Malay Film Productions: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
→‎Pengarahan filem: Tidak terkenal.
Baris 42: Baris 42:
*[[S. Ramanathan]]
*[[S. Ramanathan]]
*[[L. Krishnan]]
*[[L. Krishnan]]
*[[KRS Shastry]]
*KRS Shastry
*[[Phani Majmudar]]
*[[Phani Majmudar]]
*[[Kidar Sharma]]
*Kidar Sharma
*[[Dhiresh Ghosh]]
*Dhiresh Ghosh
*[[K. M. Basker]]
*[[K. M. Basker]]
*[[B.N. Rao]].<ref name="Pengarahan Filem" />
*[[B.N. Rao]].<ref name="Pengarahan Filem" />

Semakan pada 01:50, 13 Oktober 2017

Malay Film Productions Ltd.
Jenis/bentuk sahPersendirian
IndustriPerfileman
Ditubuhkan1937; 87 tahun yang lalu (1937)
Pengasas
Dibubarkan1967; 50 tahun yang lalu
NasibDitutup
Ibu pejabatNo. 8, Jalan Ampas, Off Balestier Road, Singapura
Kawasan perkhidmatan
  • Singapura
  • Malaysia
Tokoh penting
Hasil pengeluaran159 buah filem
Perkhidmatan
  • Penggambaran filem
  • Penulisan skrin
  • Penyuntingan filem
Syarikat indukShaw Brothers
Tapak webwww.shaw.sg
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Malay Film Productions Ltd. (atau MFP; juga dikenali sebagai Studio Jalan Ampas) merupakan sebuah syarikat dan studio perfileman yang terletak di Jalan Ampas, Singapura. Runme Shaw dan Run Run Shaw telah bertindak sebagai perancang utama bagi penubuhan studio ini. Syarikat ini telah menghasilkan sebanyak 159 buah filem bermula daripada penubuhannya hinggalah tahun 1967.[1]

Sejarah

Penubuhan dan perkembangan

Runme Shaw dan Run Run Shaw telah membuat studio filem mereka sendiri pada tahun 1937. Mereka juga telah menghasilkan sebanyak empat filem berbahasa Melayu. Antara filem yang sempat dibuat sebelum peperangan bermula ialah Ibu Tiri, Mutiara, Bermadu, Tiga Kekaseh, Hanchor Hati, Terang Bulan di Malaya dan Mata Hantu.[1]

Pembikinan filem Toping Saitan telah terganggu berikutan Perang Dunia Kedua. Studio ini telah dirampas semasa pendudukan Jepun. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, mereka telah membelanjakan sebanyak $1,000,000 untuk membina semula kemudahan studio. Studio filem yang terbaru telah dinamakan sebagai Malay Film Productions. Tempatnya beralamat No. 8, Jalan Ampas, Off Balestier Road, Singapura.[1]

Mereka telah menghasilkan filem pertama selepas perang Singapura di Waktu Malam pada tahun 1947. Filem berunsur komedi dan drama ini diarahkan oleh B. S. Rajhans dan menampilkan Siput Sarawak dan Bakhtiar Affendi sebagai pelakon utama. Filem ini telah ditayangkan di pawangam Alhambra di Singapura pada 15 November 1947.[1]

Pengarahan filem

Pada mulanya, mereka menggunakan orang Cina untuk menjadi pengarah dalam pembuatan filem-filem Melayu. Kemudian, mereka menggantikan pengarah Cina dengan pengarah India kerana gaya pengarahan dari mereka cenderung kepada orang Melayu. Orang Melayu juga menggemari filem-filem India kerana kedua-dua bangsa tersebut boleh dihubung kaitkan dengan plot serta budaya masing-masing. Selain itu, lagu Bollywood dan gaya tarian dalam filem Melayu bukan hanya dinikmati oleh orang Melayu bahkan kepada kebanyakan orang Cina dari Singapura. Mereka juga mempunyai beberapa barisan pengarah India yang kukuh untuk dua dekad seterusnya seperti yang dikenali dalam pengarahan filem Melayu antaranya: -

