Puteri Balqis: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zafrulzain (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 263: Baris 263:
| Farhana
| Farhana
| style="text-align:center;"|[[Astro Citra]]
| style="text-align:center;"|[[Astro Citra]]
|-
|2016
|Tangisan Izara
|Izara
|[[TV3]]
|}
|}



Semakan pada 15:51, 18 November 2017

Puteri Balqis
Fail:Puteri-Balqis-Pelakon-Wanita-Terbaik-Drama-2014.jpg
Puteri Balqis mengangkat trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014
Kelahiran
Puteri Balqis binti Azizi

(2007-04-12) 12 April 2007 (umur 17)
Nama lainAqish, Puteri Balqis Azizi
PekerjaanPelakon, model komersial
Tahun aktif2009–kini
Ibu bapaAzizi Aziz (bapa)
Norashikin Mohd. Aziz (ibu)

Puteri Balqis binti Azizi (lahir 12 April 2007) atau lebih dikenali sebagai Puteri Balqis merupakan seorang pelakon dan model komersial kanak-kanak Malaysia. Antara drama lakonannya ialah Gemilang, Bicara Hati, Pelarian dan Aduh Sayang. Melalui drama Pelarian, Aqish telah dicalonkan di Anugerah Skrin 2012 menerusi kategori Anugerah Artis Harapan Pantene dan Aqish telah memenangi anugerah tersebut. Ia merupakan satu penghormatan buat beliau apabila hampir keseluruhan drama tersebut telah diadaptasi Dari kisah hidup beliau sendiri.[1]

Kehidupan peribadi

Puteri Balqis dilahirkan pada 12 April 2007 di Kuala Lumpur, Malaysia kepada ibu bapanya, Azizi Aziz dan Norashikin Mohd Aziz. Balqis merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Beliau lebih mesra dengan panggilan Aqish di kalangan keluarganya.

Kerjaya

2009–2010: Permulaan kerjaya dan penglibatan awal

Bakat seni Puteri Balqis dikesan selepas beliau menjalani uji bakat ketika berusia dua tahun.[2] Semuanya bermula ketika ibubapanya dihampiri ejen uji bakat di Uptown Shah Alam di mana ibu bapanya berniaga di situ.[2] Selepas berjaya dalam uji bakat, Balqis terus ditawarkan menjadi pelakon tambahan dalam sebuah drama. Bakat beliau diwarisi daripada arwah datuknya, Mohd Aziz Arifin yang lebih dikenali sebagai Ken Arifin yang seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa zaman kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.[2]

Balqis juga memasang angan-angan untuk mencipta nama di Hollywood dan menjadikan bintang Hollywood terkenal iaitu Dakota Fanning dan Natalie Portman sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[2] Tidak ketinggalan, Tan Sri P. Ramlee. Pada masa sama, Balqis banyak berguru ilmu lakonan dengan barisan pelakon senior di lokasi seperti Erma Fatima dan Ellie Suriati.[2]

2011–2014: Kejayaan awal dan kemenangan anugerah

Balqis membuat kemunculan pertamanya di layar kaca pada 2011, dengan memegang peranan kecil dalam siri televisyen Gemilang lakonan Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Shahz Jaszle.

Selepas drama itu berakhir, pada 2012, beliau melakonkan peranan kecil sebagai Tengku Murni dalam drama Bicara Hati bersama pelakon utamanya, Sharnaaz Ahmad dan Cristina Suzanne Stockstill. Seterusnya, beliau melakonkan watak Zara dalam drama romantik TV3, Cinta Itu Milikku lakonan Fazren Rafi dan Emma Maembong.

Pada November 2012, menerusi watak Bobok lakonannya dalam telefilem Pelarian, Balqis memenangi Anugerah Skrin ke-16 menerusi Anugerah Bintang Harapan Pantene. Lakonannya sebagai Amira dalam telefilem penghargaan khas kepada P. Ramlee, Di Mana Kan Ku Cari Ganti di TV1 telah melayakkan Balqis menerima pencalonan bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah P. Ramlee yang julung kalinya diadakan pada tahun berikutnya.

