Mohamed Zahir Ismail: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 53: Baris 53:


[[Kategori:Ahli politik Malaysia]]
[[Kategori:Ahli politik Malaysia]]
[[Kategori:Kelahiran 1924]]
[[Kategori:Kematian 2004]]
[[Kategori:Melayu Malaysia]]
[[Kategori:Muslim Malaysia]]
[[Kategori:Orang dari Johor]]

Semakan pada 02:44, 23 November 2017

Yang Amat Berbahagia Tun

Mohamed Zahir Ismail

SSM, PMN, SSDK
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Dalam jawatan
14 June 1982 – 14 October 2004
Didahului olehSyed Nasir Syed Ismail
Digantikan olehRamli Ngah Talib
Butiran peribadi
Lahir(1924-03-19)19 Mac 1924
Alor Setar, Kedah
Meninggal dunia14 Oktober 2004(2004-10-14) (umur 80)
Kuala Lumpur
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganToh Puan Halimatun Sa'adiah Chik
ProfesionPeguamcara, Peguambela

Allahyarham Tun Mohamed Zahir Ismail (19 Mac 1924 – 14 Oktober 2004) adalah bekas ahli politik dan peguam. Beliau adalah Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang paling lama berkhidmat dalam Parlimen Malaysia. Beliau juga adalah bekas Canselor pertama International Medical University dari 1999 hingga 2004.

Kehidupan awal dan pendidikan

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hosba di Jitra dan kemudian melanjutkan pengajian ke Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Beliau mendapat Ijazah Undang Undang dari Lincoln's Inn pada 1955.

Kerjaya

Beliau mula menjadi pengamal undang-undang sebagai peguam pada tahun 1956. Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, beliau dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah dari 1959-1963. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah. Pada 1963, beliau telah dilantik sebagai Senator Dewan Negara Malaysia pada Ogos 1963 untuk 2 penggal (3 tahun untuk setiap penggal).

Beliau aktif dalam pembentukan Malaysia, berkhidmat sebagai diplomat di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan menjadi wakil Malaya dalam Suruhanjaya Cobbold. Pada 1975, beliau dilantik pula sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Sebagai tokoh politik yang terkenal, beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat[1] untuk tempoh 24 tahun selepas Pilihan raya umum Malaysia 1982. Ketika berkhidmat, beliau juga telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Parlimen Komanwel, Forum Parlimen Asia Pasifik, dan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN.

Kematian

Pada Oktober 2004,[2] beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Anugerah

Rujukan