Peribahasa bermula dengan huruf "V" hingga Y": Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
Melencong ke Senarai peribahasa (N–Z) |
||
Baris 1: | Baris 1: | ||
#REDIRECT [[Senarai peribahasa (N–Z)]] |
|||
== [[Peribahasa]] Yang Bermula Dengan Huruf "W" == |
|||
1. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga. |
|||
Maksudnya: Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik. |
|||
2. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga. |
|||
Maksudnya: Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. |
|||
3. Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan. |
|||
Maksudnya: Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik. |
|||
4. Wau melawan angin. |
|||
Perbuatan yang sia-sia. |
|||
5. Wayang kepadaman damar. |
|||
Maksudnya: Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba. |
|||
6. Walau bagaimana minyak dicampur dengan air, minyak juga yang timbul. |
|||
Maksudnya: Golongan bangsawan tetap diberi layanan istimewa. |
|||
7. Walau ikan yang diam di dalam tujuh lautan juga, termasuk dalam pukat juga. |
|||
Maksudnya: Orang yang pandai pun ada masanya akan terkena. |
|||
8. Warta dibawa pikat dan langau. |
|||
Maksudnya: Khabar angin. |
|||
9. Wau putus teraju. |
|||
Maksudnya: Seseorang yang sudah putus harapan, hanya berharap pada nasib. |
|||
== Peribahasa Yang Bermula Dengan Huruf "Y" == |
|||
1. Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan. |
|||
Maksudnya: Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya. |
|||
2. |
|||
Yang berbaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang. |
|||
Maksudnya: Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya. |
|||
3. Yang berpayung yang ditembak. (ditembak - dituju) |
|||
Maksudnya: Orang yang berkuasalah tempat orang mengharapkan pertolongan. |
|||
4. Yang bertakuk yang ditebang, yang bergaris yang dipahat. |
|||
Maksudnya: Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya. |
|||
5. Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher. |
|||
Maksudnya: Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri. |
|||
6. Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga. |
|||
Maksudnya: Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. |
|||
7. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. |
|||
Maksudnya: Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja. |
|||
8. Yang bungkuk (bongkok) juga dimakan sarung. |
|||
Yang bersalah juga yang akan menanggung dosanya (menerima hukumannya). |
|||
9. Yang buntal kutil mengutil, yang jerung luluh meluluh. |
|||
Maksudnya: Yang miskin hidup berpekin, yang kaya boros berbelanja. |
|||
10. Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas. |
|||
Maksudnya: Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. |
|||
11. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. |
|||
Maksudnya: Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula. |
|||
12. Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi. |
|||
Maksudnya: Tiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah dengan sempurna baik pada rupa, pendengaran dan perasaan. |
|||
13.Yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia. |
|||
Maksudnya: Orang lain yang berikhtiar, orang lain pula yang memungut hasilnya. |
|||
14. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam. |
|||
Maksudnya: Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka. |
|||
15. Yang dulu mendapat, yang kemudian ketinggalan. |
|||
Maksudnya: Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas. |
|||
16. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga. |
|||
Maksudnya: Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. |
|||
17. Yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal. |
|||
Maksudnya: Yang tak berguna biarlah hilang, dan yang baik-baik biarlah tinggal. |
|||
18. Yang hidup sesarkan mati. |
|||
Maksudnya: Tiap-tiap suatu itu ada batasnya dan ada pula penggantinya. |
|||
19. Yang lahir memperlihatkan yang batin. |
|||
Maksudnya: Perbuatan atau kelakuan menunjukkan sifat atau perasaan yang tersembunyi. |
|||
20. Yang memberi tangan di atas, yang menerima ( meminta) tangan di bawah. |
|||
Maksudnya: Biasanya orang yang memberilah yang tinggi cakapnya daripada orang yang menerima. |
|||
21. Yang menanti padang tak berumput, yang mendatang kurus kedut-kedut. |
|||
Maksudnya: Orang yang lapar meminta pertolongan kepada orang yang melarat. |
|||
22. Yang mencencang memampas. |
|||
Maksudnya: Yang berbuat salah harus menerima hukuman. |
|||
23. Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. |
|||
Maksudnya: Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat. |
|||
24. Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga. |
|||
Maksudnya: Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya. |
|||
25. Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang. |
|||
Maksudnya: Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) denga |
|||
26. Yang rebah ditindih. |
|||
Maksudnya: Yang sudah miskin bertambah miskin. |
|||
27. Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat. |
|||
Maksudnya: Tidak pernah merasa puas dengan sesuatu perolehan. |
|||
28. Yang secupak (sesukat) takkan jadi segantang. |
|||
Maksudnya: Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. |
|||
29. Yang sehasta takkan jadi sedepa. |
|||
Maksudnya:Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. |
|||
30. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa. |
|||
Maksudnya: Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. |
|||
31. Yang seorang memeram batu, yang seorang memeram pisang. |
|||
Maksudnya: Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak. |
|||
32. Yang tajam tumpul, yang bisa tawar. |
|||
Maksudnya: Dengan perkataan yang lemah lembut dapat diselesaikan segala sengketa. |
|||
33. Yang tegak disokong, yang lemah ditopang. |
|||
Maksudnya: Orang kaya dimuliakan dihormati, sedangkan orang miskin dibantu dan ditolong. |
|||
34. Yang teguh disokong, yang rebah ( rendah) ditindih. |
|||
Maksudnya: Maksudnya: Orang yang sudah kuat (kaya, baik dan sebagainya) dibantu, sedangkan orang yang lemah (miskin dan sebagainya) diperas. |
|||
35. Yang terbujur lalu, yang terlintang patah. |
|||
Maksudnya: Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi. |
|||
36. Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua. |
|||
Maksudnya: Dalam sesuatu usaha pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah pula yang akan dipuji atau dicela. |
|||
37. Yang untut lain, yang mengensot lain. |
|||
Maksudnya: Yang salah lain, yang kena hukum lain. |
|||
== Pautan luar == |
|||
* [http://peribahasamelayu.com/huruf/w/ Peribahasa Bermula Dengan Huruf "w"] |
|||
* [http://peribahasamelayu.com/huruf/y/ Peribahasa Bermula Dengan Huruf "Y"] |
|||
[[Kategori:Peribahasa|W|Y]] |
|||
{{Senarai peribahasa}} |
Semakan semasa pada 08:15, 8 September 2017
Lencong ke: