Sultan Alauddin Riayat Shah II: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 16: Baris 16:
==Pautan luar==
==Pautan luar==
* http://www.johordt.gov.my/pdkotatinggi/pelancongan.php?scr=pelancongan_sejarahsultan
* http://www.johordt.gov.my/pdkotatinggi/pelancongan.php?scr=pelancongan_sejarahsultan
* http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/malacca2.htm



[[Kategori: Sultan Johor]]
[[Kategori: Sultan Johor]]

Semakan pada 05:52, 12 Disember 2007

Nama asalnya adalah Raja Ali dan juga digelar Raja Alauddin dan akhirnya bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah II apabila ditahtakan sebagai Sultan Johor ke-2 antara 1528-1564.

Beliau telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah (Sultan Pahang ke5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah - Sultan Pahang ke4). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara).

Pada tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai Estavao Da Gamma telah menyerang Johor. Baginda telah melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong. Seri Nara Diraja (pembesar sultan) kemudiannya meninggal di Sayong disebut "Datuk Nisan Besar".

Susulan peristiwa itu Sultan Muzaffar Shah (Sultan Pahang ke6) telah datang ke Sayong. Bagaimanapun pada tahun 1536, Estavoa Da Gamma telah menyerang Kota Kara kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah dimeterai antara kedua-dua belah pihak.

Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama. Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Acheh. Pada tahun 1564, Sultan Acheh Sultan Alauddin al-Qahar mengalahkan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Acheh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II telah ditawan dan dibawa ke Acheh dan dibunuh di sana dan dengan itu beliau disebut "Marhum Syahid di Acheh".


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-2
1528 – 1564
Penyandang Kemudian
Sultan Mahmud Shah I Sultan Muzaffar Shah II

Pautan luar