Argentina: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 121: Baris 121:


== Demografi ==
== Demografi ==
Argentina merupakan negara bermasyarakat majmuk dengan pelbagai [[budaya]]. Berbanding negara Amerika Latin yang lain, kaum [[Mestizo]] bukannya kaum majoriti di negara ini. Majoriti penduduknya berasal dari [[Itali]] dan [[Sepanyol]]. Tetapi ramai juga dari [[Timur Tengah]] seperti dari [[Lubnan]] dan [[Syria]], yang jumlahnya sekitar 500,000 orang. Di Argentina terdapat komuniti [[Yahudi]] terbesar di rantau [[Amerika Selatan]] iaitu seramai 300,000 orang.
Argentina merupakan negara bermasyarakat majmuk dengan pelbagai [[budaya]]. Berbanding negara Amerika Latin yang lain, kaum [[Mestizo]] bukanlah kaum majoriti di negara ini. Majoriti penduduknya berasal dari [[Itali]] dan [[Sepanyol]]. Tetapi ramai juga dari [[Timur Tengah]] seperti dari [[Lubnan]] dan [[Syria]], yang jumlahnya sekitar 500,000 orang. Di Argentina terdapat komuniti [[Yahudi]] terbesar di rantau [[Amerika Selatan]] iaitu seramai 300,000 orang.
Disebelah persisiran pantai disebelah paling selatan, terdapat beberapa golongan pendatang dari [[Wales]] yang menternak kambing biri-biri disana.
Disebelah persisiran pantai disebelah paling selatan, terdapat beberapa golongan pendatang dari [[Wales]] yang menternak kambing biri-biri disana.
[[Imej:Ba-tango.jpg|thumb|right|200px|Tarian [[tango]] tidak mengira usia]]
[[Imej:Ba-tango.jpg|thumb|right|200px|Tarian [[tango]] tidak mengira usia]]

Semakan pada 04:54, 15 Ogos 2005

Republik Argentina
República Argentina
Fail:ArgentineFlag.png Fail:ArgentineCOA.png
Cogan kata negara: En Unión y Libertad
Sepanyol: Dalam Kerukunan dan Kebebasan
Bahasa rasmi Sepanyol
Ibu negara Buenos Aires
Presiden Néstor Kirchner
Ketua Kabinet Alberto Fernández
Keluasan 2,766,890 km²
Penduduk
 - Jumlah (2004)
 - Kepadatan

39,144,753
14/km²
Kemerdekaan
 - Tarikh
Daripada Sepanyol
9 Julai 1816
Mata wang Peso Argentina
Zon masa UTC -3
Lagu kebangsaan Oid, Mortales
Domain Internet .ar
Kod panggilan 54

Argentina ialah sebuah negara Amerika Latin yang terletak di selatan benua Amerika Selatan dan berada di antara banjaran Andes di barat dan Lautan Atlantik di selatan. Oleh sebab lokasinya ia juga dikenali sebagai "Sur del sur" (dalam bahasa Sepanyol paling selatan di selatan). Argentina mempunyai kawasan yang luas dan merupakan negara kelapan terbesar didunia, manakala ibu negaranya Buenos Aires adalah salah satu metropolitan yang terpadat didunia. Negara ini bersempadan dengan Paraguay dan Bolivia disebelah utara, Brazil dan Uruguay di timur-laut dan Chile di sebelah barat. Ia dipanggil Republik Argentina, tetapi nama rasminya ialah Argentine Nation (Nacion Argentina).

Sejarah nama asal negara

Nama Argentina adalah diambil dari perkataan Latin argentum (perak). Apabila penakluk Sepanyol mula berlayar ke Río de la Plata kapal mereka telah karam. Di antara mereka yang terselamat termasuklah Juan Díaz de Solís dan beliau telah bertemu dengan orang pribumi yang menghadiahkannya barangan perak. Berita tentang Sierra del Plata yang kaya dengan perak "setinggi gunung" telah sampai ke Sepanyol pada sekitar 1524. Sejak itu, pihak Sepanyol menamakan sungai tersebut Solís, Río de la Plata (Sungai Perak).