Penampilan sulung Balqis di layar lebar hadir pada 2013 apabila beliau berlakon dalam filem aksi seni mempertahankan diri 1 Lawan Satu[3] arahan pelakon dan pengarah berkaliber Pierre Andre yang mana beliau memegang watak sebagai adik kepada Radhi lakonan Mikail Andre yang bernama Sara, yang sakit tenat akibat penyakit leukemia. Filem yang turut dibintangi oleh Azlan Komeng, Along Eyzendy dan Fyza Kadir ini ditayangkan pada 27 Jun 2013 [3] dan mendapat sambutan meskipun berdepan dengan kegagalan komersial.[3]

Pada Januari 2014, Balqis melakonkan watak dirinya sendiri dalam telefilem yang menggunakan namanya sebagai judul arahan pelakon veteran Erma Fatima, lakonan Nabila Huda dan Pekin Ibrahim yang bersiaran pada 19 Januari di TV3, telefilem ini melayakkan Balqis meraih kemenangan besar di Anugerah Skrin ke-18 bagi Pelakon Wanita Terbaik Drama.[4] Kemenangannya sekali gus memperlihatkan Balqis menjadi pelakon wanita termuda yang memenangi kategori berkenaan dan menewaskan nama besar dalam kategori tersebut iaitu Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin.[4][5] Di Anugerah Televisyen Asia 2014 yang diadakan di Singapura, Balqis memenangi[6] Pelakon Wanita Terbaik sekaligus turut mengalahkan finalis lain terutama aktres Joan Chen yang sudah lama mencipta nama dalam filem Hollywood seperti The Last Emperor dan Judge Dredd. Malah, kemenangannya turut membuka mata banyak pihak.[7]

2015–kini: Halfworlds dan perkembangan terkini

Pada 2015, Balqis menjadi pelakon kanak-kanak pertama yang menghiasi Slot Akasia TV3 menerusi drama Akulah Balqis arahan Pali Yahya.

Selepas memenangi Anugerah Televisyen Asia 2014 di Singapura, Balqis menerima tawaran dari HBO Asia[8][9] untuk membintangi drama fantasi Halfworlds[8] bersama beberapa pelakon yang terlibat termasuk Bront Palarae, dua pelakon Indonesia, Reza Rahadian dan Adinia Wirasti yang mana penggambarannya dijalankan di Thailand dan Indonesia,[8] Balqis melakonkan watak kanak-kanak perempuan buta yang bernama Tari, drama ini juga memerlukan beliau berkebolehan berbahasa Inggeris.[8][10][11][12]

Pada November 2016, filem kedua lakonannya, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! menemui penonton di pawagam, dalam filem terbitan bersama Les' Copaque Production dan KRU Studios, beliau melakonkan watak Aqish, seorang anak yatim piatu yang meminati Upin & Ipin.[13] Filem yang ditayangkan pada 24 November 2016 turut dibintangi oleh Awie, Remy Ishak, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Asyiela Putri sebagai Upin & Ipin.[14]

Pada 2 Disember 2016, Balqis berlakon di samping Janna Nick dan Raja Afiq dalam telefilem Tangisan Izara arahan Shuhaimi Lua Abdullah, yang mana beliau memegang watak Izara.[15]

Beliau diberikan peranan sebagai Aleya dalam siri televisyen Andainya Takdir lakonan bersama Shukri Yahaya dan Nina Iskandar arahan Along Kamaluddin yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 dari 29 Mei hingga 22 Jun 2017.[16]

Di dalam media

Pelakon Siti Elizad semasa ditemuramah oleh majalah Jelita, mengulas mengenai Balqis: "Saya senang bekerja dengan Balqis. Dia mempunyai bakat yang istimewa. Saya kagum dengan pelakon yang sangat muda seperti dia. Dia rajin bertanya dan pandai menjiwai watak. Dia bukan seperti kanak-kanak biasa. Dia komited dan serius ketika bekerja dan saya sendiri belajar sesuatu daripada Balqis."[17]

Filemografi

Kunci
Dramas that have not yet been released Menunjukkan filem yang belum lagi dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2013 1 Lawan Satu Sara MIG Production
2016 Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! Aqish Les' Copaque Production, KRU Studios
2017 Makrifat Cinta Ayesha Dhananwoodd Films Sdn. Bhd

