Siti Fazurina: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 90: Baris 90:
[[Kategori:Orang hidup]]
[[Kategori:Orang hidup]]
[[Kategori:Kelahiran 1982]]
[[Kategori:Kelahiran 1982]]
[[Kategori:Pelakon wanita Malaysia abad ke-21]]
[[Kategori:Orang dari Kedah]]

Semakan pada 07:28, 10 Oktober 2017

Siti Fazurina
Kelahiran
Siti Fazurina Mohd Famir

(1982-06-09) 9 Jun 1982 (umur 41)
PekerjaanPelakon
Pelawak,
Pengacara
Tahun aktif2004 - Kini
PasanganHykal Zulkifli (berkahwin 2013)

Siti Fazurina Mohd Famir ( lahir pada 9 Julai 1982) atau lebih dikenali sebagai Siti Fazurina merupakan pelakon wanita dan pengacara dari Malaysia . Beliau berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Beliau juga sibuk menguruskan perniagaan busana Muslimah, Nina Fazurina Collection dan jual kek serta biskut, Nina Fazurina Cakes & Cookies. [1]

Kerjaya

Beliau mula bergiat aktif di dalam industri lakonan TV setelah bergelar finalis pertandingan Dewi Remaja 2002/2003 ketika berusia 21 tahun. Nama Fazurina mula meniti bibir peminat apabila membintangi sitkom Puteri pada tahun 2005 memegang watak gadis keletah dan sengal bernama Anita. Bakatnya dicungkil penerbit dan pengarah sitkom tersebut iaitu Aziz M. Osman. Beliau menyertai barisan pelakon sitkom itu sehingga musim ke empat.

Pada tahun 2005, siri komedi Dunia Anita diterbitkan oleh Aziz sebagai spin-off kepada sitkom tersebut setelah watak Anita boleh dibangunkan dengan siri sendiri. Menerusi Dunia Anita, Fazurina terus dikenali sebagai pelakon komedi remaja yang menampilkan lakonan memberangsangkan. Beliau sering digandingkan dengan pelawak Zul Yahya bermula dengan siri tersebut hinggalah ke beberapa siri TV lain selepas itu seperti Misi Betty pada 2011. Siri komedi lain lakonannya yang tidak kurang popular adalah Kelab Jeng Jeng.

Di layar perak Fazurina membintangi filem-filem komedi seperti Senario XX bergandingan bersama Saiful Apek, Estet arahan Mamat Khalid dan Baik Giler bersama Zizan Razak. Selain itu beliau juga berkemampuan membawa watak-watak dramatik seperti wataknya dalam siri TV Biarlah Rahsia dan Trilogi Cinta bersama Rosyam Nor.

Pada tahun 2017, Fazurina akan membintangi telefilem bertajuk Kalbu Pun Berzikir yang bakal ditayangkan di Astro Citra & Astro Mustika HD pada tarikh 26 Februari 2017.

Kehidupan Peribadi

Fazurina merupakan anak jati Sungai Petani, Kedah biarpun beliau dilahirkan Hospital Besar Kuala Lumpur Merupakan. Anak kedua daripada lima beradik ini mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Dan Menengah Father Barre's Convent Sg.Petani Kedah. Beliau memegang Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Kolej Shahputra. Beliau juga telah berkahwin dengan Mohamad Hykal Zulkifli.[2]

Filmografi

Siri Komedi

  1. Puteri (2005- 2006)
  2. Dunia Anita (2005 - 2009)
  3. Kelab Jeng Jeng (2009 - 2010)
  4. Ceplos
  5. Misi Betty (2011)

Siri TV

  1. Biarlah Rahsia(2006)
  2. Cinta Rahsia (2007)
  3. Trilogi Cinta (2011)
  4. Hana (2013)
  5. Miss Kapten Cikgu Waiz (2017)

Telefilem

  1. Relung Kasih
  2. Pusara Ku Pelamin Ayah
  3. Ingin Terbang Jauh
  4. Bunga Terakhir
  5. Stok Lama
  6. Selangkah Ke Syurga
  7. Perigi Kontang
  8. Pendekar Latido
  9. Duda Berhias
  10. Cheongsam Untuk Ibu
  11. Bas Raya
  12. Tipah Torpedo
  13. Gurukah Aku
  14. Kalbu Pun Berzikir (2017)
  15. Huru Hara Raya (2017)

Filem

  1. Senario XX (2005)
  2. Estet (2010)
  3. Hantu Bukit Cina (2011)
  4. Baik Giler (2012)

Pengacaraan

  1. Sarapan Apa (RTM)

Komersial

  1. Iklan :- Telekom Olympic

Pencapaian

  • Finalis Dewi Remaja 2002-2003
  • (Pencalonan) Anugerah Bintang Baru Pantene 2005 - Anugerah Skrin 2005

Rujukan

Pautan Luar