Sejarah

Rencana Utama: Sejarah Argentina

Penjelajah Eropah yang pertama telah tiba disini pada awal abad ke-16 (yang pertama untuk melihat dan menjelajah tanahair ini ialah seorang pelayar Sepanyol bernama Juan Díaz de Solís pada 1516 tetapi terbunuh pada tahun yang sama). Ini diikuti dengan penjajahan Sepanyol yang lain dan berakhir dengan penempatan mereka di Buenos Aires dalam tahun 1580. Selepas Revolusi Mei 1810 dan kemerdekaan dari Sepanyol pada 1816, suatu konflik telah tercetus antara puak centralist dan federalist dan ianya berlarutan hinggalah diisytiharkan perlembagaan baru pada 1853.

Pada awal abad ke-20 Argentina merupakan salah satu ekonomi termaju di dunia dan berada di tangga ke-10 negara paling kaya di dunia.

Selepas berakhirnya Perang Dunia II, berlaku pula kebangkitan gerakan populis Perónisme satu gerakan yang diasaskan oleh Juan Perón, tokoh terkemuka di Argentina dan di Amerika Selatan pada abad ke-20. Beliau telah menyokong gerakan buruh di Argentina tetapi akhirnya telah mempolarisasikan negara itu. Pada tahun 1955, beliau digulingkan oleh pihak tentera. Sejak itu, pihak ini telah mentadbir negara Argentina dan saling tukar menukar dengan kerajaan yang demokratik. Regim tentera yang paling zalim sekali telah memerintah Argentina antara tahun 1976 dan 1983. Regim tersebut kerap melanggar hak asasi manusia dan membunuh beribu-ribu orang yang dikenali sebagai "desaparecidos" (Sepanyol untuk “mereka yang lesap”)—dalam satu peristiwa yang dipanggil “dirty war” atau perang yang kotor. Pada awal tahun 80-an, rakyat semakin bosan dengan kerajaan kerana masalah ekonomi yang semakin meruncing, korupsi berleluasa dan kekalahan ditangan tentera United Kingdom dalam "Perang Falklands" (di Argentina dikenali sebagai Perang Malvinas iaitu nama Argentina untuk pulau tersebut) pada tahun 1982. Selepas kerajaan tentera jatuh pada 1983, Argentina telah berusaha untuk menjadi kerajaan demokratik tetapi terpaksa berhadapan dengan masalah ekonomi yang teruk.

Politik

Rencana Utama: Politik Argentina

Fail:Capitolplus.jpg
Ibu kota Argentina, Buenos Aires berlatarbelakangkan Plaza del Congreso

Perlembagaan Argentina 1853, yang dipinda pada 1994, memberi mandat pembahagian kuasa antara badan-badan eksekutif, legislatif dan kehakiman di peringkat kebangsaan dan negeri. Presiden dan naib-Presiden dipilih secara langsung setiap 4 tahun. Kedua-duanya boleh menyandang jawatan selama tidak lebih dua penggal; mereka hanya dibenarkan bertanding untuk kali ketiga selepas satu penggal tidak bertanding. Presiden melantik ahli kabinet dan perlembagaan memperuntukkan banyak kuasa kepadanya sebagai ketua negara dan ketua kerajaan, termasuk kuasa untuk menggubal undang-undang dibawah perintah presiden dengan syarat ianya "terdesak dan perlu" dan juga kuasa veto yang terhad.

Parlimen Argentina adalah dikenali sebagai National Congress atau Congreso Nacional. Ianya menggunakan sistem Parlimen dwidewan iaitu terbahagi kepada dua dewan yang utama: Dewan Senat atau Senado dengan 72 kerusi dan Kamar Perwakilan atau Cámara de Diputados dengan 257 ahli. Sejak 2001, para senator dipilih secara langsung, dengan setiap negeri, termasuk Pusat Persekutuan, diwakili oleh tiga senator. Para senator berkhidmat selama 6 tahun. Satu pertiga ahli Senat akan bertanding sekali lagi setiap 2 tahun. Ahli Kamar Perwakilan adalah dipilih secara langsung dan akan berkhidmat selama 4 tahun. Pengundi mengundi separuh dari ahli Kamar Perwakilan setiap dua tahun dan setiap dewan dipilih mengikut sistem pilihan raya perwakilan seimbang.

