Hussein Haniff: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Baris 89: Baris 89:
[[Kategori:Filem arahan Hussein Haniff]]
[[Kategori:Filem arahan Hussein Haniff]]
[[Kategori:Kelahiran 1934]]
[[Kategori:Kelahiran 1934]]
[[Kategori:Kematian 1966]]

Semakan pada 08:11, 15 Ogos 2017

Hussein Haniff
Kelahiran
Hussein Haniff

1934
Meninggal dunia1966 (32 tahun)
Malaysia
Sebab kematianpenyakit barah
Warganegara Malaysia
Pekerjaanpengarah,
MajikanCathay-Keris Film Productions
Terkenal keranaHang Jebat
PasanganMusteja Sani (cerai), Fatimah Ahmad


Hussein Haniff merupakan seorang pengarah filem Melayu.

Hussein Haniff dikatakan dilahirkan di Pakistan tetapi dibesarkan di Singapura. Bapanya, Muhammad Haniff atau dikenali juga dengan jolokan Chitra, pernah bekerja sebagai pelukis dan pengarah seni di Studio MFP.

Pembabitan beliau dalam bidang perfileman bermula dari belakang tabir, iaitu sebagai pelukis tirai dan peralatan atau hiasan di beberapa pentas bangsawan, dan seterusnya sehingga kepada mengarah filem bagi syarikat Cathay-Keris Film Productions. Pada awalnya, beliau terbabit dalam penyuntingan filem. Selepas itu, pada 1961, beliau mula mengarah filem dengan filem pertamanya, filem Hang Jebat.

Para pengkritik filem menyifatkan Hussein Haniff sebagai memberikan sentuhan anak watan Melayu kepada filem Melayu. Filem sebelumnya yang diarah oleh pengarah India sering menonjolkan jalan cerita bersifat filem India.

Pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof yang pernah berlakon dalam filem arahan Hussein menyifatkan pengarah itu sebagai seorang amat cerewet dan terlalu mementingkan kesempurnaan.

Sungguhpun beliau tidak boleh membaca dan menulis, Hussien mampu menterjemahkan setiap ideanya ke dalam skrip yang ditulis dengan bantuan orang lain seperti Ali Aziz yang menulis skrip untuk filem Hang Jebat (1961).

Filem arahannya itu kemudian terpilih untuk dipertandingkan ke Festival Filem Asia ke-9 di Seoul, Korea Selatan pada tahun 1962.

Semasa hayatnya Hussein Haniff dua kali mendirikan rumah tangga. Isteri pertamanya ialah Musteja Sani, seorang suri rumah. Isteri keduanya adalah (allahyarhamha) Fatimah Ahmad, seorang pelakon filem Cathay Keris. Selepas kematian Hussein Haniff, Fatimah Ahmad berkahwin dengan seorang rakyat Amerika Syarikat dan berhijrah ke sana dan meninggal di sana.

Filem pertama arahannya yang boleh diangkat sebagai karya terbaik daripada beliau ialah Hang Jebat (1962). Filem ini menampilkan Nordin Ahmad dan Latifah Omar sebagai bintang utamanya.

Ada satu artikel dalam majalah "Berita Filem" mengatakan Husin Hanif bakal mengarahkan filem berwarna bertajuk "Tun Perak" karya Mudin Shepard. Tapi filem itu tidak dapat difilemkan berikutan Husin Hanif meninggal dunia.

Filem arahan Hussein Haniff

Hussein Haniff meninggal dunia pada usia 32 tahun akibat penyakit barah selang setahun, dengan pelakon berkarisma, Nordin Ahmad.

Pautan luar