Pegawai memerintah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1: Baris 1:
[[File:Eisenhower d-day.jpg|thumb|275px|right|[[Jeneral]] [[Dwight D. Eisenhower]] berbual dengan [[askar payung terjun]] dari [[Rejimen Ke-502 Infantri (Amerika Syarikat)|Rejimen Ke-502 Infantri Para]] [[Tentera Darat Amerika Syarikat|Amerika]], sebahagian daripada [[Divisyen Ke-101 Airborne]], sejurus sebelum [[Pendaratan Normandy|pendaratan D-Day 6 Jun 1944]] semasa [[Perang Dunia II]].]]

'''Pegawai memerintah''' (commanding officer, singkatan '''CO''') ialah [[Pegawai (angkatan tentera)|pegawai]] yang [[Perintah dan kawal|memimpin]] sesebuah [[unit tentera]]. Secara tipikal, pegawai pemerintah mempunyai kuasa mutlak ke atas unit tersebut, dan biasanya diberi kebebasan untuk mengurus unit tersebut selagi mampu, asalkan dalam batas [[undang-undang tentera]]. Dalam hal ini, pegawai pemerintah mempunyai tanggungjawab yang penting (sebagai contoh, penggunaan tenaga, kewangan, kelengkapan, [[Konvensyen Geneva]]), tugas-tugas (bagi pihak yang berjawatan lebih tinggi, keberkesanan misi, [[tugas rawatan]] kepada anggota) dan kuasa (sebagai contoh, disiplin dan [[hukuman]] ke atas anggota mengikut had-had tertentu undang-undang tentera).
'''Pegawai memerintah''' (commanding officer, singkatan '''CO''') ialah [[Pegawai (angkatan tentera)|pegawai]] yang [[Perintah dan kawal|memimpin]] sesebuah [[unit tentera]]. Secara tipikal, pegawai pemerintah mempunyai kuasa mutlak ke atas unit tersebut, dan biasanya diberi kebebasan untuk mengurus unit tersebut selagi mampu, asalkan dalam batas [[undang-undang tentera]]. Dalam hal ini, pegawai pemerintah mempunyai tanggungjawab yang penting (sebagai contoh, penggunaan tenaga, kewangan, kelengkapan, [[Konvensyen Geneva]]), tugas-tugas (bagi pihak yang berjawatan lebih tinggi, keberkesanan misi, [[tugas rawatan]] kepada anggota) dan kuasa (sebagai contoh, disiplin dan [[hukuman]] ke atas anggota mengikut had-had tertentu undang-undang tentera).



Semakan pada 14:51, 25 September 2017

Jeneral Dwight D. Eisenhower berbual dengan askar payung terjun dari Rejimen Ke-502 Infantri Para Amerika, sebahagian daripada Divisyen Ke-101 Airborne, sejurus sebelum pendaratan D-Day 6 Jun 1944 semasa Perang Dunia II.

Pegawai memerintah (commanding officer, singkatan CO) ialah pegawai yang memimpin sesebuah unit tentera. Secara tipikal, pegawai pemerintah mempunyai kuasa mutlak ke atas unit tersebut, dan biasanya diberi kebebasan untuk mengurus unit tersebut selagi mampu, asalkan dalam batas undang-undang tentera. Dalam hal ini, pegawai pemerintah mempunyai tanggungjawab yang penting (sebagai contoh, penggunaan tenaga, kewangan, kelengkapan, Konvensyen Geneva), tugas-tugas (bagi pihak yang berjawatan lebih tinggi, keberkesanan misi, tugas rawatan kepada anggota) dan kuasa (sebagai contoh, disiplin dan hukuman ke atas anggota mengikut had-had tertentu undang-undang tentera).

Di beberapa negara, pegawai pemerintah mungkin daripada kalangan mana-mana pangkat bertauliah; biasanya jawatannya lebih tinggi berbanding yang sedia ada. Masa yang dihabiskan semasa memerintah ialah aspek utama untuk kenaikan pangkat. Hal ini membuktikan bahawa seorang pegawai pemerintah adalah sangat dihargai. Secara teorinya, hanya pegawai terbaik yang mendapat nama. Pegawai pemerintah selalunya dibantu oleh seorang pegawai eksekutif (XO) atau penolong pegawai pemerintah (2i/c) yang mengurus hal ehwal harian anggota dan seorang penasihat tanpa tauliah kanan. Unit yang lebih besar juga mempunyai pegawai staf dengan pelbagai tanggungjawab.

United Kingdom, Kanada dan Australia

Tentera Darat

Dalam Tentera Darat British, Marin Diraja dan lain-lain tentera Komanwel dan organisasi separa tentera, pegawai pemerintah sesebuah unit adalah melalui lantikan. Oleh itu, jawatan CO adalah suatu pelantikan. Jawatan Pegawai Pemerintah ialah eksklusif bagi komander unit-unit utama (Rejimen, Batalion, dan unit-unit bersaiz sama). Ia menjadi adat bagi pegawai pemerintah untuk memegang pangkat Leftenan Kolonel dan beliau biasanya dirujuk dalam unit sebagai "Kolonel" atau lebih dikenali CO. "Kolonel" biasanya merupakan pelantikan kehormat pegawai kanan yang menyelia hal ehwal bukan operasi rejimen. Walau bagaimanapun, pangkat penyandang jawatan dan pemegang jawatan ialah berasingan. Tidak semua Leftenan Kolonel adalah CO walaupun kebanyakan CO adalah Leftenan Kolonel.

