Pancalogam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: ro:Aliaj
SieBot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: nrm:Alouai
Baris 41: Baris 41:
[[nn:Legering]]
[[nn:Legering]]
[[no:Legering]]
[[no:Legering]]
[[nrm:Alouai]]
[[pl:Stop metali]]
[[pl:Stop metali]]
[[pt:Liga metálica]]
[[pt:Liga metálica]]

Semakan pada 07:16, 20 November 2007

Aloi merupakan gabungan - sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal - dua atau lebih unsur, yang mana salah satunya merupakan logam.

Aloi dengan dua komponen dipanggil aloi binari; aloi dengan tiga komponen dipanggil aloi ternari; manakala aloi dengan empat komponen dipanggil aloi quaternari.

Biasanya, aloi mempunyai ciri-ciri yang lebih diingini daripada komponennya. Misalnya, keluli lebih kukuh. Loyang lebih tahan daripada tembaga, tetapi lebih cantik dan menarik daripada zink.

Tidak seperti logam tulen, kebanyakan aloi tidak mempunyai titik lebur yang tentu. Aloi mempunyai ‘julat lebur’ di mana aloi itu ialah campuran pepejal dan cecair. Suhu di mana aloi mula melebur dipanggil solidus, manakala suhu di mana aloi habis melebur dipanggil liquidus. Aloi-aloi tertentu dapat direka dengan satu takat lebur sahaja. Aloi-aloi ini dipanggil campuran eutektik.

Adakalanya sesuatu aloi dinamakan daripada logam asasnya. Contohnya, emas 14 karat ialah sejenis aloi emas dengan unsur lain. Perak yang digunakan dalam barang kemas dan aluminium yang digunakan dalam pembinaan juga merupakan aloi.