Daeng Kemboja: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Baris 27: Baris 27:


[[Kategori:Yang Dipertuan Muda]]
[[Kategori:Yang Dipertuan Muda]]
[[Kategori:Kematian 1777]]

Semakan pada 13:57, 10 Ogos 2017

Daeng Kemboja merupakan putera Daeng Parani yang menjadi Yang Dipertuan Muda Riau III. Baginda dilantik memegang jawatan tersebut pada tahun 1745-1777 menggantikan bapa saudaranya, Daeng Chelak.

Ketika baginda menjadi Yang Dipertuan Muda, berlaku fitnah di Riau ke atas orang-orang Bugis sehingga baginda bertindak keluar dari Riau dan menetap di Linggi. Pada zaman baginda, berlaku peperangan dengan Belanda di Melaka akibat fitnah dari Sultan Mansur Terengganu.

Baginda juga mengasaskan jawatan Engku Kelana (Timbalan Yang Dipertuan Muda) dan melantik Raja Haji sebagai Engku Kelana yang pertama.

Baginda berkhidmat di bawah 4 orang Sultan iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760), Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah (1760-1761), Sultan Ahmad Riayat Shah (1761) dan Sultan Mahmud Shah III (1761-1812).

Kemangkatannya

Baginda mangkat pada tahun 1777 di Riau dan digelar Marhum Janggut. Baginda dimakamkan di Batangan, Riau

Rujukan

  • Virginia Matheson Hooker (1998). Tuhfat Al-Nafis. Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9839510029.
  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
  • Abu Hassan Mohamad Sham (1993). Puisi-puisi Raja Ali Haji. Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9836239715.

Lihat juga


Penyandang Terdahulu Yang Dipertuan Muda ke-3
1745 – 1777
Penyandang Kemudian
Daeng Chelak Raja Haji