B. S. Rajhans telah meneruskan kejayaannya dengan filem-filem hit untuk empat tahun seterusnya. Antara filem tersebut termasuklah Chempaka (1947), Pisau Berachun (1948) dan Chinta (1948). Dalam filem Chinta, beliau telah memberikan watak penjahat kepada seorang pemuda yang tidak dikenali yang ditemui pada festival muzik di Bukit Mertajam. Seorang penyanyi latar belakang yang berusia 19 tahun ini telah menyediakan vokal untuk watak utama S. Roomai Noor yang pada akhirnya menjadi legenda pada zamannya. Pemuda tersebut adalah P. Ramlee.[2]

Zaman kejatuhan

Malay Film Productions Ltd. hanya bertahan untuk 20 tahun selepas penghasilan filemnya yang pertama pada tahun 1947. Faktor utama yang membawa kepada kegagalan industri filem Melayu bermula pada lewat 1960-an. Antaranya ialah kemunculan televisyen hitam dan putih sebagai hiburan alternatif. Selain itu, kemasukan filem asing yang berwarna Indonesia, Hong Kong dan Hollywood juga telah menjadi penyumbang utama kepada kejatuhan studio ini. Di samping itu, perpindahan P. Ramlee dari Jalan Ampas untuk menyertai Merdeka Film Productions telah mengurangkan peranan Singapura sebagai sebuah pusat perfileman.[1]

Studio tersebut yang terletak di Jalan Ampas telah ditutup pada tahun 1967. Semasa zaman kegemilangannya, studio ini telah menghasilkan sebanyak 159 buah filem. Filem terakhir yang dikeluarkan oleh studio tersebut ialah Raja Bersiong yang dikeluarkan pada tahun 1968 hasil arahan Jamil Sulong.[1]

Filemografi

Fail:Jalan Ampas Studios March 2015.jpg
Malay Film Productions Ltd di Jalan Ampas pada Mac 2015

Berikut merupakan senarai filem terbitan MFP yang tidak lengkap dan akan ditambah dari semasa ke semasa.[3]

Bilangan Tajuk asal Tahun Pengarah Pelakon
1 A-Go-Go '67 1967 Omar Rojik Aziz Jaafar, Noor Azizah, Norma Zainal, Kuswadinata, S. Shamsuddin, Ibrahim Pendek
2 Abu Hassan Penchuri 1955 B.N. Rao P. Ramlee, Mariam Rahim, Mohd. Hamid, Nordin Ahmad, Daeng Idris, Malek Sutan Muda
3 Adek Ku 1956 B.N. Rao Ahmad Mahmud, Rosnani Jamil, Saloma, Haji Mahadi, Siti Tanjung Perak, Malik Sutan Muda, Omar Suwita, Mohd. Hamid
4 Ayer Mata 1953 K. M. Basker Ahmad Mahmud, Rosnani, Siti Tanjung Perak, Habibah
5 Aksi Kuching 1966 Omar Rojik Aziz Sattar, Zaiton Abdullah, Normadiah, M. Zain, S. Shamsuddin, Ahmad Daud
6 Ali Baba Bujang Lapok 1961 P. Ramlee P. Ramlee, Aziz Sattar, Normadiah, S. Shamsuddin, K. Fatimah, Ibrahim Pendek, M. Zain, Leng Hussein
7 Alladin 1952 B. S. Rajhans Ali Rahman, Mariam Rahim, Jaafar Shah
8 Aloha 1952 B. S. Rajhans Osman Gumanti, Mariam Rahim, P. Ramlee
9 Anak Buloh Betong 1966 S. Kadarisman Aziz Jaafar, Saadiah, Ahmad Mahmud, Rosnani, Normadiah, Haji Mahadi
10 Anak-ku Sazali 1956 Phani Majumdar P. Ramlee, Zaiton, Nordin Ahmad, Rosnani
11 Anak Pontianak 1958 Ramon A. Estella Jins Shamsuddin, Hashimah Yon, Dayang Sofia, S. Kadarisman
12 Anjoran Nasib 1952 B. S. Rajhans P. Ramlee, Mariam, Harun Omar, D. Harris, Saadiah, R. Azmi, Omar Rojik, Musalmah, Marliah, Saamah
13 Antara Dua Darjat 1960 P. Ramlee P. Ramlee, Saadiah, S. Kadarisman
14 Antara Senyum dan Tangis 1952 L. Krishnan P. Ramlee, Rokiah Jaafar, Musalmah, Siti Tanjong Perak, Harun Omar
15 Arjuna 1953 V. Girimaji Ahmad Mahmud, Rokiah Jaafar, Aziz Sattar, Aini Hayati, D. Harris, Mustarjo, Malik Sutan Muda, Raja Hamidah
16 Azimat 1958 Rolf Bayer Pancho Magalona, Saloma, Tita Doran, Ahmad Mahmud, Jins Shamsuddin, Salleh Kamil
17 Bakti 1960 L. Krishnan S. Roomai Noor, Kasma Booty, P. Ramlee, Siput Sarawak
18 Bapa Saya 1961 B. S. Rajhans A. R. Tompel, Neng Yatimah, Osman Gumanti, Rokiah Jaafar
19 Batu Belah Batu Bertangkup 1958 Jamil Sulong Aziz Jaafar, Zaiton, Neng Yatimah, Salleh Kamil, S. Kadarisman, Haji Mahadi, Rahmah Rahmat, Bat Latif, Hasnah Hassan
20 Filem Batu Durhaka 1962 Omar Rojik Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar, Sarimah, S. Kadarisman, Rahmah Rahmat, Seri Dewi, Malik Sutan Muda
21 Belantara 1957 S. Ramanathan Nordin Ahmad, Normadiah, Salleh Kamil, S. Shamsuddin, D. Idris, A. Rahman, Musalmah
22 Berdosa 1951 S. Ramanathan S. Roomai Noor, Rokiah Jaafar, Siput Sarawak, Yem
23 Bermadu 1940-42*[nota 1] Tidak diketahui Aman Belon, Yem, Tina, Habsah
24 Bernoda 1956 S. Ramanathan Yusof Latiff, Normadiah, Latifah Omar, S. Kadarisman, Nordin Ahmad, Siti Tanjung Perak
25 Bidasari 1965 Jamil Sulong Jins Shamsuddin, Sarimah, S. Kadarisman, Malik Sutan Muda, Habsah, Saamah, S. Shamsuddin, H. M. Bosra, Md. Rafee, Zahara Ahmad
26 Budi dan Dosa 1963 Jamil Sulong Jins Shamsuddin, Zaiton, Hashimah Yon, Haji Mahadi, Zainon Fiji, Kuswadinata
26 Bujang Lapok 1957 P. Ramlee P. Ramlee, Normadiah, S. Shamssudin, Aziz Sattar, Zaiton, Dayang Sofia
27 Chemburu 1953 S. Ramanathan Yusof Latiff, Rosnani, Mariani, Siti Tanjong Perak, Haji Mahadi
