Subramaniam Sinniah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 46: Baris 46:
| footnotes =
| footnotes =
}}
}}
'''Tan Sri Dato' Subramaniam Sinniah''' (Tamil: சி. சுப்ரமணியம்) atau '''S. Subramaniam''' atau "Subra" adalah seorang [[ahli politik]] [[orang India Malaysia|India Malaysia]]. Beliau merupakan mantan timbalan presiden [[Kongres India Malaysia]] (MIC), sebuah parti komponen utama [[Barisan Nasional]] (BN). Beliau juga bekas ahli parlimen daripada [[Segamat]] dan mantan Timbalan Menteri.
'''Tan Sri Dato' Subramaniam Sinniah''' (Tamil: சி. சுப்ரமணியம்) atau '''S. Subramaniam''' atau "Subra" adalah seorang [[ahli politik]] [[orang India Malaysia|India Malaysia]]. Beliau merupakan mantan timbalan presiden [[Kongres India Malaysia]] (MIC), sebuah parti komponen utama [[Barisan Nasional]] (BN). Beliau juga bekas ahli parlimen daripada [[Segamat]] dan mantan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.


== Sejarah politik ==
== Sejarah politik ==

Semakan pada 10:08, 17 Oktober 2017

YBhg Tan Sri

S. Subramaniam

PSM
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Dalam jawatan
4 Mei 1995 – 26 Mac 2004
Didahului oleh Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Digantikan oleh S. Veerasingam
Anggota Parlimen
untuk Segamat
Dalam jawatan
1982–2004
Didahului oleh Lee San Choon
Digantikan oleh Subramaniam Sathasivam
Timbalan Presiden MIC
Dalam jawatan
12 Oktober 1979 – Jun 2006
Didahului olehSamy Vellu Sangalimuthu
Digantikan olehPalanivel Govin
Butiran peribadi
Lahir (1944-10-26) 26 Oktober 1944 (umur 79)
Parti politik BN-MIC
MIC (1964-kini)

Tan Sri Dato' Subramaniam Sinniah (Tamil: சி. சுப்ரமணியம்) atau S. Subramaniam atau "Subra" adalah seorang ahli politik India Malaysia. Beliau merupakan mantan timbalan presiden Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen utama Barisan Nasional (BN). Beliau juga bekas ahli parlimen daripada Segamat dan mantan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Sejarah politik

Ketika V. Manikavasagam menjadi presiden MIC, beliau memutuskan untuk memperkenalkan wajah-wajah baru ke dalam barisan kepimpinan. Ketika inilah Subramaniam, K. Pathmanaban, pemegang ijazah MBA dari Harvard, dan beberapa orang lain masuk ke arena politik menjadi pemimpin pelapis MIC dan menyokong Manickavasagam /Mereka masih muda, terdidik dan bercita-cita tinggi tapi tidak mempunyai pengalaman akar umbi.

Hal ini membuat Samy Vellu pening kepala kerana lima pemimpin ini berani menentang bekas presiden V. T. Sambanthan dan menyokong Manickavasagam menjadi presiden parti.

Subramaniam menjadi Setiausaha Agung MIC kerana dipilih langsung oleh Manickavasagam untuk menggantikan beliau. Namun, Samy Vellu menentangnya. Dalam pemilihan parti MIC 1977, Subramaniam mendapat sokongan 26 perwakilan untuk menjadi Naib Presiden MIC.

apabila Manickavasagam meninggal dinia secara tiba-tiba pada 12 Oktober 1979, Samy Vellu menjadi Presiden MIC. Pada 1981, Samy Vellu hampir-hampir menyingkirkan Subramaniam .

Subramaniam tidak mempunyai hubungan baik dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu. Subramaniam tidak dicalonkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004]] oleh Samy Vellu - tiga hari sebelum hari pencalonan. Menurut Samy Vellu, Subramaniam telah lama menjadiahli Parlimen, setiausaha parlimen dan timbalan menteri dan "sekarang giliran orang lain pula."

Subramaniam mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan MIC 2006 tetapi Samy Vellu berkeliling di seluruh Malaysia, berkempen bahawa Samy Vellu menyokong Datuk G. Palanivel. Dalam pemilihan 2006 , Samy Vellu kembali sebagai presiden MIC tanpa ditentang.Datuk G. Palanivel Subramaniam menjadi timbalan presiden.Akibatnya Samy Vellu kehilangan sokongan daripada masyarakat India. Tambahan pula etnik India daripada Hindraf mengadakan perhimpunan pada 25 November 2007 di Kuala Lumpur menuntut 18 perkara berhubung diskriminasi terhadap etnik India yang terpinggir selama 50 tahun sejak Malaysia merdeka. Ekoran itu, Samy Vellu kalah di Sungai Siput.

Hanya 3 daripada 9 calon MIC menang dalam PRU12 .Ini adalah kekalahan terburuk bagi MIC sejak parti itu ditubuhkan. Namun, Samy Vellu menyatakan bahawa beliau tidak bertanggungjawab atas kekalahan MIC. Menurut analisis politik Australia, masyarakat India Malaysia tidak menolak MIC tetapi hanya menolak Samy Vellu dan kroni-kroninya . Ramai ahli cawangan bersetuju bahawa Dato Subra boleh menyelamatkan MIC tetapi presiden enggan mengosongkan pos.

Ramai percaya Samy Vellu boleh memusnahkan MIC dan memimpin etnik India ke dalam perhambaan. Dato' Subra dipercayai akan membawa udara segar bagi pemuda MIC .Pengunduran SA Vickneswaran merupakan pukulan bagi Samy Vellu. Blog Dato Subra diadakan iaitu http://datosubra.com/ bagi membincangkan permasalahan masyarakat India Blog ini menerima respon yang sangat baik. Pemilihan presiden MIC 2009 diadakan pada 12 September dilihat sebagai pertarungan antara Dato Subra, Palanivel dan Sothinathan. Penganalisis berpendapat Samy Vellu menyokong Sothinathan agar sokongan terhadap Dato Subra berpecah dan Palanivel akan menang mudah. Dato Palanivel memenangi pos timbalan untuk kedua kalinya dengan majoriti tipis.

Kontroversi Maika

Hampir 900 pemegang saham Maika termasuk Subramaniam, Samy Vellu dan ahli parlimen M. Kulasegaran (DAP) menghadiri mesyuarat tahunan Maika Abdul Rashid, selaku CEO Maika sukar mengedalikan kerumitan Maika. Segolongan pelabur menyokong presiden MIC Samy Vellu dan yang lainnya menyokong Subramaniam. Para pemegang saham diminta untuk memilih resolusi termasuk menjual syarikat insurans, Oriental Capital Assurance Berhad (OCAB) pada harga RM129.8 juta.

Pengurusan Maika menyatakan bahawa penjualan Ocab akan membolehkan syarikat membayar hutang para pemegang saham yang ingin menarik pelaburan mereka. Subramania mengatakan dia tidak menentang penjualan Ocab tetapi mahu saham Maika masih ditangan masyarakayt India. Subramaniam kemudiannya mengemukakan laporan polis.

Rujukan