Kris (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 175.139.186.66 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 60.52.62.239
Baris 20: Baris 20:
|Past_members =[[Abdul Halim bin Bukhari|Abdul Halim bin Bukhari (Alim)]] - Vokal
Mukhris bin Abdul Talib (Boy) - Gitar
Musa bin Mohamed Taib (Lomaq) - Bass
Abdul Hamid bin Sahlan (Joey) - Drum
|Past_members =[[Abdul Halim bin Bukhari|Abdul Halim bin Bukhari (Alim)]] - Vokal
Mukhris bin Abdul Talib (Boy) - Gitar
Musa bin Mohamed Taib (Lomaq) - Bass
Abdul Hamid bin Sahlan (Joey) - Drum

Kris come back. Kris ingin gegarkan kembali dan taruhan lagu-lagu bermelodikan rock & blues pada era ini. Kini mereka masih lagi memilih lagu-lagu yang bersesuaian dengan konsep. Manakala lagu balada rock tetap menjadi agenda utama untuk mengekalkan Kris tetap dengan cara mereka. Dengan kehadiran composer-composer ternama dan yang baru juga turut melamar Kris bagi mempertaruhkan lagu-lagu ciptaan mereka.

Kumpulan '''Kris '''merupakan sebuah kumpulan [[Muzik rock|rock]] yang pernah aktif di [[Malaysia]] pada awal dekad [[90-an]]. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu [[Sejarah_Ringkas_Rock_Malaysia|rock]] [[Melayu]].
Kumpulan '''Kris '''merupakan sebuah kumpulan [[Muzik rock|rock]] yang pernah aktif di [[Malaysia]] pada awal dekad [[90-an]]. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu [[Sejarah_Ringkas_Rock_Malaysia|rock]] [[Melayu]].
Baris 37: Baris 35:
# Abdul Hamid bin Sahlan (Joey) - dram (bekas pemain dram [[Kumpulan Mega]])
# Abdul Hamid bin Sahlan (Joey) - dram (bekas pemain dram [[Kumpulan Mega]])

Kumpulan Kris berasal dari negeri [[Johor]]. Namun begitu hanya vokalisnya, Alim berasal dari negeri [[Ipoh Perak Darul Ridzuan|Perak]].
Kumpulan Kris berasal dari negeri [[Johor]]. Namun begitu hanya vokalisnya, Alim berasal dari negeri [[Perak Darul Ridzuan|Perak]].

== Diskografi ==
== Diskografi ==

Semakan pada 08:45, 6 Oktober 2017

Kris
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1990 - 1995
Syarikat rakaman
Luncai Emas Sdn. Bhd.
LIFE Records
Pengkarya berkait
M. Nasir, Hattan
Bekas ahliAbdul Halim bin Bukhari (Alim) - Vokal
Mukhris bin Abdul Talib (Boy) - Gitar
Musa bin Mohamed Taib (Lomaq) - Bass
Abdul Hamid bin Sahlan (Joey) - Drum

Kumpulan Kris merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada awal dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Sejarah

Kumpulan ini ditubuhkan sekitar tahun 1990 dan merupakan anak didik komposer terkenal M. Nasir. Nama asal Kris ialah Rajawali tetapi ditukar setelah terdapat sebuah kumpulan rock lain yang terlebih dahulu menggunakan nama tersebut.

Kemunculan mereka di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan Dinamik, WOWBlackroseDamasutra dan Laksamana. Berbekalkan lagu berhantu Tiara, Kris tidak mengambil masa yang lama untuk menempa populariti. Dalam masa yang singkat mereka berjaya menempatkan diri sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock yang sedia ada.

Anggota kumpulan

Kumpulan Kris terdiri dari :-

1. Abdul Halim bin Bukhari (Halim, Alim) - vokal
2. Mukhris bin Abdul Talib (Boy) - gitar
3. Musa bin Mohamed Taib (Lomaq) - bass (bekas pemain bass Kumpulan Mega)
4. Abdul Hamid bin Sahlan (Joey) - dram (bekas pemain dram Kumpulan Mega)

Kumpulan Kris berasal dari negeri Johor. Namun begitu hanya vokalisnya, Alim berasal dari negeri Perak.

Diskografi

Tiara (1991)

1. Dilema Orang Kita (Yan/Ram Ghazali)
2. Tiara (M.Nasir)
3. Bidaian Selut (Aznan Alias/Sani Sudin)
4. Penjara (Hattan/Nasir Jani)
5. Kelip Kelip Dihembus Angin (Jai Mohd/Loloq)
6. Hidup Berjudi (Aznan Alias/Bob)
7. Persoalan Jiwa (Hattan/Siso)
8. Tiara (instrumental) (M.Nasir)
9. Melawan Emosi Diri (Wan Zul/Azam Dungun)
10. Menanti (Jai Mohd/Usop)

Penerbit: M. Nasir

Ratna (1993)

1. 3 Kali Putus Cinta (Kris/Loloq)
2. Lagu Cenderawasih (M.Nasir/Nurbisa)
3. Michelle (Hattan/Nurbisa)
4. Muka Silver (Kris/Boy/Rosli Ali)
5. Apa Kau Mahu (Kris/Boy/Rosli Ali)
6. Ratna (M.Nasir)
7. Papa Mama (M.Nasir)
8. Mat Dispatch [Tentang Dunia Kurang Ajar] (M.Nasir)
9. Syurga Jambul Terbakar (Kris/Nasir Jani)
10. Misteri Kasih (Hattan/Abdi)

Penerbit: M. Nasir/Hattan

Revival of the Forgotten Rock Kapak (2012)

Kedua-dua album Kris telah dikeluarkan semula oleh LIFE Records bagi membolehkan peminat-peminat memiliki semula koleksi lagu-lagu mereka selepas 20 tahun.

Anugerah/Pencapaian

Album pertama Kris yang meletup dengan lagu Tiara telah terjual melebihi 110,000 unit sekaligus menempatkan mereka sebagai salah satu kumpulan rock baru yang paling popular ketika itu. Manakala album kedua telah mencatat jualan sekitar 50,000 unit. Pencapaian ini dianggap hebat bagi sebuah kumpulan yang baru muncul dengan satu album.

Kejayaan tertinggi Kris ialah di Juara Lagu 1991 di mana lagu Tiara telah membolot tiga hadiah iaitu Lirik Terbaik, tempat ketiga Persembahan Terbaik dan tempat ketiga Juara Lagu. Lagu ini masih kekal diminati sehingga sekarang.

Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1991 yang berlangsung pada awal tahun 1992 telah menyenaraikan Kris sebagai salah satu finalis Top 5 kategori Penyanyi Berkumpulan Popular. Kategori tersebut bagaimanapun dimenangi oleh kumpulan Iklim.

Manakala Anugerah Industri Muzik (AIM) edisi pertama pada tahun 1993 turut menyenaraikan muzik video lagu dari album kedua Kris, Lagu Cenderawasih yang dibintangi pelakon Sharifah Haslinda dalam kategori Video Muzik Terbaik. Kategori tersebut dimenangi oleh muzik video lagu dari kumpulan Spring berjudul Sampai Hati.

Rujukan