Austria: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Palica (bincang | sumb.)
k interwiki Adding: af
Zwobot (bincang | sumb.)
k robot Adding: sh
Baris 184: Baris 184:
[[ru:Австрия]]
[[ru:Австрия]]
[[se:Nuortariika]]
[[se:Nuortariika]]
[[sh:Austrija]]
[[simple:Austria]]
[[simple:Austria]]
[[sk:Rakúsko]]
[[sk:Rakúsko]]

Semakan pada 02:26, 15 Ogos 2005

Republik Austria
Republik Österreich
Fail:Bendera Austria.png Fail:LambangAustria.png
Cogan kata negara: tiada
Bahasa rasmi Jerman
Ibunegara Vienna (Wien)
Presiden Heinz Fischer
Chancellor Wolfgang Schüssel
Keluasan 83,858 km²
Penduduk


 - Jumlah (2000)
 - Kepadatan


8,150,835
97/km²

Penubuhan Republik Austria


27 Julai 1955

Matawang Euro
Zon masa UTC +1
Lagu kebangsaan Land der Berge, Land am Strome
Domain Internet .at
Kod panggilan 43

Austria merupakan sebuah negara tanpa pantai yang terletak di Eropah Tengah dan terdiri daripada sembilan negeri. Austria bersempadankan Jerman dan Republik Czech di utara, Slovakia dan Hungary di timur, Slovenia dan Itali di selatan, dan Switzerland dan Liechtenstein di barat.

Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Austria

Selepas ditakluk oleh Rom, Hun, Lombard, Ostrogoth, Bavari dan Frank, Austria diperintah oleh Babenberg dari abad ke 10 hingga abad ke 13. Kemudiannya Austria jatuh ke tangan Habsburg dan diperintah sehinggalah awal abad ke 20.

Selepas kejatuhan empayar Rom pada 1806, empayar Austria dibentuk yang kemudiannya berubah kepada dwimonarki Austria-Hungary pada 1867. Empayar ini berpecah kepada negara berasingan selepas keruntuhan Kuasa Tengah pada Perang Dunia Pertama.

Pada 1918, Austria menjadi sebuah negara republik sehinggalah tahun 1934 apabila Engelbert Dollfuss mewujudkan sistem diktator. Austria diserap oleh Nazi pada 1938. Selepas kekalahan Nazi, pihak Bersekutu mengambil Austria sehingga Perang Dunia Kedua tamat pada 1955, di mana Austria dibebaskan dan menjadi sebuah negara republik yang merdeka dengan syarat Austria mesti bersifat neutral. Namun, selepas kejatuhan komunisme di Eropah Timur, Austria menjadi semakin aktif dalam hal ehwal eropah dan pada 1995, Austria menyertai Kesatuan Eropah dan Euro menjadi matawang Austria pada 1999.

Politik

Untuk rencana lanjutan, lihat Politik Austria

Negeri dan bandar

Negeri

Untuk rencana lanjutan, lihat Negeri di Austria

Persekutuan Austria dibahagikan kepada sembilan negeri atau dalam nama tempatan, Bundesländer. Negeri negeri ini ialah:

  • Burgenland (Burgenland)
  • Kärnten (Carunthia)
  • Niederösterreich (Austria Bawah)
  • Oberösterreich (Austria Atas)
  • Salzburg (Salzburg)
  • Steiermark (Styria)
  • Tirol (Tyrol)
  • Vorarlberg (Vorarlberg)
  • Wien (Vienna)

Nama nama dalam kurungan ialah nama yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris

Bandar Utama

Untuk rencana lanjutan, lihat Senarai Bandar Austria

Bandar bandar utama di Austria ialah Vienna dan ibunegeri kepada negeri negeri di Austria iaitu St. Polten, Linz, Salzburg, Innsbruck, Bregenz, Klagenfurt, Graz dan Eisenstadt.

Geografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Austria

Bahagian barat dan selatan Austria terletak di pergunungan Alps menjadikannya destinasi menarik untuk sukan musim sejuk. Gunung yang tertinggi di Austria ialah Grossglockner iaitu setinggi 3798 meter dari paras laut dan diikuti dengan Wildspitze (3774m).

Bahagian utara dan timur kebanyakkan kawasan berbukau. Iklim Austria bersifat sederhana dan dingin (temperate climate).

Ekonomi

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Austria

Austria mempunyai ekonomi pasaran maju dan taraf hidup yang tinggi. Ekonomi Austria mempunyai hubungan yang rapat dengan ekonomi Kesatuan Eropah yang lain terutama sekali Jerman. Penyertaan dalam EU telah menarik banyak pelabur asing kerana kemudahan untuk memasuki pasaran tunggal Eropah. Pertumbuhan rendah di Jerman akan mengganggu pertumbuhan ekonomi Austria seperti yang berlaku pada tahun 2001.

Demografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Austria

Etnik Jerman ialah etnik paling ramai di negara ini iaitu lebih kurang 85% hungga 89% daripada populasi Austria. Lebih kurang 10% yang lain terdiri daripada pendatang yang berasal daripada negara berhampiran terutama sekali daripada negara blok Timur. Negeri Carinthia dan Styria menjadi tempat tinggal untuk minoriti Slovenia iaitu lebih kurang 18, 000 orang. Bahasa Jerman menjadi bahasa rasmi kerajaan dan digunakan oleh hampir keseluruhan populasi Austria. Disebabkan muka bumi yang berbeza, dialek Jermannya juga berbeza. Hampir semua kawasan menggunakan dialek Austro-Bavaria kecuali di barat Austria (Vorarlberg) yang menggunakan dialek Alemanik (Alemannic)

Bahasa Jerman yang digunakan oleh Austria juga berbeza dari segi tatabahasa dengan bahasa Jerman di Jerman.

Hampir tiga suku rakyat Austria beragama Roman Katolik. Lebih kurang 326, 990 orang Austria beragama Islam (4%) dan 408, 700 orang yang lain beragama protestan. Orang Yahudi juga sudah lama menetap di Austria. Pada 1930, banyak orang Yahudi bermigrasi keluar daripada Austria dan selebihnya dibunuh ketika holocaust. Ini menyebabkan populasi orang Yahudi berkurangan daripada 100, 000 kepada antara 10, 000 dan 20, 000.

Tokoh tokoh

Untuk rencana lanjutan, lihat Senarai Tokoh Warga Austria

Lihat juga

Kembali ke daftar negara


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.