Histeria (filem): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah pautan IMDb.
Baris 59: Baris 59:


==Penerbitan==
==Penerbitan==
Penggambaran telah dilakukan pada bulan [[Ogos]] tahun [[2007]]. Lokasi penggambaran ialah di [[:en:Kajang High School|SMK Tinggi Kajang]] di [[Kajang]], [[Selangor]].<ref name=ironi /> Kos pembikinan menelan belanja sebanyak [[RM]] 1.4 juta.<ref name=hiburkan>[http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=newspaper&id=1686 Harian Metro: Gambaran Makhluk Halus Cara Moden]</ref>
Penggambaran telah dilakukan pada bulan Ogos 2007. Lokasi penggambaran ialah di SMK Tinggi Kajang di [[Kajang]], [[Selangor]].<ref name=ironi /> Kos pembikinan menelan belanja sebanyak [[RM]] 1.4 juta.<ref name=hiburkan>[http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=newspaper&id=1686 Harian Metro: Gambaran Makhluk Halus Cara Moden]</ref>


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 07:51, 20 Julai 2017

Histeria
Poster filem Histeria
PengarahJames Lee
PenulisJames Lee
DibintangiLiyana Jasmay
Scha Al-Yahya
Yana Samsudin
Noris Ali
Ayu
Ainul Aishah
Naftalya
Reanna
Ady Putra
SinematografiHelmi Yusof
Muzik olehNurzaidi
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Histeria merupakan sebuah filem bergenre seram dan ngeri. Filem arahan pembikin filem indie, James Lee ini ditayangkan pada 18 Disember 2008 oleh Tayangan Unggul. Filem ini diterajui oleh Liyana Jasmay, Scha, dan lain-lain serta turut dibantu oleh Vanidah Imran, Adlin Aman Ramlie, dan M. Rajoli. Filem ini mengetengahkan gejala histeria dan jembalang busut.[1]

Plot

Histeria adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan denda, membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ia bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Junita kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut, dan sirih. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan sekolah tersebut. Ada yang mati dirobek, ada pula digantung, dikelar leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Murni ditahan bagi membantu siasatan. Namun tiada cukup bukti bagi mengaitkan Murni dalam pembunuhan tersebut. Pakar psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.[2]

Pelakon

Watak utama

Scha Al-Yahya melakonkan watak Alissa di dalam filem ini.

Watak pembantu

Penerbitan

Penggambaran telah dilakukan pada bulan Ogos 2007. Lokasi penggambaran ialah di SMK Tinggi Kajang di Kajang, Selangor.[1] Kos pembikinan menelan belanja sebanyak RM 1.4 juta.[4]

Rujukan

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ironi tidak disediakan
  2. ^ Histeria di laman web Zereas
  3. ^ Histeria di laman web Sinema Malaysia
  4. ^ Harian Metro: Gambaran Makhluk Halus Cara Moden

Pautan luar