Teori Hierarki Keperluan Maslow: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Baris 29: Baris 29:
[[Kategori:Pembangunan manusia]]
[[Kategori:Pembangunan manusia]]
[[Kategori:Psikologi positif]]
[[Kategori:Psikologi positif]]
[[Kategori:Konsep psikologi]]

Semakan pada 10:21, 23 Ogos 2017

Teori Hierarki Keperluan Maslow telah dikemukakan oleh Abraham Maslow, seorang ahli Psikologi Kemanusiaan pada tahun 1943 melalui bukunya "A Theory of Human Motivation" di dalam Kajian Psikologi.

Teori ini menyatakan dalam diri setiap indvidu terdapat lima (5) keperluan yang perlu dipenuhi seperti fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri. Bila satu keperluan dicapai, keperluan yang seterusnya akan menjadi satu keperluan atau keutamaan seterusnya. Setiap individu akan memastikan tahap keperluan terendah dipenuhi terlebih dahulu sebelum berusaha untuk memenuhi keperluan tahap yang lebih tinggi.

Lima (5) keperluan tersebut adalah:

1)Keperluan Fisiologi. Peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal.

2)Keperluan Keselamatan. Termasuk di dalam keperluan ini adalah keselamatan peribadi, keselamatan kewangan, kesihatan dan tidak akan menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa.

3)Keperluan Sosial. Inilah keperluan manusia untuk dicintai dan merasai perasaan “kekitaan”. Semua pekerja perlu merasai bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan tersendiri di dalam organisasi. Jika dipenuhi, perasaan ketegangan dan tekanan (stress) di kalangan pekerja dapat dielakkan atau dikurangkan.

4)Keperluan Penghargaan Diri (Esteem). Keperluan ini ada kaitan dengan keperluan pekerja untuk dihormati dan diberi peluang menghormati orang lain. Beri mereka tugas yang boleh memberi mereka peluang untuk memberi sumbangan. Ini akan meningkatkan “penghormatan diri” (self-esteem).

5)Keperluan Hasrat Diri. Keperluan ini berkaitan dengan keperluan untuk mencapai cita- cita diri sendiri mengikut potensi seseorang manusia (pekerja).

Maslow membahagikan lima keperluan kepada dua (2) kategori, iaitu:

a)Tahap tinggi iaitu keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri.

b)Tahap rendah iaitu keperluan fizikal dan keselamatan.