Bahagian Pentadbiran

Rencana utama: Provinsi of Argentina

Fail:Provinsi Argentina.png
Peta Argentina dan provinsi-provinsinya

Argentina terbahagi kepada 23 jajahan dan 1 daerah persekutuan bertanda *:

  1. Buenos Aires *
  2. Buenos Aires Province
  3. Catamarca
  4. Chaco
  5. Chubut
  6. Córdoba
  7. Corrientes
  8. Entre Rios
  9. Formosa
  10. Jujuy
  11. La Pampa
  12. La Rioja
  13. Mendoza
  14. Misiones
  15. Neuquen
  16. Rio Negro
  17. Salta
  18. San Juan
  19. San Luis
  20. Santa Cruz - Argentina
  21. Santa Fe
  22. Santiago del Estero
  23. Tierra del Fuego - Antartika & Kepulauan Atlantik Selatan
  24. Tucuman

Bandar-bandar utama

Buenos Aires merupakan ibunegara Argentina dan bandar yang terbesar dan diwilayah persekutuannya penduduknya ialah seramai 2,776,138 (2001); termasuk kawasan bandar disekitarnya penduduknya dianggarkan seramai 12 juta orang (2000). Disamping itu, bandar-bandar utama yang lain termasuklah Córdoba (penduduk pada 1991 seramai, 1,157,507); La Plata (penduduk 676,128), ibunegeri provinsi Buenos Aires; Mar del Plata (512,880), sebuah bandar peranginan di pantai Atlantik; San Miguel de Tucumán (470,809), suatu pusat pelbagai industri; Salta (367,550), terkenal dengan bangunan senireka kolonial; dan Mendoza (121,620), pusat pertanian yang penting dan juga pengeluar wain utama di Argentina.

Geografi

Secara kasarnya Argentina boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama: tanah pamah subur di kawasan Pampas di sebelah utara yang terkenal dengan sektor pertaniannya serta kaum gaucho; tanah pamah beralun di Patagonia di sebelah selatan sehinggalah Tierra del Fuego; dan banjaran Andes di barat bersebelahan dengan negara Chile, dimana aras tertingginya ialah Cerro Aconcagua pada ketinggian 6,960 m.

Sungai-sungai yang utama termasuklah Sungai Paraguay, Bermejo, Colorado, Uruguay dan sungai terbesar iaitu Sungai Paraná. The latter two flow together prior to meeting the Atlantic Ocean, forming the estuary of the Rio de la Plata (River of Silver). The Argentine climate is predominantly temperate with extremes ranging from subtropical in the north to arid/sub-Antarctic in far south.

Ekonomi

Argentina adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber semulajadi, kadar literasi yang tinggi, sektor pertanian yang maju serta industri yang pelbagai. Malangnya, sejak akhir 1980an negara ini telah menimbun hutang luaran yang tinggi, inflasi sehingga 200% sebulan, dan pengeluaran yang merudum. Dalam mengatasi krisis ekonomi tersebut, kerajaan telah mengambil langkah-langkah seperti liberalisasi perdagangan, deregulation, dan pengswastaan. Pada 1991, kerajaan telah melaksanakan reformasi kewangan yang radikal dengan menambatkan peso kepada US dollar dan menghadkan pertumbuhan kewangan 'to monetary reserve' secara undang-undang.

Though initially a success, with inflation dropping and a recovering GDP growth, subsequent economic crises in Mexico, Asia, Russia and Brazil contributed to ever worsening conditions from 1999 onward. The government sponsored tax increases and spending cuts to reduce the budget deficit, which had ballooned to 2.5% of GDP in 1999, though both domestic and foreign investors remained skeptical of the government's ability to pay debts and maintain the peso's fixed exchange rate with the US dollar.

