Arab Saudi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20: Baris 20:
| Ibu negara || [[Riyadh]] (الرّياض)
| Ibu negara || [[Riyadh]] (الرّياض)
|-
|-
| Ketua negara || Raja [[Abdullah ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud]])
| Ketua negara || Raja [[Abdullah ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud]]
|-
|-
| [[Senarai negara-negara mengikut keluasan|Keluasan]]
| [[Senarai negara-negara mengikut keluasan|Keluasan]]

Semakan pada 09:15, 16 Ogos 2005

Kerajaan Arab Saudi
المملكة العربيّة السّعوديّة
Al Mamlakah al Arabiyah as Sa'udiyah
Fail:Saudi arabia flag medium.png Fail:Lambang Saudi.png
Cogan kata negara: tiada
Bahasa rasmi Arab
Ibu negara Riyadh (الرّياض)
Ketua negara Raja Abdullah ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud
Keluasan 2,218,000 km²
Penduduk
 - Jumlah
 - Kepadatan

26,417,599 (2005)

12/km²
Penubuhan
 - Tarikh

23 September 1932
Mata wang Riyal
Zon waktu UTC +3
Lagu kebangsaan Aash Al Maleek
(عاش المليك)
Domain Internet .sa
Kod panggilan 966

Arab Saudi terletak di Semenanjung Arab di selatan Jordan, Iraq, dan Kuwait. Di sebelah timurnya adalah Teluk Persia dan Qatar; dan tenggaranya adalah Amiriah Arab Bersatu dan Oman; dan di selatannya adalah Republik Yaman.

Nama negara ini berasal dari nama keluarga diraja iaitu al-Saud. Negara ini terdiri dari 13 daerah atau mintaqah; Al Bahah, Al Hudud ash Shamaliyah, Al Jawf, Al Madinah, Al Qasim, Ar Riyad, Ash Sharqiyah (Daerah Timur), 'Asir, Ha'il, Jizan, Makkah, Najran, Tabuk. Arab Saudi terkenal sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan tempat mulanya Islam. Oleh itu di bendera Arab Saudi tertera dua kalimah syahadat yang bermaksud, "tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah rasul Allah".

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Arab Saudi

Sejarah negeri Saudi bermula di sekitar 1750. Seorang pemerintah tempatan, Muhammad bin Saud, bergabung dengan seorang reformis Islam, Muhammad ibn Abd al Wahhab, untuk mencipta satu entiti politik baru. Untuk 150 tahun berikutnya, nasib keluarga Saud ini naik dan turun kerana terpaksa bertanding dengan Mesir, empayar Uthmaniyah dan keluarga Arab lain untuk menguasai Semenanjung Arab. Negeri Saudi moden ditubuhkan oleh Raja Abdul Aziz Al-Saud.

Pada 1902, Abdul Aziz Ibn Saud telah menawan Riyadh, ibu negeri dinasti Al-Saud dahulu kala, daripada pesaingnya keluarga Al-Rashid. Kemudian Abdul Aziz menawan pula Al-Ahsa, Nejd, dan Hijaz antara 1913 dan 1926. Pada 8 Januari 1926, Abdul Aziz Ibn Saud menjadi Raja Hijaz. Kumudian pada 29 Januari 1927, beliau mengambil gelaran Raja Nejd. Melalui Perjanjian Jeddah pada 20 Mei 1927, United Kingdom telah mengiktiraf kemerdekaan kerajaan beliau, Kerajaan Hijaz dan Nejd. Pada 1932, kawasan ini disatukan menjadi Kerajaan Arab Saudi.

Penemuan minyak pada 3 Mac 1938 telah mengubah keadaan ekonomi negara ini, dan telah membuatkan banyak negara mengiktirafnya. Kini Arab Saudi menjalin hubungan baik dengan negara-negara Barat yang membeli minyaknya.

Politik

Rencana utama: Politik Arab Saudi

Institusi pusat dalam pemerintahan Kerajaan Arab Saudi ialah sistem monarki. Undang-Undang Asas yang digunakan mulai 1992 menyatakan bahawa Arab Saudi merupakan satu kerajaan yang diperintah oleh anak-anak dan cucu cicit Raja Abdul Aziz Al-Saud, dan Al-Qur'an merupakan perlembagaan negara itu, yang diperintah mengikut undang-undang Islam (Syari'ah). Pembentukan parti politik adalah dilarang dan pilihan raya umum tidak boleh diadakan.

Kuasa raja secara teorinya adalah terhad dalam lingkungan Shari'ah dan tradisi Saudi lain. Beliau juga harus mengekalakan konsensus keluarga diraja Saud, para ulama dan unsur penting lain dalam masyarakat Saudi, tetapi dekrinya tidak perlu mendapat persetujuan mereka. Ideologi negara ini ialah fahaman Wahabi. Mereka cuba mendapatkan pengikut dengan membiayai pembinaan masjid dan madrasah di seluruh dunia. Pemilihan raja dibuat dari kalangan keluarga diraja dan dipersetujui oleh golongan ulama. Keluarga diraja ini digelah Rumah Saud.

Daerah

Rencana utama: Daerah Arab Saudi

Arab Saudi dibahagiakan kepada 13 daerah (mintaqah):

Daerah Arab Saudi
Daerah Arab Saudi
  1. Al Bahah
  2. Al Hudud ash Shamaliyah
  3. Al Jawf
  4. Al Madinah
  5. Al Qasim
  6. Ar Riyad
  7. Ash Sharqiyah (Daerah timur)
  8. 'Asir
  9. Ha'il
  10. Jizan
  11. Makkah
  12. Najran
  13. Tabuk

Geografi

Rencana utama: Geografi Arab Saudi

Arab Saudi mencakupi 80% kawasan Semenanjung Arab.

Ekonomi

Ekonomi Arab Saudi adalah berasaskan minyak.

Lihat juga

Pautan luar