Hamengkubuwono X: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 106: Baris 106:
[[Kategori:Orang dari Yogyakarta]]
[[Kategori:Orang dari Yogyakarta]]
[[Kategori:Orang Jawa]]
[[Kategori:Orang Jawa]]
[[Kategori:Alumni Universiti Gadjah Mada]]

Semakan pada 02:47, 3 November 2017

Hamengkubuwono X
ꦯꦿꦶꦯꦸꦭ꧀ꦡꦟ꧀ꦲꦩꦼꦁ​ꦑꦸꦨꦮꦤ X
Ingkang Sinuwun Sri Sultan Hamengkubuwana X
Fail:Hamengkubuwono X.jpg
Raja Yogyakarta ke X
Raja Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat
Tempoh pemerintahan7 Mac 1989 - sekarang
Kemahkotaan1960
PendahuluSultan Hamengkubuwono IX
Pengganti (Raja muda)Gusti Kanjeng Ratu Mangkubumi, (seorang perempuan)
Jawatan lainGabenor Daerah Istimewa Yogyakarta
Nama lahirBendoro Raden Mas Herjuno Darpito
Tarikh lahir (1946-12-12) 12 Disember 1946 (umur 77)
Tempat lahirYogyakarta, Indonesia
Keputeraantes
(1946-12-12) 12 Disember 1946 (umur 77)
Yogyakarta
PermaisuriGusti Kanjeng Ratu Hemas
Anakanda
  • Gusti Raden Ayu Nurmalitasari
  • Gusti Raden Ayu Nurmagupita
  • Gusti Raden Ayu Nurkamnari Dewi
  • Gusti Raden AYu Nurabra Juwita
  • Gusti Raden Ayu Nurwijareni
Nama penuh
(Jawa): Ngarsa Dalem Sampeyan Dalem ingkang Sinuwun Kangjeng Sultan Hamengku Buwana Senapati-ing-Ngalaga Abdurrahman Sayidin Panatagama Khalifatullah ingkang Jumeneng Kaping Sadasa ing Ngayogyakarta Hadiningrat
KediamanKeraton Yogyakarta
AyahandaSultan Hamengkubuwono IX
AgamaIslam
TandatanganTandatangan Hamengkubuwono X

Hamengkubuwono X (diputerakan pada 2 April 1946) ialah sultan Kesultanan Yogyakarta serta seorang Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta.

Diputerakan dengan nama Bendoro Raden Mas Herjuno Darpito, Hamengkubuwono X digelar Pangeran Haryo (KGPH) Mangkubumi setelah dewasa dan digelar pula sebagai KGPAA Hamengku Negara Sudibyo Raja Putra Nalendra Mataram ketika diangkat sebagai putera mahkota. Baginda merupakan seorang lulusan Pusat Pengajian Undang-undang di Universiti Gadjah Mada dan dinobatkan sebagai raja pada 7 Mac 1989 (Selasa, Wage 19 Rajab 1921).

Sultan Hamengkubuwono X aktif dalam beberapa pertubuhan dan pernah memegang berbagai-bagai jawatan, antaranya Ketua Umum Kadinda Daerah Istimewa Yojyakarta (DIY), Ketua DPD Golkar DIY, Ketua KONI DIY, Dirut PT Punokawan, Presiden Komisar PG Madukismo, dan pada bulan Julai 1996 dilantik sebagai Ketua Kumpulan Ahli Gabenor DIY.

Selepas Paku Alam VIII mangkat pada 1998, Hamengkubuwono X dilantik sebagai Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta untuk penggal 1998-2003. Dalam tempoh jawatan ini, baginda tidak didampingi sebarang Timbalan Gabenor. Pada tahun 2003, Hamengkubuwono X dilantik semula sebagai Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta untuk penggal 2003-2008 dan buat kali ini, Paku Alam IX menjadi timbalannya.

Yogyakarta mengalami gempa bumi pada tempoh pimpinannya pada bulan Mei 2006. Kekuatan gempa bumi itu antara 5.9 - 6.2 pada Skala Richter mengorbankan lebih kurang 6,000 orang dan mencederakan puluhan ribu orang yang lain.

Saudara

Lihat juga

Pautan luar

Didahului oleh:
Hamengkubuwono IX
Raja Kesultanan Yogyakarta
1989-sekarang
Digantikan oleh:
penjawat kini
Didahului oleh:
Sri Paku Alam VIII
Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta
1998 – sekarang
Digantikan oleh:
penjawat kini