Aman Belon: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Baris 37: Baris 37:
[[Kategori:Pelakon lelaki Malaysia]]
[[Kategori:Pelakon lelaki Malaysia]]
[[Kategori:Pelawak Malaysia]]
[[Kategori:Pelawak Malaysia]]
[[Kategori:Pelakon lelaki Singapura]]

Semakan pada 05:04, 13 Ogos 2017

Aman Belon

Aman Belon merupakan pelakon bangsawan dan pelawak terkenal era 1950-an di Malaysia dan Singapura.

Pada 1950-an, terdapat beberapa kumpulan Bangsawan seperti Wayang Kasim, Bangsawan Zanibar Royal Theaterical Company of Singapore ; dan Yap Chow Tong Opera yang bergerak di Singapura dan Malaysia. Antara pelakon Bangsawan ketika itu ialah Khairuddin Thairo dan Wan Yet Al-Kaf.

Keluarga seni

Ramai saudara dan anak cucu beliau terlibat dalam kegiatan seni persembahan di Malaysia. Antaranya ialah Sophia Ibrahim ; Datuk Khadijah Ibrahim (Khaty) dan Latif Ibrahim. [1]

Bangsawan 1950-an

Aman Belon terlibat dalan dunia lakonan dan lawak pentas Bangsawan era 1950-an khususnya di Singapura. Antara pelakon ketika itu ialah ,Siti Hawa Bangsawan, Tina, Habsah, Puteh Lawak (Borneo Star Opera) dan Adi Teruna. Kebanyakan pelakon lahir dari pentas Bangsawan. Mereka bekerja dalam kumpulan Bangsawan terutama di seluruh rangkaian taman hiburan Shaw.

Kemerosotan Bangsawan berlaku akibat masalah pengurusan kewangan yang lemah, organisasi tidak stabil dan selamat dan banyak yang bankrap .Ada pengurus rombongan yang melarikan wang kutipan dan tidak membayar gaji / upah pekerja dan pelakon. Kebanyakan wanita utama Bangsawan berkahwin dengan lelaki kaya, manakala bintang lelaki pula berkahwin janda kaya. Anggota pasukan ini kerap terlibat dalam maksiat seperti minum arak dan judi. Gejala sosial ini menyebabkan industri ini akan dipulaukan dan ahli-ahlinya dianggap sebagai "berstatus sosial yang rendah". Pekerja dan pelakon ini akhirnya beralih ke industri filem yang berkembang ketika itu.

Pelakon Melayu ketika itu merupakan gabungan pelbagai dialek tempatan iaitu dari rantau nusantara. Bintang filem, Siput Sarawak (Ramlah binti Abdullah) berasal dari Sarawak; Kasma Booty berasal dari Indonesia, S. Roomai Noor dari Pahang dan Maria Menado adalah dari Menado, Sulawesi Utara, Indonesia. [2]

Rujukan