Pemandangan pelabuhan di Santa Fe

The economic situation worsened still further in 2001 with the widening of spreads on Argentine bonds, massive withdrawals from the banks, and a further decline in consumer and investor confidence. Government efforts to achieve a "zero deficit", to stabilise the stricken banking system, and to restore economic growth proved inadequate in the face of the mounting economic problems. On December 21st De La Rua was expelled from the government by the pressure of middle-class riots, and the congress elected Eduardo Duhalde as provisional head of the state. Duhalde met with IMF officials to secure an additional $20 billion loan, but immediate action seemed unlikely. The peso's peg tambatan to the dollar was abandoned in January 2002, and the peso was floated from the dollar in February.

On December 23, 2001, interim president Adolfo Rodriguez Saa declared a short-lived debt moratorium.

According to Argentine Agronomist Alberto Lapolla, who has written extensively on the transformation of Argentina from the "granary of the world" to a "soy republic," 450,000 Argentines died of hunger between 1990 and 2003. Citing the Institut d'études sur l'État et la participation (IDEP), a thinktank, Lapolla adds that every day, 55 children, 35 adults and 15 elderly die in the country from illnesses related to hunger.

As of January 2004, the economical situation of the country showed a slight improvement over the past few years, apparently due to the internal growth of 2003. Economic restoration was expected by some to continue over the next few years with constant, internal growth rates. However, during the weekend of October 1-2, at the annual meeting of the International Monetary Fund/World Bank, leaders of the IMF, the European Union, the Group of Seven industrialized nations, and the Institute of International Finance (IIF), warned President Néstor Kirchner that Argentina must come to a debt-restructuring agreement right away with the speculative "vulture funds", increase its primary budget surplus in order to pay more debt, and impose "structural reform" to prove to the world financial community that it deserves their loans and investments.

Demografi

Argentina merupakan negara bermasyarakat majmuk dengan pelbagai budaya. Berbanding negara Amerika Latin yang lain, kaum Mestizo bukanlah kaum majoriti di negara ini. Majoriti penduduknya berasal dari Itali dan Sepanyol. Tetapi ramai juga dari Timur Tengah seperti dari Lubnan dan Syria, yang jumlahnya sekitar 500,000 orang. Di Argentina terdapat komuniti Yahudi terbesar di rantau Amerika Selatan iaitu seramai 300,000 orang. Disebelah persisiran pantai disebelah paling selatan, terdapat beberapa golongan pendatang dari Wales yang menternak kambing biri-biri disana.

Fail:Ba-tango.jpg
Tarian tango tidak mengira usia

Sebahagian besar penduduk beragama Katolik Roman, tetapi ramai juga penganut agama Islam, Protestan dan Yahudi. Carlos Saúl Menem, Presiden Argentina yang terkenal dengan dasar ekonominya adalah seorang yang berasal dari keluarga Islam dari Syria.

Penduduk asli, suku Indian berjumlah sekitar 700.000, dan tinggal di daerah-daerah di utara, barat laut dan selatan negara ini.

Pendidikan

Walaupun ekonomi negara ini agak mundur, Argentina mempunyai kadar literasi yang tinggi berbanding dengan kebanyakan negara lain di Amerika Selatan. Selain itu, negara ini boleh berbangga kerana melahirkan tiga pemenang Nobel Prize dalam bidang sains: Luis Federico Leloir, Bernardo Houssay dan César Milstein.

Pendidikan awal di Argentina bermula pada usia lima tahun dimana seorang itu akan belajar di tahap pra-sekolah. Selepas itu, pelajar akan melalui tiga tahap pendidikan wajib selama tiga tahun bagi setiap tahap.

Tahap pertama dan kedua yang dipanggil EGB1 dan EGB2 ialah di sekolah rendah pada usia 6 hingga 11 tahun. Kemudian tahap ketiga ialah di sekolah menengah rendah atau EGB3 (pada usia 11 hingga 14 tahun). Di Argentina, rakyatnya tidak wajib melalui pendidikan menengah tinggi.

