tahun 1888 satu pertubuhan yang dinamakan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditubuhkan oleh Muhammad Ibrahim Munsyi . Tujuannya adalah untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu. Usaha yang utama organisasi ini ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti : setiausaha, pejabat, dan kerja raya.

Pada tahun 1934 nama pertubuhan ini ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja. Pertubuhan ini dipimpin oleh Dato' Abdul Rahman bin Andak.

Beliau menetap di London dan berkahwin dengan Gustel Reis. Beliau telah mendapat 3 orang anak lelaki iaitu Henry, Mansour and Walter

Beliau meninggal dunia di London pada 10 September 1930 dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Woking London.