Rubiah Suparman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Baris 80: Baris 80:
[[kategori:Pelakon wanita Malaysia]]
[[kategori:Pelakon wanita Malaysia]]
[[kategori:Pelakon wanita Singapura]]
[[kategori:Pelakon wanita Singapura]]
[[Kategori:Kelahiran Singapura]]
[[Kategori:Orang hidup]]
[[Kategori:Orang hidup]]

Semakan pada 13:27, 21 September 2017

Rubiah Suparman
Nama lahirRubiah Suparman
Juga dikenali sebagai
Rubiah Suparman
Berasal dariSingapura Singapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1970-an - 1997

Rubiah Suparman merupakan seorang pelakon kelahiran Singapura yang berkaliber. Pada awal era 70-an beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur, (Malaysia) dan menetap di sana untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon filem dan drama TV. Beliau kemudiannya mendapatkan kerakyatan di Malaysia selepas menetap wajib selama lebih 10 tahun di Malaysia.

Rubiah Suparman telah menubuhkan Restoran Puteri di Brickfield pada tahun 1984 ketika masih aktif berlakon. Dengan kejayaan restoran itu, beliau telah mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan menubuhkan cawangan di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Sehingga kini, dua lagi cawangan telah dibuka di Sungai Penchala dan Shamelin Perkasa, Cheras.

Rubiah Suparman juga merupakan seorang penulis dan pernah menghasilkan buku masakan, Resipi Kuih Muih Melayu, Lauk Pauk Malaysia, Singapura, Indonesia, Resipi Turun Temurun dan Selera Ramadhan.

Sewaktu kecil pembabitan Rubiah Suparman dalam bidang seni bermula sekadar menemani abangnya menghadiri persatuan seni, dari situ, Rubiah mula memasang angan-angan untuk mencuba bidang tersebut. Beliau mula berlakon di era Jalan Ampas pada tahun 1966 dan menjayakan drama pentas, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Walaupun mula membintangi filem pertama, Dayang Suhana, pada tahun 1976, namun nama Rubiah mula dikenali setelah menjayakan drama, Ribut. Pada tahun 1970, Rubiah mula berhijrah ke ibu kota untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Ditambah pula, suaminya ketika itu mendapat tawaran menjadi penerbit televisyen di Malaysia.

Sehingga kini, Rubiah berjaya membintangi sembilan filem dan ratusan drama seperti Sakit Hati, Naik Tangga Turun Tangga dan Mencari Restu. Rubiah juga berjaya menggondol anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-2 (FFM2) 1981 dan Pelakon Wanita Terbaik (FFM4), 1983. Namun, kerjaya seninya hanya bertahan sehingga tahun 1997 dalam filem Hati Bukan Kristal sebelum mengalih perhatiannya pada perniagaan.


Filem

  1. Dayang Suhana (1977)
  2. Bintang Pujaan (1981)
  3. Bila Hati Telah Retak (1983) (Anugerah Pelakon Terbaik 1983 Festival Filem Malaysia ke-4 - Kuala Lumpur.)
  4. Di Ambang Kasih (1984)

Drama

  • Naik Tangga Turun Tangga