Oleh sebab faktor ekonomi, ramai rakyat Argentina terutamanya dari kelas bawahan tidak melanjutkan pelajaran mereka ke universiti. Namun, pada tahun 1930an, negara ini terkenal dengan sistem pendidikannya yang maju. Kini, di ibu negaranya sahaja terdapat lebih kurang 50 buah universiti.

Pada 1996, dalam usaha dalam usaha merapatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan miskin, kerajaan Argentina telah memulakan program dipanggil “Programa Nacional de Becas Estudiantiles” (PNBE), yang memberi subsidi kepada pelajar-pelajar miskin yang ingin meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Antara 1997 dan 2000, program ini telah memberi biasiswa kepada 170,000 pelajar sekolah menengah termiskin yang menerima USD$600 setahun.

Baru-baru ini, Bank Dunia telah memberi pinjaman sebanyak USD$56.99 juta untuk memperbaiki ekuiti, kualiti dan peluang melanjutkan pelajaran ke pendidikan menengah di provinsi Buenos Aires, yang memanfaatkan lebihkurang 60,000 pelajar dari kawasan termiskin di sana. Pinjaman ini tertumpu kepada projek dipanggil "The Buenos Aires Second Secondary Education Project" atau (BASSEP) yang ingin memperkenalkan Jadual Sepenuh Hari (“Jornada Completa”). Projek ini mensasarkan pelajar dari sekolah menengah rendah yang miskin yang kerap meninggalkan alam persekolahan apabila mencapai usia 15 tahun. Dianggarkan 50% pelajar miskin dari sekolah menengah rendah akan menjadi pelajar tercicir.[1]

Berdasarkan projek yang baru ini, jadual sekolah ditambah dari empat jam kepada tujuh hingga lapan jam sehari. Ini bermakna para pelajar akan mempelajari lebih banyak matapelajaran berbanding dengan masa lalu. Disamping itu, sekolah di Buenos Aires mendapat bantuan dari segi bahan rujukan, perpustakaan, makmal sains dan teknologi dan sebagainya. Lebihkurang 200 sekolah terlibat dalam projek ini.


Budaya

Rencana utama: Budaya Argentina

Walaupun, pengaruh Eropah telah sebati dengan kesenian, seni reka, penulisan serta gaya hidup rakyat Argentina, negara ini masih dapat mengekalkan identitinya yang tersendiri. Ini jelas kelihatan dari tulisan karyawan Argentina yang tersohor seperti Jorge Luis Borges dan Manuel Puig, dan pemain bolasepaknya yang artistik seperti Diego Maradona.

Dari segi makanan, daging lembu merupakan makanan yang utama dan terdapat dalam hampir semua jenis makanan. Teh pula ialah minuman yang popular dan salah satu budaya Argentina ialah pemberian teh mate, sebagai tanda penerimaan seseorang.

Argentina juga cukup terkenal dengan tarian 'tango'nya, terutamanya di bandar-bandar seperti Buenos Aires. Tarian yang memberahikan ini amat terkenal diseluruh dunia.

Sepanyol merupakan bahasa rasmi negara tetapi kaum pendatang masih mengekalkan bahasa mereka masing-masing. Disamping itu terdapat 17 bahasa orang asli yang utama, termasuk Quechua, Mapuche, Guaraní, Tobas dan Matacos.

Organisasi antarabangsa

Argentina adalah ahli kepada beberapa organisasi antarabangsa, antaranya:

  • AfDB
  • Australia Group
  • BCIE
  • BIS
  • CSN
  • FAO
  • G-6
  • G-15
  • G-24
  • G-77
  • IADB
  • IAEA
  • IBRD
  • IMF
  • Interpol
  • Mercosur
  • Majlis Keselamatan UN (anggota sementara)
  • UNCTAD
  • UNESCO
  • WHO
  • WIPO
  • WMO
  • WTO
  • ZC

Lihat juga