Drama

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2011 Gemilang[18] Mia TV3
2012 Bicara Hati[19][20] Tengku Murni Astro Prima
Berlari Ke Bintang[21] Nur Faiza TV AlHijrah
Takdir Qismah[22] Anis TV3
Cinta Itu Milikku[23][24] Zara
Mencari Athirah Athirah (Kecil) TV1
Hanya Dengan Bismillah[25] Khalisha TV2
Kambingku Yaggy
2013 Dia Suamiku Aqish Astro Prima
2015 Dee The Series Astro Ceria
Akulah Balqis Balqis TV3
Halfworlds Tari HBO Asia
2017 Andainya Takdir Aleeya TV3

Telemovie

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2011 Di Sebalik Tirai Kasih TV9
Zuriat Yang Tercalar
Aduh Sayang Fatehah TV3
2012 Persona Grata Ain
Mr. Labuci Mimi
Pelarian Bobok
Mencari Nurfitri Nurfitri TV9
Tiada Raya Tahun Ini Balqis TV AlHijrah
Fajar Syawal Fateha TV2
Nur Ramadan Nur TV3
Kalut Raya TV AlHijrah
Anak Lorong Fara TV3
Dimana Kanku Cari Ganti Amira TV1
Aku Bukan Mashitah TV2
2013 Bintang Hati Umi TV9
Janji Bidadari TV3
Jangan Ganggu Aku
Jangan Lupa Tuhan
Poskad Dari Switzerland TV AlHijrah
Seringgit Kasorga Jamilah TV3
2014 Balqis Balqis TV3
Qish Qish Qish Qish Astro Ceria
2015 Tanah Kubur Ummah Jahiliah Aisyah Astro Oasis
Menuju Taubatan Nasuha Anum Astro Ria
2016 Kulit Farhana Astro Citra
2016 Tangisan Izara Izara TV3

Dokumentari

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
Tribute to Saloma Saloma Astro

Endorsmen

  • Nestle Susu Everyday
  • Courts Mammoth
  • Maxis MerdekaRaya

Anugerah dan pencalonan

Senarai anugerah dan penghargaan yang diterima oleh Puteri Balqis
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2012
Anugerah Skrin ke-16[26][27]
Anugerah Artis Harapan Pantene[28][29] Pelarian Menang
2013
Anugerah P. Ramlee[30]
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dimana Kanku Cari Ganti Tercalon
2014
Festival Filem Malaysia ke-26[31][32][33]
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik 1 Lawan Satu Tercalon
Anugerah Skrin ke-18[34][35][36]
Pelakon Wanita Terbaik Drama Balqis Menang
Anugerah Televisyen Asia ke-19[37][38][39][40][41][42]
Pelakon Wanita Terbaik Menang
Anugerah Melodi Galaksi Rap[43]
Artis Dinamik Tercalon
2015
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014
Artis Baru Wanita Popular Tercalon
Anugerah Melodi
Artis Dinamik Tercalon
2016
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016
Aktres Pilihan Akulah Balqis Tercalon
Anugerah Seri Angkasa
Pelakon Kanak Kanak TV Terbaik Hidupku Solatku Matiku Tercalon

