Reptilia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zwobot (bincang | sumb.)
k robot Adding: bg, cs, cy, es, he, ko, lb, li, lt, nds, pt, sl, uk, zh Modifying: de, fr, it, nl
Palica (bincang | sumb.)
k interwiki Adding: sk
Baris 41: Baris 41:
[[pt:Réptil]]
[[pt:Réptil]]
[[ru:Пресмыкающиеся]]
[[ru:Пресмыкающиеся]]
[[sk:Plaz]]
[[sl:Plazilci]]
[[sl:Plazilci]]
[[sv:Kräldjur]]
[[sv:Kräldjur]]

Semakan pada 15:03, 20 Ogos 2005

Reptilia tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan, mempunyai tulang belakang. Ciri-ciri haiwan reptilia adalah seperti berikut :-

  • Kulit bersisik kering.
  • Bernafas melalui peparu.
  • Biasanya bertelur dan telur bercangkerang keras.
  • Sesetengah reptilia mempunyai empat kaki dan sesetengah tiada kaki.
  • Berdarah sejuk (suhu badan berubah mengikut suhu persekitaran).

Contoh-contoh haiwan dari keluarga reptilia :-

Reptilia merupakan haiwan berdarah sejuk yang dibahagi kepada empat order yang masih hidup. Reptilia boleh di dapati diseluruh dunia dari kawasan padang pasir yang kering, di pusat bandar, sehingga beratus meter di dalam laut. Bagaimanapun reptilia tidak terdapat di kawasan kutub dan puncak gunung.

Disebabkan reptilia berdarah sejuk, mereka tidak dapat mengawal suhu badan mereka. Haiwan reptilia mempunyai kulit yang bersisik atau berketul yang terdiri daripada selaput bertulang atau bergading, mempunyai kaki yang pendek atau tidak mempunyai kaki langsung. Kebanyakan reptilia bertelur (oviparous), walaupun sesetengahnya adalah (ovoviviparous), menyimpan telur di dalam perut ibu sehingga menetas.

Telur reptilia mempunyai kuning telur berzat dan kulit telur yang kukuh seperti kulit. Pengeraman dilakukan dengan menggunakan haba tanah samada telur diramkan di dalam sarang seperti buaya, atau dalam tanah seperti penyu. Reptilia tidak mempunyai peringkat larva. seperti amphibia. Telur reptilia juga mempunyai kulit liat dan tidak diselaputi gel. Terdapat 5000-6000 spesies reptilia dalam empat order dan tiga sub-kelas.