Isteri-Isteri Ayah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Baris 45: Baris 45:


[[Kategori:Drama Melayu]]
[[Kategori:Drama Melayu]]
[[Kategori:Rancangan TV3]]

Semakan pada 02:32, 6 Ogos 2017

Isteri-Isteri Ayah
GenreDrama
Komedi
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Syazwan Zulkifly
Wan Sharmila
Jalaluddin Hassan
Liza Abdullah
Azza Elite
Faye Kusairi
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 6.30 petang.
Syarikat penerbitan
(SRS Production Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Iris)
Siaran asal3 Julai 2017
Kronologi
MengikutiBudak Ijat

Pelakon

Sinopsis

Rancangan Nizam dan Farah untuk bercuti di Bali terpaksa dibatalkan apabila Zakiah, ibu Nizam sakit tenat. Kamal, ayah Nizam berusaha untuk menunaikan hajat terakhir Zakiah yang teringin untuk menaiki pelayaran makan angin ke Phuket. Namun sayangnya, Zakiah pergi sebelum sempat dia menaiki pelayaran tersebut.

Nizam dan Farah berasa kasihan melihat bapa mereka mengalami kemurungan kronik selepas kematian ibu mereka, lalu mereka menjemput ayahnya, Kamal untuk tinggal bersama mereka. Pelbagai masalah mula timbul apabila Kamal menjadikan rumah mereka seperti rumah sendiri. Kamal menjemput rakan-rakan niaganya untuk bermesyuarat di rumah mereka. Namun, keadaan menjadi kacau-bilau apabila tiga orang wanita tiba-tiba muncul dan mendakwa bahawa mereka ialah isteri Abang Kamal.

Muncul seorang wanita bernama Wana mengaku isteri kepada Kamal. Nizam dan Farah terkejut kerana Kamal mengakui Wana ialah isterinya. Setelah munculnya Wana yang tidak mahu pulang, Nizam dan Farah dikejutkan lagi dengan kemunculan dua lagi wanita iaitu Kak Ana dan Zana yang juga mengaku sebagai isteri ayahnya.

Nizam terkejut besar apabila mendapat tahu yang selama ini ayahnya berkahwin lain. Lebih mengharukan, isteri-isteri yang lain tidak mengetahui mereka mempunyai madu lain selain arwah Zakiah. Masing-masing tidak mahu mengalah dan tidak mahu keluar dari rumah Nizam selagi Kamal tidak membuat keputusan siapakah antara mereka yang akan diceraikan.