28 Chempaka 1948 B. S. Rajhans Salleh Ghani, Kasma Booty, Yem, Mariani, Suhara Effendi, Jaafar Wiryo
29 Chinta 1948 B. S. Rajhans S. Roomai Noor, Siput Sarawak, P. Ramlee
30 Dahaga 1966 Omar Rojik Aziz Jaafar, Sarimah, Norma Zainal, S. Shamsuddin, Malik Sutan Muda
31 Dandan Setia 1959 Dhiresh Ghosh Jins Shamsuddin, Saadiah, Aziz Jaafar, Normadiah, Rahmah Rahmat
32 Darah Muda 1963 Jamil Sulong Jins Shamsuddin, Sarimah, Salleh Kamil, Mariani, S. Kadarisman
33 Dayang Senandong 1965 Jamil Sulong Ahmad Mahmud, Sarimah, Haji Mahadi, Salleh Kamil, Habsah, Malek Sutan Muda, Ibrahim Pendek
34 Derita 1952 L. Krishnan Ali Rahman, Neng Yatimah, Mariam, A. Rahim
35 Dewi Murni 1950 B. S. Rajhans Osman Gumanti, Kasma Booty, D. Harris, A. R. Tompel
36 Doktor 1958 Phani Majumdar Aziz Jaafar, Zaiton, S. Kadarisman, Haji Mahadi
37 Dupa Cendana 1964 Ramon A. Estella Ahmad Mahmud, Saadiah, Mariani, Aziz Jaafar, S. Kadarisman
38 Empat Isteri 1955 B. S. Rajhans D. Idris, Normadiah, Saloma, Latifah Omar, Mariani, A. Rahim, Salleh Kamil
39 Gadis Peladang 1952 B. S. Rajhans Yusof Latiff, Neng Yatimah, Maria Menado, D. Harris, Omar Rojik, Salleh Kamil, Marliah
40 Gelora Hidup 1954 B.N. Rao Yusof Latiff, Rosnani, Muslamah, S. Kadarismah, Nordin Ahmad
41 Gerak Kilat 1966 Jamil Sulong Jins Shamsuddin, Sarimah, Salleh Kamil, Rahmah Rahmat, Ibrahim Bachik, Shariff Dol, Omar Suwita
42 Gergasi 1958 Dhiresh Ghosh Aziz Jaafar, Hashimah Yon, Rokiah Jaafar, Haji Mahadi, Aziz Sattar
42 Gerhana 1962 Jamil Sulong Ahmad Mahmud, Zaiton, Haji Mahadi, Rahmah Rahmat, Bat Latif, Saamah, Habsah
43 Hancur Hati 1940-42* Tidak diketahui Ahmad C. B., Rose Philipina, Habsah, Yem, Tina
44 Hantu Jerangkong 1957 Tidak diketahui Aziz Jaffar, S. Kadarisman
45 Hantu Kubor 1958 Tidak diketahui Aziz Jaffar, Hashimah Yon
46 Hati Iblis 1953 Tidak diketahui Tidak diketahui
47 Iman 1954 Tidak diketahui Saadiah, Ahmad Mahmud
48 Indera Bangsawan 1961 Dhiresh Ghosh Jins Shamsuddin, Kuswadinata, Saadiah, Sarimah, Haji Mahadi
49 Insan 1955 Tidak diketahui Tidak diketahui
50 Isi Neraka 1960 Tidak diketahui Tidak diketahui
51 Istana Impian 1953 Tidak diketahui Tidak diketahui
52 Jebak Maut 1967 Tidak diketahui Tidak diketahui
53 Jiwa Lara 1958 Tidak diketahui Tidak diketahui
54 Juwita 1951 S. Ramanathan P. Ramlee, Kasma Booty, A. Rahim, Daeng Harris, Salmah Ahmad
55 Kacha Permata 1966 Tidak diketahui Tidak diketahui
56 Kaki Kuda 1958 Tidak diketahui Tidak diketahui
57 Kaseh Sayang 1957 Tidak diketahui Tidak diketahui
58 Kaseh Tanpa Sayang 1963 Tidak diketahui Aziz Jaffar, Ahmad C
59 Kechewa 1954 Tidak diketahui Tidak diketahui
60 Kembali Sa-orang 1957 Tidak diketahui Tidak diketahui
61 Kembar 1950 Tidak diketahui Tidak diketahui
62 Kipas Hikmat 1955 Tidak diketahui Tidak diketahui
63 Lampong Karam 1967 Tidak diketahui Tidak diketahui
64 Lela Manja 1960 Jamil Sulong Aziz Jaffar, Normadiah, Saleh Kamil, Shariff Dol, Bad Latiff, Habibah
65 Lubalang Daik 1958 Tidak diketahui Tidak diketahui
66 Mambang Moden 1964 Tidak diketahui Tidak diketahui
