Dewan Perwakilan Daerah: Perbezaan antara semakan

Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
k
Bot: perubahan kosmetik
k (Bot: perubahan kosmetik)
[[FileFail:Coat of arms of the Regional Representative Council of Indonesia.svg|rightkiri|170px]]
{{Tata Negara Republik Indonesia}}
'''Dewan Perwakilan Daerah''' ('''DPD''') ialah dewan negara dalam sistem [[ketatanegaraan]] [[Republik Indonesia]] yang merupakan wakil-wakil daerah [[provinsi]] dan dipilih melalui [[Pilihan raya umum|Pilihan Raya Umum]]. DPD harus tidak dikelirukan dengan [[Dewan Perwakilan Rakyat Daerah]] (DPRD).
 
 
== Pimpinan DPD ==
Pimpinan DPD terdiri daripada seorang ketua dan 2 orang timbalan ketua. Selain daripada bertugas sebagai pimpinan sidang, pimpinan DPD juga berperanan sebagai jurucakap DPD. Ketua DPD pada saat ini ialah [[Irman Gusman]].
 
== Tugas, bidang kuasa, dan hak ==
Tugas dan [[bidang kuasa]] DPD, antara lain, adalah seperti yang berikut:
* Mengajukan kepada [[Dewan Perwakilan Rakyat]] (DPR) [[rang undang-undang]] yang berkaitan dengan autonomi daerah; hubungan antara pusat dan daerah; pembentukan, pemekaran, dan penggabungan daerah; pengelolaan sumber alam, dan sumber ekonomi yang lain; serta rang undang-undang yang berkaitan dengan pertimbangan kewangan pusat dan daerah. DPR kemudian mengundang DPD untuk membahaskan rang undang-undang tersebut.
* Memberikan pertimbangan kepada DPR tentang pemilihan anggota [[Badan Pemeriksa Kewangan]] (BPK).
* Menerima hasil pemeriksaan kewangan negara daripada Badan Pemeriksa Kewangan untuk dijadikan bahan untuk membuat pertimbangan kepada DPR tentang rang undang-undang yang berkaitan dengan APBN.
* Memberikan pertimbangan kepada DPR tentang rang undang-undang yang berkaitan dengan [[cukai]], [[pendidikan]], dan [[agama]].
* Mengawasi pelaksanaan undang-undang tentang autonomi daerah; pembentukan, pemekaran, dan penggabungan daerah; hubungan antara pusat dan daerah; pengelolaan sumber alam, dan sumber ekonomi yang lain; pelaksanaan belanjawan daerah (APBD), cukai, pendidikan, dan agama.
Anggota-anggota DPD juga memiliki hak tafsiran, mengundi, mengutarakan pendapat, cadangan dan pertanyaan, selain daripada memiliki hak membela diri, hak kekebalan, dan hak protokol.
 
== Alat-alat DPD ==
Alat-alat DPD terdiri daripada Pimpinan, Jawatankuasa Ad Hoc, Badan Kehormatan, dan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang diperlukan.
 
== Sekretariat DPD ==
Sekretariat DPD dibentuk melalui Keputusan Presiden untuk mendukung kelancaran pelaksanaan tugas DPD, dengan kakitangannya terdiri daripada pegawai-pegawai [[Perkhidmatan awam|Perkhidmatan Awam]]. Sekretariat ini dipimpin oleh seorang Setiausaha Agung yang dilantik dan diberhentikan menurut Keputusan Presiden atas cadangan Pimpinan DPD.
 
== Kekebalan ==
Anggota-anggota DPD tidak boleh didakwa di [[mahkamah]] atas pernyataan, pertanyaan, atau pendapat mereka yang dikemukakan dalam sidang-sidang DPD, baik secara lisan mahupun secara bertulis, asalkan ia tidak bertentangan dengan Peraturan Tata Tertib dan [[kod etika]] lembaga masing-masing. Kekebalan tersebut tidak merangkumi keadaan-keadaan yang mana seseorang anggota mengumumkan maklumat-maklumat yang telah diberikan dalam sidang tertutup yang harus dirahsiakan atau hal-hal yang lain yang mendedahkan rahsia negara.
 
[[Kategori: Dewan Perwakilan Daerah]]
 
[[Kategori: Dewan negara Republik Indonesia]]
 
[[Kategori: Dewan Perwakilan Daerah]]
[[Kategori: Dewan negara Republik Indonesia]]

Menu pandu arah