Perkumuhan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Lipasmalaya (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Lipasmalaya (bincang | sumb.)
Baris 54: Baris 54:
| Pengangkutan aktif
| Pengangkutan aktif
|}
|}
Komponen-komponen buangan tersebut terus mengalir dalam kapilari darah sehingga keluar ke [[vena renal]].


==Rembesan==
==Rembesan==

Semakan pada 06:39, 4 Disember 2007

Berikut adalah turutan proses perkumuhan (pengencingan):

Penapisan melampau

Penapisan melampau berlaku dalam kapsul Bowman di permulaan nephron. Darah yang mengandungi urea dan bahan yang tidak diperlukan mengalir ke dalam buah pinggang melalui arteri renal sebelum memasuki siratan kapilari yang dikenali sebagai glomerulus di dalam kapsul Bowman. Seterusnya, darah mengalir ke dalam arteriol aferen.

Disebabkan arteriol aferen mempunyai diameter yang lebih besar berbanding arteriol eferen, darah di dalam glomerulus berada di bawah tekanan hidrostatik yang sememangnya tinggi iaitu kira-kira 60 mmHg. Tekanan yang tinggi menyebabkan komponen-komponen buangan yang saiz molekulnya kecil melalui ke dalam glomerulus.

Komponen buangan Laluan Alasan
Komponen darah (kecuali sel darah, platelet dan protein plasma) Liang-liang dinding glomerulus Saiz molekulnya yang kecil
Komponen darah iaitu sel darah, platelet dan protein plasma serta komponen lain seperti air ,buangan bernitrogen (urea, asid urik dan kretinina), glukosa, amino asid and garam mineral terutama ion natrium (Na+) dan ion kalium (K+)) Kapsul Bowman Saiz molekulnya yang besar

Komponen buangan yang melalui kapsul Bowman yang telah ditapis keluar dari darah secara kolektifnya dikenali sebagai tapis glomerular.

Penyerapan semula

Penyerapan semula ialah pergerakan tapis glomerular dari tubul renal ke dalam kapilari darah yang terletak sekitar tubul (dikenali sebagai kapilari peritubular).

Bahan buangan berguna seperti air, glukosa, asid amino, ion natrium dan nutrien lain diserap semula ke dalam kapilari darah bermula dari proximal convoluted tubules dan diteruskan sehingga cecincin Henle, distal convoluted tubules dan tubul pengumpulan.

Komponen utama Laluan komponen sebelum diserap semula ke dalam darah Jumlah komponen yang diserap ke dalam kapilari darah Proses penyerapan semula ke dalam kapilari darah
Air Melalui proximal convulated tubules 85% - 95% Osmosis
Glukosa Melalui proximal convulated tubule #100% Pengangkutan aktif
Asid amino Melalui proximal convulated tubule ### Pengangkutan aktif
Ion sodium Melalui tiub bendalir Bergantung kepada jumlah garam mineral dalam darah Pengangkutan aktif

Komponen-komponen buangan tersebut terus mengalir dalam kapilari darah sehingga keluar ke vena renal.

Rembesan

Rembesan ialah proses di mana komponen-komponen buangan tersebut melalui ke dalam distal convulated tubule dan tubul pengumpulan dari kapilari darah yang mengelilingi tubul tersebut. Secara ringkas, rembesan merupakan pembalikan atau proses yang bertentangan dengan penyerapan semula.

Sel di dinding distal convulated tubules mampu menyerap sebilangan kecil komponen-komponen buangan dari kapilari darah dan merembeskannya ke dalam tubul. Komponen-komponen tersebut ialah tersebut ialah ion hidrogen (H+), ion kalium (K+), ammonia (NH2), buangan bernitrogen seperti kretinina dan dadah seperti penisilin sama ada melalui pengangkutan aktif atau resapan. Selepas proses tersebut, bendalir yang muncul dari duktus pengumpulan yang dipanggil urin.

Rujukan

Lihat juga