Rujukan

  1. ^ Haryati Karim (6 November 2014). "Dunia pilihan Balqis". Kosmo!. Dicapai pada 6 November 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ a b c d e "Puteri Balqis, diintai produksi luar". Harian Metro. 17 Disember 2014. Dicapai pada 2 April 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ a b c Aksi 1 Lawan Satu. Kosmo!. 27 Jun 2013. Diperoleh pada 2 April 2014.
  4. ^ a b Aqmar Mustaza (9 November 2014). "Pelakon cilik Puteri Balqis, pecah rekod". Sinar Harian. Dicapai pada 3 April 2015.
  5. ^ Zaidi Mohamad (11 Disember 2014). "Puteri Balqis menang lagi". Berita Harian. Dicapai pada 3 April 2015.
  6. ^ "Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asia". Astro Awani. 12 Disember 2014. Dicapai pada 3 April 2015.
  7. ^ Mohammad Shamsul Abdul Ghani (12 Disember 2014). "Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asia". Sinar Harian. Dicapai pada 3 April 2015.
  8. ^ a b c d Zainal, Norhidayyu (5 November 2015). "Puteri Balqis dilamar HBO". Sinar Harian. Dicapai pada 3 April 2016.
  9. ^ Gun, Michelle (17 November 2015). "Puteri Balqis jadi anak terabai". Sinar Harian. Dicapai pada 3 April 2016.
  10. ^ Hon, Jin Yi (19 June 2015). "Cast of HBO Asia's new original series Halfworlds can't wait to 'kick a**'". TODAYonline. Dicapai pada 10 June 2016.
  11. ^ Simanjuntak, Tertiani ZB (25 July 2015). "'Halfworlds' goes the whole nine yards". The Jakarta Post. Dicapai pada 10 June 2016.
  12. ^ Ramli, Bibi Nurshuhada (22 October 2015). "Puteri Balqis wants to play a psycho". New Straits Times. Dicapai pada 10 Novemebr 2015. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  13. ^ Syanty Octavia Amry (19 November 2016). "Mimpi Puteri Balqis jadi kenyataan". Harian Metro. Dicapai pada 2016-12-06.
  14. ^ "#MOVIEREVIEW - UPIN DAN IPIN: JENG JENG JENG!". Dicapai pada 2016-12-06.
  15. ^ Nor Akmar Samudin (29 September 2016). "Pelakon baru taruhan Tangisan Izara". Harian Metro. Dicapai pada 24 Jun 2017.
  16. ^ "Andainya Takdir menyentuh hati". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 Jun 2017.
  17. ^ "Elizad Kagum Dengan Puteri Balqis". Jelita. 18 Mei 2016. Dicapai pada 3 April 2017.
  18. ^ Drama Gemilang Bakal Kalahkan Nur Kasih. Sensasi Selebriti (budiey). January 21, 2011. Retrieved November 12, 2012.
  19. ^ Drama Bicara Hati. Sensasi Selebriti (budiey). December 12, 2011. Retrieved November 12, 2012.
  20. ^ Gambar Sekitar Penggambaran Drama Bicara Hati. Beautiful Nara. October 8, 2011. Retrieved November 12, 2012.
  21. ^ Sinosis Drama Berlari Ke Bintang
  22. ^ Takdir Qismah 4 Petang Ini di TV3!. MIG Online. Julai 17, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  23. ^ Sekitar Pelancaran Drama Cinta Itu Milikku. Sensasi Selebriti (budiey). November 6, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  24. ^ 'Cinta Itu Milikku' Bakal Dapat Sambutan Penonton TV3. mStar Online. November 6, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  25. ^ Khianat seorang sahabat karib. Harian Metro. Jun 27, 2012.
  26. ^ Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2012. ohbulan!. November 9, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  27. ^ Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2012. Sensasi Selebriti (budiey). November 10, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  28. ^ Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2012. RotiKaya. Retrieved November 12, 2012.
  29. ^ Anugerah Skrin 2012: Senarai pemenang. Sinar Harian. November 9, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  30. ^ Senarai Pencalonan Awal Anugerah Tribute P.Ramlee. gua. 21 FEB 2013, 12:12PM.
  31. ^ Filem Penanggal & Sembunyi Dominasi Senarai Top 5 FFM 26. ROTIKAYA. 16 August 2014, 2:08PM.
  32. ^ Grand Brilliance Dominasi Pencalonan Filem Terbaik FFM26. SENSASI SELEBRITI. 19 AUG, 2014.
  33. ^ Filem 'Penanggal' dominasi pencalonan akhir FFM26. AWANI. Ogos 16, 2014 11:22 MYT.
  34. ^ Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2014. SENSASI SELEBRITI. 8 NOV, 2014.
  35. ^ Matahari Terbit Lagi Diumum Drama Terbaik ASK 2014. mStar. Sabtu, 8 November 2014 12:11 AM.
  36. ^ Keputusan Anugerah Skrin 2014. manggaOnline. November 8, 2014.
  37. ^ Puteri Balqis dicalon Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Award 2014. BH Online. KHAMIS, 13 NOVEMBER 2014 @ 11:07 PM.
  38. ^ All hail youngest Malaysian star, Puteri Balqis!. AWANI. December 12, 2014 12:26 MYT.
  39. ^ Puteri Balqis Conquers Asian Television With Latest Award. Malaysian Digest. Friday, 12 December 2014 13:53.
  40. ^ Seven-year-old Malaysian actress wins Asian television award. The Rakyat Post. Dec 13, 2014 12:07pm.
  41. ^ Singapore: Asian TV Awards Unveils 2014 Winners. The Hollywood Reporter. 12/11/2014 12:37pm.
  42. ^ Little 'princess' wins big at ATV 2014. AsiaOne Entertainment. Saturday, Dec 13, 2014.
  43. ^ Anugerah sensasi pilihan peminat. myMetro. Julai 4, 2014.

Pautan luar