67 Mas Merah 1961 Tidak diketahui Tidak diketahui
68 Masyarakat Pinchang 1958 Tidak diketahui Tidak diketahui
69 Matahari 1958 Ramon A. Estella Maria Menado, Ahmad Mahmud, Salleh Kamil, Omar Rojik
70 Megat Terawis 1958 S. Kadarisman Jins Shamsuddin, S. Kadarisman, Ahmad Mahmud, Salleh Kamil, Kemat Hassan, Rahmah Rahmat
71 Menyerah 1956 Tidak diketahui Tidak diketahui
72 Mogok 1957 K. M. Basker Salleh Kamil, Omar Rojik
73 Neracha 1963 Dhiresh Ghosh Jins Shamsuddin, Sarimah, Murni Sarawak
74 Norlela 1962 Tidak diketahui Tidak diketahui
75 Panji Semerang 1961 Omar Rojik Saadiah, Aziz Jaafar, Normadiah, S. Kadarisman
76 Pancha Delima 1957 P. Ramlee Jins Shamsuddin, Hashimah Yon, Udo Omar, Aini Hayati
77 Pembalasan 1950 L. Krishnan S. Roomai Noor, Siput Sarawak, Rokiah Jaafar
78 Penchuri 1956 Tidak diketahui Tidak diketahui
79 Permata Di Perlimbahan 1952 Haji Mahadi Nordin Ahmad, Maria Menado, Salmah Ibrahim
80 Pileh Menantu 1963 Omar Rojik M. Zain, Aziz Sattar, Sarimah, Salmah Ibrahim, Ahmad Nisfu, Udo Omar, Habsah
81 Pusaka Pontianak 1965 Ramon A. Estella Maria Menado
82 Putera Bertopeng 1957 L. Krishnan Latifah Omar, Normadiah, Ahmad Mahmud, Aziz Sattar
83 Putera Sangkar Maut 1960 Jamil Sulong Jins Shamsuddin, Saadiah
84 Puteri Gunong Banang 1959 Dhiresh Ghosh S. Kadarisman, Ahmad Mahmud, Kemat Hassan, Salleh Kamil, Sri Dewi, Hashimah Yon
85 Raja Laksamana Bentan 1959 Jamil Sulong Tidak diketahui
86 Rayuan Sukma 1951 Tidak diketahui P. Ramlee, S. Roomai Noor
87 Ribut 1956 K. M. Basker Ahmad Mahmud, Rosnani, Saadiah, Haji Mahadi
88 Saudagar Minyak Urat 1959 Ramon A. Estella S. Kadarisman, Normadiah, Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Aini Jasmin, Leng Hussain
89 Sengsara 1953 Tidak diketahui Tidak diketahui
90 Si Tanggang 1961 Jamil Sulong Jins Shamsuddin, Sarimah, Normadiah, A. Rahim
91 Siapa Besar 1964 Omar Rojik Aziz Sattar, Udo Omar, Zaiton, Noormadiah, Habsah
92 Singapura Dilanggar Todak 1962 Omar Rojik Shariff Dol, S. Kadarisman, Kemat Hassan, Kuswadinata, Hashimah Yon
93 Siti Muslihat 1962 Dhiresh Ghosh Ahmad Mahmud, Saadiah, Shariff Dol
94 Sri Andalas 1966 Tidak diketahui Tidak diketahui
95 Sumpah Wanita 1960 Omar Rojik Tidak diketahui
96 Tas Tangan Wanita 1952 L. Krishnan Osman Gumanti, M. Amin, Rokiah Jaafar, A. Rahim
97 Taufan 1957 T. C. Santos Ahmad Mahmud, Salleh Kamil, Zaiton, Mariani, Ibrahim Pendek, Aziz Sattar
98 Yatim Piatu 1952 B. S. Rajhans Saadiah, Rokiah Jaafar, Harun Salleh, Yusof Latiff
99 Labu Labi 1961 P. Ramlee P. Ramlee, M. Zain, Udo Omar, Mariani
100 Nasib Si Labu Labi 1962 P. Ramlee P. Ramlee, M. Zain, Udo Omar, Mariani

Catatan

  1. ^ *Kekurangan data untuk menentukan tahun keluaran secara tepat.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b c d e f "Malay Film Productions Ltd. (1947 - 1967)". Dicapai pada 9 Disember 2012.
  2. ^ a b "Malay Film Productions". Dicapai pada 9 Disember 2012.
  3. ^ Sharifah Zinjuaher H. M. Ariffin, Hang Tuah Arshad (1980). Sejarah Filem Melayu (The History of Malay Motion Pictures). Penerbitan Sri Sharifah.

Pautan luar