Hukum gerakan planet Kepler: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k bot Menambah: en:Kepler's laws of planetary motion |
k bot Mengubah: hy:Կեպլերի օրենքներ |
||
Baris 43: | Baris 43: | ||
[[hr:Keplerovi zakoni]] |
[[hr:Keplerovi zakoni]] |
||
[[hu:Kepler-törvények]] |
[[hu:Kepler-törvények]] |
||
[[hy:Կեպլերի |
[[hy:Կեպլերի օրենքներ]] |
||
[[id:Hukum gerakan planet Kepler]] |
[[id:Hukum gerakan planet Kepler]] |
||
[[it:Leggi di Keplero]] |
[[it:Leggi di Keplero]] |
Semakan pada 05:37, 12 Disember 2007
Dalam astronomi, hukum gerakan planet Kepler adalah tiga hukum matematik yang menerangkan pergerakan planet dalam sistem suria. Teori ini ditemui oleh seorang ahli matematik dan astronomi Jerman, Johannes Kepler (1571–1630).
Kepler mempelajari cerapan yang persis yang dilakukan oleh ahli astronomi Denmark, Tycho Brahe. Sekitar 1605, Kepler menemui bahawa cerapan Brahe bagi kedudukan planet turut mengikuti tiga hukum matematik mudah.
Hukum-hukum Kepler
- Orbit bagi setiap planet adalah elips dengan matahari berada di salah satu fokusnya. Elips dicirikan oleh dua titik fokusnya. Maka, Kepler menolak kepercayaan pengikut Aristotle, Ptolemy dan Copernicus yang menyatakan bahawa planet bergerak dalam gerakan membulat.
- Satu garis yang menyambungkan planet dengan matahari mencakupi luas yang sama ketika selang masa yang sama apabila planet bergerak dalam orbit. Ini bermakna, planet bergerak lebih pantas ketika menghampiri matahari manakala lebih perlahan ketika menjauhi matahari. Dengan hukumnya ini, Kepler memusnahkan teori astronomi Aristotle tentang pergerakan planet yang seragam.
- Kuasa dua bagi tempoh orbit planet berkadar terus dengan paksi semimajor kuasa tiga bagi orbot tersebut. Ini bukan sahaja bermakna orbit yang lebih besar mempunyai lebih lama tempohnya, tetapi juga kelajuan planet di orbit yang lebih besar adalah lebih lambat dari planet yang di orbit yang lebih kecil.
Rujukan