Sub-sub unit seperti Kompeni, Skuadron dan Bateri, dan formasi-formasi (briged, divisyen, kor dan tentera darat medan) tidak mempunyai Pegawai Pemerintah. Pegawai yang memerintah sesuatu sub unit dipanggil "Pegawai Pemerintah" atau "OC" (Officer Commanding), sebagai contoh Pegawai Pemerintah Kompeni Ke-7 Armor. Formasi yang lebih tinggi mempunyai Panglima atau Jeneral Pemerintah (GOC-General Officer Commanding), sebagai contoh Panglima 7 Divisyen Armor. Markas pemerintahan kawasan mempunyai Panglima Besar (C-in-C Tentera Darat; C-in-C Tentera British Rhine). OC subunit lazimnya berpangkat Mejar, walaupun sekali lagi pangkat penyandang jawatan dan pemegang jawatan adalah berasingan dan bebas daripada satu sama lain.

Dalam beberapa kes, unit-unit bebas yang lebih kecil daripada sub-unit, contohnya suatu platun Polis Tentera yang bertanggungjawab terus kepada formasi seperti briged, juga akan mempunyai OC yang dilantik. Dalam kes ini, pegawai pemerintah boleh menjadi kapten atau leftenan.

Jawatan seperti CO dan OC mungkin mempunyai kuasa tertentu yang boleh dikaitkan dengan mereka. Sebagai contoh, mereka mungkin mempunyai kuasa berkanun untuk menaikkan pangkat askar atau untuk menangani kesalahan tatatertib tertentu dan menjatuhkan hukuman tertentu. CO unit mempunyai kuasa untuk menghukum pesalah dengan 28 hari penahanan, manakala OC daripada sub-unit mungkin mempunyai kuasa untuk menghukum pesalah dengan 3 hari sekatan keistimewaan.

Unit yang lebih kecil daripada sub-unit, iaitu Platun, Trup dan Seksyen bukanlah pelantikan yang khusus serta spesifik. Hanya pegawai atau PTT (Pegawai Tanpa Tauliah) yang boleh mengisi kedudukan itu dan dirujuk sebagai ketua. Contohnya. Ketua Platun, Ketua Trup, Ketua Seksyen dan lain-lain.

Tentera Udara Diraja

Dalam Tentera Udara Diraja, jawatan Pegawai Pemerintah diserahkan kepada pemimpin Pangkalan RAF atau pemimpin unit-unit bebas. Sama seperti Tentera Darat British, jawatan komander sebuah unit kecil seperti pentadbiran Wing, Skuadron atau Flight dirujuk sebagai Officer Commanding (OC).

Tentera Laut Diraja

Dalam Tentera Laut Diraja pula, Pegawai Pemerintah ialah gelaran rasmi bagi pemimpin sesebuah kapal, unit atau pangkalan. Namun, mereka dirujuk sebagai "Kepten" tanpa mengira pangkat sebenar mereka atau "Nakhoda" ataupun "Juragan" secara tidak rasmi.

Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, status Pegawai pemerintah sewajarnya digunakan untuk semua pegawai bertauliah yang memegang kuasa yang sah ke atas unit tentera, kapal, atau pangkalan.

Tentera Darat

Pegawai pemerintah Kompeni, biasanya berpangkat Kapten, dirujuk sebagai Ketua Kompeni (atau Ketua Bateri/Trup bagi Artileri/Kavalri). Pegawai Pemerintah Batalion (atau Skuadron Kavalri), biasanya berpangkat Leftenan Kolonel. Pegawai Pemerintah Briged, samada berpangkat Kolonel atau Brigedier Jeneral, dipanggil sebagai Komander Briged. Pada peringkat Divisyen dan keatas, bagaimanapun, pegawai pemerintah disebut sebagai Panglima, kerana pegawai-pegawai ini memegang pangkat Jeneral.

Walaupun memegang pemerintahan dalam erti kata yang sama seperti pegawai-pegawai lain, individu yang bertanggungjawab bagi sesebuah Platun, unit terkecil askar yang diketuai oleh seorang pegawai bertauliah, lazimnya berpangkat Leftenan Muda, adalah dirujuk sebagai Ketua Platun, bukannya komander platun. Pegawai ini berkuasa keatas orang bawahannya tetapi tidak mempunyai banyak tanggungjawab pemerintahan yang hanya ada pada orang atasan. Sebagai contoh, ketua platun tidak boleh mengeluarkan arahan menghukum tanpa bicara.

Pegawai tanpa tauliah boleh dikatakan menjaga unit-unit kecil tentera yang tertentu. Mereka tidak boleh, bagaimanapun, memegang tampuk pemerintahan kerana kekurangan kuasa yang diberikan oleh ketua negara untuk berbuat demikian.

Pegawai Waran dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat adalah pegawai berprestasi baik yang boleh, dan sekali-sekala, memegang posisi pemerintahan dalam unit khusus tertentu, seperti Pasukan elit dan Pasukan Udara Tentera Darat. Walau bagaimanapun, pegawai waran biasanya tidak memerintah jika pegawai bertauliah ada; lazimnya mereka bertugas sebagai Pegawai Eksekutif (Penolong Pegawai Pemerintah).

Tentera Udara

Dalam Tentera Udara Amerika Syarikat, pegawai memerintah sesebuah unit adalah juga dirujuk sebagai komander unit, seperti komander Skuadron, komander Grup, komander Wing, dan seterusnya.

Tentera Laut

Dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, pegawai Pemerintah ialah gelaran rasmi bagi komander sesebuah kapal, tetapi beliau biasanya dirujuk sebagai "Kepten" tanpa mengambil kira pangkat sebenarnya, atau secara rasmi dirujuk sebagai "Nakhoda".

Lihat juga