Anwar Abdul Malik: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Baris 14: Baris 14:


==Petikan==
==Petikan==
Anak beliau, [[Zainah Anwar]] iaitu Pengarak Eksekutif ''[[Sisters in Islam]]'' (SIS) menyatakan Anwar sering menceritakan tentang bagaimana bosnya yang merupakan orang Inggeris bertanyakannya tentang apa yang dikecohkan selalu. Beliau membawanya ke berandah pejabat kerajaan Bukit Timbalan dan menunjukkannya:
Anak beliau, [[Zainah Anwar]] iaitu Pengarah Eksekutif ''[[Sisters in Islam]]'' (SIS) menyatakan Anwar sering menceritakan tentang bagaimana bosnya yang merupakan orang Inggeris bertanyakannya tentang apa yang dikecohkan selalu. Beliau membawanya ke berandah pejabat kerajaan Bukit Timbalan dan menunjukkannya:


<blockquote>"''You see that flag flying out there? That is the flag of Johor. Now you want to bring that down and replace it with the Union Jack. You can take your Union Jack and chuck it in Antarctica where there are only penguins. Here we have a constitution and a people.''"</blockquote>
<blockquote>"''You see that flag flying out there? That is the flag of Johor. Now you want to bring that down and replace it with the Union Jack. You can take your Union Jack and chuck it in Antarctica where there are only penguins. Here we have a constitution and a people.''"</blockquote>

Semakan pada 12:58, 21 November 2017

Anwar Malek (lahir kk. 1890-an) merupakan sahabat kepada Dato' Onn. Beliau merupakan antara enam orang yang mencadangkan penubuhan UMNO setelah "Kertas Putih" dikeluarkan untuk membentuk Malayan Union. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai ketua kerani di Jabatan Kerja Raya.

Permulaan UMNO

Anwar masih menetap di Muar sejak 1920-an dan mengenali Dato' Onn ketika itu, beliau yakin dengan kepimpinan Onn yang ketika itu pegawai daerah Batu Pahat. Anwar Malek, Syed Alwi al-Hadi dan Syed Abdul Rahman Abu Bakar, memandu ke Batu Pahat, membincangkan rancangan mereka itu dengan Onn. Mereka kemudian disertai oleh Mohamed Noah Omar, seorang majistret (yang kemudian menjadi Speaker Parlimen pertama) dan Syed Ahmad Alwi. Mereka berenam berbincang berterusan tentang strategi dan tindakan sehingga 3.30 pagi di rumah Noah dan Anwar menjadi wakil kumpulan dari Johor Bahru membentangkan cadangan mereka itu.

Ketika itu, parti dan persatuan Melayu sangat sedikit. Kesemuanya, sama ada yang ditubuhkan sebelum perang atau baru muncul, mengutuk Rundingan MacMichael. Ini disebabkan mereka lebih setia kepada Sultan dan Negeri mereka. Apa yang diperlukan sekarang ialah satu persatuan yang besar yang merangkumi semua untuk menyatukan lagi bangsa Melayu. Onn yang ketika itu memimpin orang Melayu Batu Pahat menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor. Pergerakan itu telahpun menarik minat ribuan ahli dari Muar, Tangkak, Kluang dan Pontian. Apabila Onn bertanya apakan nama yang sesuai untk parti baru tersebut, Anwar mencadangkan "United Malays Organisation" (UMO - Pertubuhan Melayu Bersatu) yang diilhamkan oleh penubuhan "United Nations Organisation" (UNO - Pertubuhan Bangsa Bersatu) yang menggabungkan banyak negara untuk keamanan selepas Perang Dunia II.

Kemudiannya, mereka berenam berjumpa lagi di rumah Onn. Beliau mengimlakkan sepucuk surat kepada Utusan Melayu yang mengumumkan pembentukan UMO dan mencadangkan Kongres bagi semua persatuan Melayu membentuk parti tersebut. Surat Onn menaikkan semangat orang Melayu untuk bertindak bersama.

Pada 1 Mac 1946, ribuan orang melayu dari 11 negeri berkumpul di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menyatukan kesetiaan terhadap bangsa. Satu jawatankuasa kerja terbentuk termasuk Dato' Onn, Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab dari Perak, Datuk Nik Ahmad Kamil dari Kelantan, Datuk Hamzah Abdullah dan Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) dari Selangor, menggubal perlembagaan parti. Za'aba yang kemudian mencadangkan perkataan "National" lalu dari UMO menjadi UMNO.


Dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955 pADA 12 Oktober 1954 beliau bersama dengan Dato Onn Jaafar, Haji Ahmad Dahalan , Dato Mahmud Md Shah bertanding mewakili Parti Negara. Di kawasan Johore Bahru Coastal , beliau mendapat 710 undi. Sementara Haji Mohd Amin bin Amran (UMNO/MCA) mendapat 3995 undi.[1]

Petikan

Anak beliau, Zainah Anwar iaitu Pengarah Eksekutif Sisters in Islam (SIS) menyatakan Anwar sering menceritakan tentang bagaimana bosnya yang merupakan orang Inggeris bertanyakannya tentang apa yang dikecohkan selalu. Beliau membawanya ke berandah pejabat kerajaan Bukit Timbalan dan menunjukkannya:

"You see that flag flying out there? That is the flag of Johor. Now you want to bring that down and replace it with the Union Jack. You can take your Union Jack and chuck it in Antarctica where there are only penguins. Here we have a constitution and a people."

Maksud:"Kamu nampak bendera berkibaran di sana? Itu bendera Johor. Sekarang kamu mahu turunkannya dan menggantikannya dengan Union Jack. Kamu boleh ambil Union Jack kamu dan pacakkannya di Antartika yang hanya ada penguin. Di sini, kami ada perlembagaan dan rakyat."

Sebahagian dari percakapan tersebut diucapkan kembali oleh pelakon Azhar Sulaiman yang memegang watak Anwar Malek dalam filem 1957: Hati Malaya.

Rujukan