Hashimah Yon: Perbezaan antara semakan
k menghapuskan Kategori:Penyanyi 1960-an; menambah Kategori:Pelakon wanita Singapura (HotCat) |
k Membalikkan suntingan oleh Alexander Iskandar (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 183.171.93.82 |
||
Baris 83: | Baris 83: | ||
* {{IMDb name|0948473}} |
* {{IMDb name|0948473}} |
||
{{kehidupan|1940}} |
{{kehidupan|1940}} |
||
[[Kategori: |
[[Kategori:Penyanyi 1960-an]] |
||
[[Kategori:Pelakon Melayu]] |
[[Kategori:Pelakon Melayu]] |
Semakan pada 13:04, 7 Ogos 2017
Hashimah Yon | |
---|---|
Kelahiran | Hashimah binti Mohd Leon 10 September 1940 Lorong Engku Aman, Daerah Geylang Serai, Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Warganegara | Singapura |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1951 - 1994 |
Majikan | Malay Film Productions |
Terkenal kerana | Menerusi dalam filem Nujum Pak Belalang |
Ibu bapa | Habsah Buang |
Hashimah binti Mohd Leon atau lebih dikenali sebagai Hashimah Yon (lahir 10 September 1940) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Melayu era 60-an/70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Singapura.[1] Beliau ialah anak kepada seniwati Habsah Buang.[2] Beliau ialah pelakon Melayu yang terkenal pada tahun 50-an dan 60-an. Antara filem lakonannya ialah Pancha Delima, Anakku Sazali dan Nujum Pak Belalang.
Diskografi
Lagu-lagu
Lagu-lagu ini telah dinyanyikan oleh Seniwati Hashimah Yon dengan menggunakan suaranya sendiri dalam filem-filem berikut bersama-sama rakan duetnya:
- Hasnah Hassan Ost Filem Ayer Mata 1953
- Joget Berpantun Kaseh bersama Aziz Jaafar OST Filem Hantu Jerangkung 1957
- Rayuan Berirama OST Filem Gergasi 1958
- Gurindam Ibu bersama Aziz Jaafar OST Filem Hantu Kubor 1958
- Indahnya Alam bersama Aziz Jaafar OST Filem Gergasi 1958
- Lagu Membawa Berita
- Rintihan Sri Tanjung
- Kasih Sayang bersama Aziz Jaafar Ost Sumpah Wanita
- Sumpah Tanda setia bersama Aziz Jaafar OST Filem Gergasi 1958
- Ikatan Kaseh Dua Jiwa OST Filem Megat Terawis 1960
- Inang Megat Terawis OST Filem Megat Terawis
- Bibir Mu Terlukis Kata bersama Aziz Jaafar) OST Filem Sumpah Wanita 1960
- Lenggang Penghibur bersama Aziz Jaafar) OST Filem Singapura Dilanggar Todak 1961
- Kalau Kaca Menjadi Intan bersama P.Ramlee OST Filem Nujum Pak Belalang 1959
Di samping ini, terdapat lagu-lagu lain lagi yang dinyanyikannya dalam filem lakonannya.
Filemografi
- Teratak Kasih Mahanis (2006 pelakon utama) - Drama sebagai penghuni Teratak Mahanis
- Black Widow - Wajah Ayu - (1994 Pelakon utama) sebagai Halimahton
- Kolej 56 - (1989 Pelakon Undangan) sebagai Ibu Rosman
- Kasih Tanpa Sayang - (1963 Pelakon utama) sebagai Cikgu Salmah
- Budi dan Dosa - (1963 Pelakon utama) sebagai Aminah
- Seniman Bujang Lapok - (1961 Artis Jemputan) sebagai Hashimah Pelakon MFP
- Singapura Dilanggar Todak - (1961 Pelakon utama) sebagai Puspha Datuk Biduanda
- Sri Tanjung - (1961 Pelakon utama) sebagai Tanjung
- Megat Terawis - (1960 Pelakon utama) sebagai Tengku Kamsiah
- Sumpah Wanita - (1960 Pelakon utama) sebagai Yang Mulia Tuan Puteri Ratnasari
- Nujum Pak Belalang - (1959 Pelakon utama) sebagai Tuan Puteri Si Bujur Sirih
- Puteri Gunong Banang - (1959 Pelakon utama) sebagai Intan Baiduri
- Anak Pontianak - (1959 Pelakon utama) sebagai Manis
- Hantu Kubur - (1958 Pelakon utama) sebagai Ramlah
- Gergasi - (1958 Pelakon utama) sebagai Mutiara
- Hantu Jerangkung - (1957 Pelakon utama) sebagai Ramlah
- Pancha Delima - (1957 Pelakon utama) sebagai Teratai
- Kaseh Sayang - (1957 Pelakon utama) sebagai Sukartini
- Anakku Sazali - (1956 Pelakon utama) sebagai Rokiah
- Hang Tuah - (1956 Pelakon tambahan) sebagai Penari Jawa
- Insan - (1955 Pelakon tambahan)
- Penarik Beca - (1955 Pelakon tambahan) sebagai Ketua Penari Inang Baru
- Ayer Mata - (1953 Pelakon Pembantu) sebagai Hasnah semasa kecil
- Manusia - (1951 Pelakon tambahan)
Kehidupan peribadi
Seniwati Hashimah mempunyai enam orang adik-beradik dan beliau ialah anak yang kelima. Ibunya, Habsah Buang juga seorang seniwati. Beliau dan ibunya sama-sama berlakon dalam filem Nujum Pak Belalang dan ibunya memegang peranan sebagai ketua inang. Bapanya Mohd Leon meninggal dunia sejak beliau kecil akibat kanser.
Sekitar tahun 1998, beliau pernah tinggal di Blok 12 Kempas Road, Singapura dan berjiran dengan Siput Sarawak yang tinggal di Blok 9 sehingga hari kematiannya. Selepas itu, Hashimah Yon berpindah sekali lagi kerana Estate Kempas Road akan dirobohkan dalam lewat tahun 2000.
Anugerah
- Menerima pencalonan kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-12 menerusi filem Black Widow - Wajah Ayu. Hashimah merupakan calon tertua yang pernah dicalonkan untuk kategori tersebut hingga kini.